FREE

♥ Followers ♥

Pengalaman Praktikal di Maternity operation theatres (MOT)

Kalau sebelum ni aku pernah post pasal Pengalaman praktikal di Labour Room masa aku sem 3 sekarang ni aku dah sem6 yakni tahun akhir sebagai pelatih jururawat, tibalah masa untuk post pasal pengalaman aku semasa di Maternity operation theatres (MOT), Hospital Taiping,Perak. Bagi setiap student nurse akan merasai pengalaman masuk bilik OT (operation theatre) ataupun lebih dikenali sebagai bilik bedah. Ada group yang dapat general OT (GOT) dan ada yang dapat MOT. Untungnya kumpulan aku dapat masuk MOT, dapat laa tengok macam mana surgeon bedah perut ibu-ibu yang mengandung ni secara real di depan mata. Kalau sebelum ni kami cuma tengok melalui video kat youtube, now dapat tengok betul-betul depan mata, rasa bersyukur sangat. First day start praktikal dekat MOT, malam tu aku sampai demam, tak tau la sama ada terkejut sebab tengok surgeon buat LSCS tu ataupun sebab suhu bilik OT yang serupa duduk dalam peti sejuk. Homaigadd sumpah sejuk gilaaaa duk dalam tu dari pukul 7am sampai 2pm. Rasa macam nak cramp kaki,tangan dan mulut.

Tugas kami di bilik OT adalah menerima pesakit yakni ibu-ibu yang nak buat LSCS ataupun LSCS beserta dengan BTL (bilateral tubiligation) dari ward, atau labour room. Semasa pesakit sampai di airlock, staff nurse dekat OT akan check balik semua consent-conset pesakit. kalau semua ok baru pesakit akan dibawa masuk ke bilik OT, masa dekat bilik OT tu, doktor anaest akan bagi lagi penerangan kat pesakit mengenai bius yang akan dilakukan kepada pesakit sama ada general anaesthesia (GA) atau spinal anaesthesia  (SA).

Bila ditanya mengenai pendapat ibu-ibu atau bakal ibu, ramai antara mereka yang memilih bius am sebagai bius pilihan. Tapi sebenarnya bius am ataupun GA ni sebenarnya mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan SA.

Alhamdulillah banyak benda yang aku dah belajar kat situ dan banyak kes yang aku dah tengok antaranya fetal distress, breech (songsang), macrosomic baby. selain tu, dpt tengok tugas-tugas scrub nurse,calculate nurse dan GA nurse. Memang menarik kalau dapat kerja dalam bilik bedah ni.


2 comments:

Mie said...

wah...nice!

catsblogg said...

Hai saya Student tahun akhir tapi masuk ke kolej swasta , jadi kami tak dapat masuk bilik ot kerana tidak berpeluang, pengalaman yang dikongsi sangatlah menarik , andaikata awak boleh Shane lg pengalaman di ot ataupun meletakkan nota basic sangatlah saya harapkan, thnkyouuu