Assalamualaikum semua,
Hari ni rasa nak share dengan korang pengalaman aku semasa praktikal dekat Hospital Manjung. Kami praktikal kat sana selama 5 minggu je. Masa first time nak melangkah masuk kat Hospital Manjung tu, memang ketaq gila. Yeahh untuk pengetahuan semua tempat yang paling aku takut nak jejak ialah hospital. Serius sangat takut sejak dari kecik lagi, hanya Allah saja yang tahu betapa takutnya aku time tu. Tapi aku lawan perasaan takut tu sebab aku jugak yang pilih untuk masuk bidang kejururawatan ni so kena hadap jugak la kan. Selama lima minggu kat sana macam-macam aku belajar, antaranya yang femes untuk sem 1 ofkos la cuci BO, PU, tukar lampin, vital science, pagi-pagi bed making dan sponging. Actually banyak lagi keja yang kami kena buat tapi aku malas nak cerita panjang-panjang just cerita yang penting dan yang selalu buat setiap hari kat wad.
Kami berenam yang tinggal dalam satu dorm.
Seronok praktikal kat Manjung ni sebab dapat tengok laut setiap hari. Kolej yang menjadi tempat tinggal kami masa praktikal pulak dekat dengan laut. Tiap-tiap petang jalan kat tepi pantai ambik angin. Memang best.
Gambar kat atas ni permandangan kat depan kolej kami, cantik kan.. :)
Kat bawah ni ada la sikit gambar-gambar dekat sekitar Pekan Lumut..
Kat bawah ni pulak pic masa kat wad..*ambik gambar curik curik.hew hew..
me & Sabrina |
No comments:
Post a Comment