Apesal

♥ Followers ♥

Gambar bayi pakai kostum comel sangat

Memang geramm tengok budak kecik pakai kostum. Kat bawah ni ada beberapa keping gambar budak kecik yang pakai kostum. Comel betul kann.. :)

dan baby yang paling comel yang aku jumpa depan mata ialah budak tecik ni..eeeii gerammm nengok die..


anak buah saye :)

Pengalaman sebagai Jururawat Pelatih

Assalamualaikum semua,
Hari ni rasa nak share dengan korang pengalaman aku semasa praktikal dekat Hospital Manjung. Kami praktikal kat sana selama 5 minggu je. Masa first time nak melangkah masuk kat Hospital Manjung tu, memang ketaq gila. Yeahh untuk pengetahuan semua tempat yang paling aku takut nak jejak ialah hospital. Serius sangat takut sejak dari kecik lagi, hanya Allah saja yang tahu betapa takutnya aku time tu. Tapi aku lawan perasaan takut tu sebab aku jugak yang pilih untuk masuk bidang kejururawatan ni so kena hadap jugak la kan. Selama lima minggu kat sana macam-macam aku belajar, antaranya yang femes untuk sem 1 ofkos la cuci BO, PU, tukar lampin, vital science, pagi-pagi bed making dan sponging. Actually banyak lagi keja yang kami kena buat tapi aku malas nak cerita panjang-panjang just cerita yang penting dan yang selalu buat  setiap hari kat wad.

Kami berenam yang tinggal dalam satu dorm.

Seronok praktikal kat Manjung ni sebab dapat tengok laut setiap hari. Kolej yang menjadi tempat tinggal kami masa praktikal pulak dekat dengan laut. Tiap-tiap petang jalan kat tepi pantai ambik angin. Memang best. 
Gambar kat atas ni permandangan kat depan kolej kami, cantik kan.. :)

Kat bawah ni ada la sikit gambar-gambar dekat sekitar Pekan Lumut..






Kat bawah ni pulak pic masa kat wad..*ambik gambar curik curik.hew hew..
me & Sabrina
dengan kakak senior  sem 3 yang comel comel  yang selalu tolong kami..^_^
rakan sekerja masa kat wad
Lepas cukup lima minggu praktikal kat sana tiba masa untuk pulang ke KSKB ULU KINTA 
(KSKB Ulu Kinta bakal menukar nama menjadi KSKB Sultan Azlan Shah pulakkk)
kelass gituu..-,-






Makan Malam sempena Nursing Day

Assalamualaikum semua..
Semalam kami ada dinner sempena sambutan Hari Jururawat. Tema dinner kali ni Hitam Merah Putih, tak kisah la nak pakai baju apa-apa pun asalkan ada kaler hitam merah putih. Tapi semalam ada ja orang yang tak ikut tema. Ni pertama kali aku join dinner kat sini sebagai pelatih jururawat dan pertama kali kolej ni mengadakan dinner untuk Nursing Day. Walaupun dinner semalam tak la best sangat pastu tak puas dengan makanan yang disediakan tapi kami semua tetap enjoy dan enjoy snap pic (itu yang utamanya). Teringin sangat nak bergambar dekat kapet merah semalam tapi tak dapat nak bergambar sebab balik awal.(kantoi tak bersihkan dewan lepas dinner semalam);p


Muka yang tak berapa nak siap, make up cincai-cincai je sebab dah lewat.

makan dengan tekunnya..
Jemput makan..

simple je..


yg pakai baju kurung tu farah
bajet posing ala-ala model ;p
di bawah sinaran lampu jalan sebelum balik
Harap dinner sem depan lebih best dan lebih meriah daripada sem ni. Setakat tu dulu untuk hari ni...thanx for reading yeahh :)

Anak kecil ini disembelih tanpa belas kasihan



Bashar Assad menyembelih anak suci ini. Selepas membunuhnya memukul kepala dengan kuat sekali kerana talibarut Assad suka memusnahkan. Adakah ada percaya yahudi di palestine mempunyai rasa belas kasihan jika dibandingkan dengan mafia Bashar Assad di Syria?

Jacob berusia hanya empat bulan disembelih oleh askar Bashar Assad.kanak kanak suci dan indah suaranya juga merdu tidak dapat menyelamatkannya dari pisau yang memisahkan kepala dari tubuhnya
Jacob hanya empat bulan...sekarang tidak lagi menangis dek kelaparan atau penyakit
Jacob Oraib Assaot anak kelima di dalam keluarga yang mati disembelih
Anak kecil ini sekarang di dalam pelukan ibunya di Syurga.


kini syurga tempat tinggalnya
Semoga Allah memberi balasan yang setimpalnya ke atas manusia durjana yang membunuh anak kecil ini.




