FREE

♥ Followers ♥

Gambar Pernikahan Scha & Awal

Dengan sekali lafaz, pelakon popular Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya (29) dan Ahmad Awaluddin Ashaari, atau Awal Ashaari (31) sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Pullman Putrajaya Lakeside dengan mas kahwin berjumlah RM2050 tunai. Pasangan ini telah diijabkabulkan oleh bapa pengantin perempuan.
Scha Al-Yahya tampak sangat anggun mengenakan busana baju kurung moden berwarna putih manakala Awal Ashaari segak sekali mengenakan baju Melayu moden rekaan Saiful Bahri.
9 dulang daripada pihak perempuan berupa sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet jenama Bottega Veneta, kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sehelai baju melayu, coklat dan kek. 7 dulang daripada pihak lelaki pula berupa set barang kemas Lazard Diamonds, sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sehelai pakaian, kasut berjenama Christian Louboution, beg tangan jenama Dior dan manisan kurma beserta kek.
Hari Ahad ini akan berlangsungnya majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan anggaran jemputan seramai 1500 tetamu.
Pasangan ini dijadualkan akan berbulan madu di New York mulai 8 – 18 Mei 2012 kerana Scha sendiri teringin untuk menjejakkan kaki ke sana.











No comments: