FREE

♥ Followers ♥

Pengalaman praktikal di Labour Room

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama menyepi hari ni jari jemari ni terasa rajin untuk menghapdet blog dan berkongsi pengalaman saya semasa praktikal di Labour Room, wad Antenatal dan Post natal. Tak semua orang dapat pengalaman tengok orang bersalin secara real depan mata ni tau. 

Praktikal kali ni dapat la tengok ibu-ibu yang bersalin secara normal iaitu SVD (spontaneous vaginal delivery) dekat Hospital Seri Manjung. Untuk yang LSCS (Lower segment Cesarian section) tu belum dapat tengok  la, just tengok yang bersalin secara normal.

First time tengok orang bersalin secara normal ni agak takut la. Bila dah 2,3 kali tengok dah rasa ok dah. Hanya Allah saja yang tau perasaan ni bila tengok kesusahan seorang ibu untuk melahirkan bayi. Rasa sebak sangat. Otomatik fikian ni terbayang dekat mak.Tapi ibu-ibu cakap sakit semasa melahirkan tu akan hilang bila baby dah selamat keluar n bila dengar suara baby menangis.

Sebelum ibu masuk ke dewan bersalin mereka akan ditempatkan di wad antenatal. Time ni doktor akan buat VE, staff nurse/ JM (jururawat masyarakat) akan check contraction dan kira FHR (fetal heart rate). Masa ni jugak staff nurse atau sister akan bagi pendidikan kat ibu tentang teknik penyusuan susu badan.

Lepas OS dah buka 3,4 cm ibu akan dihantar ke LR. Bila baby dah selamat keluar, ibu dan baby akan dihantar ke wad antenatal pulak. Semasa dekat wad post natal ni pun best jugak. Dapat pegang baby-baby comel, mandikan baby, pakaikan baby baju, dan dapat buat vulva swabbing. Buat vulva swabbing tu kurang best la sebab kena hadap bau hanyir darah. Kadang-kadang rasa nak termuntah la jugak tapi tahan saja lah.
Masa ni pun pelatih jururawat kena beri pendidikan teknik penyusuan bayi. Haih, rumit yang amat sih, even kami dah belajar teknik penyusuan yang betul tapi tetap rasa rendah diri nak ajar kat ibu-ibu yang dah ada 2,3,4,5 orang anak ni. Iya lah kita ni dah la tak kawin lagi, anak pun takdak tiba-tiba nak bagitau teknik penyusuan yang betul. Rasa malu la jugak tapi kena buat la untuk penuhkan cross punya pasal.
Fuhh..sangat best praktikal untuk semester 3 kali ni, banyak yang dapat kita belajar. Rasa bersyukur sangat, sekurang-kurangnya dah dapat ilmu dah mengenai obstetrik dan gynae. Tu saja untuk kali ni, nanti bila ada masa saya akan hapdet lagi yer. Thanks for reading this :)

-semua gambar ihsan dari pakcik google,thanks pakcik!-

4 comments:

Unknown said...

takut jew klau tgok...

Abang Menaip said...

Assalamualaikum, saya dtg singgah dan follow blog ni :D smile always !!

Anonymous said...

saya klu bab tgk org kena bedah , mmg ngeri dan geli ... heheheee

single is better said...

1st time tgok mmg agak takot, bila dh banyak kali tgok rasa takot tu hilang la sikit..:)