FREE

♥ Followers ♥

Pengalaman Praktikal di Maternity operation theatres (MOT)

Kalau sebelum ni aku pernah post pasal Pengalaman praktikal di Labour Room masa aku sem 3 sekarang ni aku dah sem6 yakni tahun akhir sebagai pelatih jururawat, tibalah masa untuk post pasal pengalaman aku semasa di Maternity operation theatres (MOT), Hospital Taiping,Perak. Bagi setiap student nurse akan merasai pengalaman masuk bilik OT (operation theatre) ataupun lebih dikenali sebagai bilik bedah. Ada group yang dapat general OT (GOT) dan ada yang dapat MOT. Untungnya kumpulan aku dapat masuk MOT, dapat laa tengok macam mana surgeon bedah perut ibu-ibu yang mengandung ni secara real di depan mata. Kalau sebelum ni kami cuma tengok melalui video kat youtube, now dapat tengok betul-betul depan mata, rasa bersyukur sangat. First day start praktikal dekat MOT, malam tu aku sampai demam, tak tau la sama ada terkejut sebab tengok surgeon buat LSCS tu ataupun sebab suhu bilik OT yang serupa duduk dalam peti sejuk. Homaigadd sumpah sejuk gilaaaa duk dalam tu dari pukul 7am sampai 2pm. Rasa macam nak cramp kaki,tangan dan mulut.

Tugas kami di bilik OT adalah menerima pesakit yakni ibu-ibu yang nak buat LSCS ataupun LSCS beserta dengan BTL (bilateral tubiligation) dari ward, atau labour room. Semasa pesakit sampai di airlock, staff nurse dekat OT akan check balik semua consent-conset pesakit. kalau semua ok baru pesakit akan dibawa masuk ke bilik OT, masa dekat bilik OT tu, doktor anaest akan bagi lagi penerangan kat pesakit mengenai bius yang akan dilakukan kepada pesakit sama ada general anaesthesia (GA) atau spinal anaesthesia  (SA).

Bila ditanya mengenai pendapat ibu-ibu atau bakal ibu, ramai antara mereka yang memilih bius am sebagai bius pilihan. Tapi sebenarnya bius am ataupun GA ni sebenarnya mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan SA.

Alhamdulillah banyak benda yang aku dah belajar kat situ dan banyak kes yang aku dah tengok antaranya fetal distress, breech (songsang), macrosomic baby. selain tu, dpt tengok tugas-tugas scrub nurse,calculate nurse dan GA nurse. Memang menarik kalau dapat kerja dalam bilik bedah ni.


PNEUMONIA


Definisi:
Merupakan inflamasi di bahagian mukosa bronchioles dan alveoli.

Ia berlaku disebabkan oleh jangkitan mikrobakteria yang menyebabkan inflamasi pada selaput dinding mukosa di bronchi dan alveoli.
Pneumonia terdiri dari :- infectious 
      - non infectious.
nInfectious disebabkan oleh jangkitan bacteria,virus dan fungi.
¨Bronchopneumonia,  viral pneumonia, bacterial pneumonia
nNon infectious pneumonia - tidak berjangkit
  - Aspiration pneumonia
  - Hypostatic pneumonia
Klasifikasi:
1.Mengikut sebab:
¨Infeksi mikroorganisma
Bacterial pneumonia – disebabkan oleh streptococci, staphylococci
Viral pneumonia – disebabkan oleh rinovirus, myxovirus
¨Kemasukan cecair ke paru-paru – aspiration pneumonia
¨Kesan bahan kimia, gas yang masuk paru-paru – chemical pneumonia
¨Kurang ambulasi – hypostatic pneumonia
2.Mengikut bahagian paru-paru:
¨Seluruh cabang bronchus dan alveoli – bronchopneumonia
¨Satu bahagian paru-paru – lobar pneumonia
¨Satu bahagian dari lobus – segmental pneumonia
¨Satu bahagian lobul dalam paru-paru – lobular pneumonia