Azab untuk orang yang meninggalkan solat


Salam 1 Malaysia.. bertemu lagi kita di hari jumaat ini.. Ok entry aku hari ni nak kongsi dengan korang tentang azab bagi orang yang meninggalkan solat fardu dengan sengaja. Semoga entry ini dapat memberi manfaat kepada semua.
solat
6 AZAB DI DUNIA (KETIKA HIDUP)
1.   Allah menghapuskan tanda-tanda orang yang soleh dari wajahnya
2.   Allah akan menyempitkan rezekinya
3.   Allah akan mengurangkan keberkatan atas umurnya
4.   Segala amal kebajikan yang dilakukannya tidak akan dikurniakan pahala
5.   Doanya tidak akan dimakbulkan
6.   Tiada doa dari para solehin untuknya

3 AZAB KETIKA HAMPIR MATI
1.   Kematiannya penuh dengan kehinaan
2.   Kematiannya dalam keadaan sangat lapar dan dahaga
3.   Keluar rohnya dari jasad tanpa iman

3 AZAB KETIKA DI DALAM KUBUR
1.   Allah akan menyiksanya berterusan sehingga ke hari kiamat
2.   Akan dihimpitkan serapat-rapatnya liang kubur sehingga bertemu rusuk kiri dan kanannya
3.   Dinyalakan api di dalam kuburnya khas untuk membakarnya

3 AZAB BERTEMU ALLAH
1.   Allah tidak memandangnya dengan pandangan belas kasihan
2.   Tiada rahmat serta keampunan daripada Allah untuknya
3.   Malaikat akan menyeretkannya ke neraka dengan penuh kekasaran


Pelakon kanak-kanak CJ7 perempuan rupanya


Baru tahu rupa-rupanya pelakon kanak-kanak CJ7 adalah seorang perempuan. Setelah mendapat maklumat, pelakon kanak-kanak tu bernama Xu Jiao dan merupakan seorang perempuan.
Antara Babak Dalam Filem CJ7. Pelakon ni tak ubah seperti seorang lelaki.
Namun hakikatnya, dia adalah perempuan

Gambar Xu Jiao menang anugerah pelakon baru terbaik bagi Anugerah Filem Hong Kong



Memilih atau Dipilih


Kita hidup memiliki dua pilihan iaitu Memilih atau Dipilih..
Jika kamu Memilih, pilihlah yang terbaik buat dirimu..
Dan jika Dipilih, maka jadilah yang terbaik buat dirinya..

Dan jangan pernah melihat seseorang dari fizikalnya..
Kerana suatu saat fizikal itu pasti akan berubah seiring berjalannya waktu..
Tapi lihatlah seseorang itu dari segi hati dan sifatnya..


Biarkan dia mencari ♥


✿Kepada Hawa. Biarlah Adam yang mencari sendiri tulang rusuknya yang hilang. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti.
Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga..♥♥

Padah makan chicken wing

Chicken wing ni memang part yang best untuk dimakan, tapi ada bahayanya yang kita tak ketahui, tapi bagi yang dah tahu tu ok laa..
Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita! 

Seorang wanita mempunyai pertumbuhan dalam rahim dia dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap. Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan , doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau .

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak.Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan .. Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam .


Tolong REPORT PAGE yang HINA ISLAM ni!

Minta tolong sikit demi kebaikan agama suci kita, korang tolong sama-sama report page ni KLIK SINI. Sebarkan  kepada rakan-rakan korang (beragama ISLAM) supaya mereka juga boleh melaporkan halaman ini dan InsyaAllah halaman ini akan ditutup tidak lama lagi dengan sokongan korang. Cara-cara nak report page ni tengok kat bawah..


Jika anda beragama ISLAM dan merasa bertanggungjawab untuk memelihara agama islam, maka jalankan kewajipan anda..report page ni secepat mungkin!!

Final exam

Assalamualaikum semua..



Esok saya dah start final exam..!

Semoga korang semua mendoakan kejayaan saya...
jangan sekadar aminkan dalam hati saja ye ..
kalau boleh dalam solat sekali ya!
Selamat maju jaya jugak saya ucapkan kpd kawan2 yang
bakal menduduki exam pada esok hari..


jgn study hard sgt, study smart ok!!:)

Gambar Pernikahan Scha & Awal

Dengan sekali lafaz, pelakon popular Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya (29) dan Ahmad Awaluddin Ashaari, atau Awal Ashaari (31) sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Pullman Putrajaya Lakeside dengan mas kahwin berjumlah RM2050 tunai. Pasangan ini telah diijabkabulkan oleh bapa pengantin perempuan.
Scha Al-Yahya tampak sangat anggun mengenakan busana baju kurung moden berwarna putih manakala Awal Ashaari segak sekali mengenakan baju Melayu moden rekaan Saiful Bahri.
9 dulang daripada pihak perempuan berupa sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet jenama Bottega Veneta, kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sehelai baju melayu, coklat dan kek. 7 dulang daripada pihak lelaki pula berupa set barang kemas Lazard Diamonds, sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sehelai pakaian, kasut berjenama Christian Louboution, beg tangan jenama Dior dan manisan kurma beserta kek.
Hari Ahad ini akan berlangsungnya majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan anggaran jemputan seramai 1500 tetamu.
Pasangan ini dijadualkan akan berbulan madu di New York mulai 8 – 18 Mei 2012 kerana Scha sendiri teringin untuk menjejakkan kaki ke sana.