Sebab-sebab:
1.Infectious
¨Virus
¨Bakteria
2.Non infectious.
¨Aspiration pneumonia.
¨Hypostatic pneumonia
¨Chemical pneumonia
3.Kongenital
¨Jangkitan melalui placenta kepada bayi - Congenital Pneumonia
Patofisiologi:
Bakteria boleh menyerang paru-paru melalui sistem respiratori dan sistem vaskular (dari jangkitan tubuh lain)
Apabila mikrob colonize di alveoli, respon inflammatory dan immune dirangsangkan.
Respon antigen dan antibodi tubuh serta penghasilan endotoxin oleh mikrob akan memusnahkan mucous membranes di bronchiol dan alveolar, mengakibatkan inflamasi dan edema.
Infectious debris (sel-sel mati) and exudate boleh mengisi alveoli dan mengganggu ventilasi serta pertukaran gas.
Iritasi dan kecederaan pada tisu menyebabkan berlakunya reaksi sistemik yang meningkatkan leucoyte di dalam darah.
Manifestasi Klinikal:
1.Demam – 38.5ºC - 40ºC
2.Rigor – menggigil akibat inflamasi di paru-paru
3.Pleuritic chest pain – sharp localized chest pain 
4.Dyspnea; tachypnea
5.Malaise
6.Batuk berterusan (waktu malam).
7.Hemoptysis – batuk kuat hingga salur darah di paru-paru pecah
8.Crackles on auscultation
9.Sputum - non productive/productive :- akibat reaksi selaput mukosa dan proses inflamasi
¨Keluaran kahak/sputum diperingkat awal warna putih dan berbuih,
¨purulent - warna kuning kehijauan, pekat dan melekit.


Putera William dan Kate bakal timang cahaya mata kedua.

Tahniah diucapkan kepada Kate Middleton yang telah disahkan hamil oleh Buckingham Palace.

Buckingham Palace mengumumkan Putera William dan isterinya Kate, bakal menimang cahaya mata kedua.
Pasangan tersebut sangat teruja dan gembira apabila mendapat tahu bahawa Kate telah hamil anak kedua.

Anak pertama pasangan tersebut iaitu George, dilahirkan pada 22 Julai, 2013.

Menurut Clarence HouseKate kini sedang dirawat di Kensington Palace untuk morning sickness yang teruk.

Awal dan Scha dedahkan wajah anak

Buat pertama kalinya Scha dan Awal telah mendedahkan wajah serta nama anak sulung mereka kepada umum menerusi laman Instagram masing-masing.
Foto comel bayi itu telah dimuat naik sendiri oleh Scha dengan kapsyen yang berbunyi:

“Salam Jumaat semua. Name given is Lara Alana Ahmad Awaluddin. Have a blessed Friday all �� #2weeks #schaalyahya #schawal #babyschawal” tulisnya kepada peminat tersayang.
Kecomelan wajah baby Lara seindah namanya iaitu Lara Alana, walaupun baru sahaja dimuat naik kira-kira 50 minit yang lalu namun foto tersebut telah mendapat sebanyak 24.9 ribu ‘like’.
Foto itu kemudiannya dikongsi oleh suaminya Awal Ashaari di laman sosialnya.
Rata-rata peminat berpuas hati dan mengaggap pasangan itu menepati janji dan tidak kurang juga ada yang memuji kecomelan anaknya yang bernama Lara Alana itu.
Terdahulu, Awal dan Scha tidak pernah mendedahkan wajah anaknya itu di mana-mana media selepas Lara selamat di lahirkan pada 22 Julai lalu.

PLEURAL EFFUSION

Definisi: Pleural effusion adalah pengumpulan cecair berlebihan di kaviti pleura.  Ruang pleura yang normal mengandungi 10-20 ml cecair serous


Etiologi/Sebab:
1. Secondary to disease:
CCF          
Renal failure
Liver failure
2. Connective tissue disorders
  - Rheumatoid arthritis
  - Systemic lupus erythematosus
3. Tumours - lung cancer
4. Infections
Pneumonia
Tuberculosis
5. Lymphatic obstruction
6. Chest trauma

Patofisiologi:
Pengumpulan cecair berlebihan disebabkan oleh :-
Transudate – terbentuk apabila tekanan kapilari tinggi (contohnya CCF) atau plasma protein rendah (contohnya liver failure)

Exudate – disebabkan oleh peningkatan permeabiliti kapilari (contohnya renal failure)
Pengumpulan cecair yang berlebihan menekan tisu paru-paru dan menghalang pengembangan paru-paru, mengakibatkan dyspnea.
Tekanan tinggi dalam ruang pleura mengakibatkan pleuritic chest pain.

Manifestasi Klinikal:

Demam
Pleuritic chest pain – disebabkan tekanan cecair yang berlebihan di kaviti pleura

Dyspnea – pengumpulan cecair menghalang pengembangan paru-paru

Batuk – akibat iritasi pada dinding parietal dan visceral

Tracheal deviation may occur

Pengurusan pesakit:
Pharmacology
1. Rawatan antibiotik – merawar infeksi
2. Rawatan chemotherapy – untuk recurrent effusion
3. Rawatan analgesic – mengurangkan kesakitan
4. Rawatan codeine – melegakan batuk
Non-pharmacology
1.Memberi keselesaan
2.Melakukan pemerhatian berterusan
3.Mengajar pesakit melakukan senaman pernafasan dalam
4.Memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga
Surgical
Thoracentesis

Komplikasi:
Atelectasis
Empyema