FREE

♥ Followers ♥

Mesej dari satu-satunya anak Malaysia yang tinggal dan belajar di bumi Gaza

Tolong panjangkan mesej ini kepada kenalan masing2. 
Mesej dari Nadir anak Dr Kamaruzaman satu2nya anak Malaysia yag tinggal dan belajar di Gaza.
Beliau menyerahkan nyawanya untuk Gaza. Kita? 

Kerna Kau Tak Merasa

Saya baru pulang dari Hospital Shifa' melawat ahli keluarga Batsh yang serangan Zionis ke atas rumah mereka mengorbankan 18 ahli keluarga sekaligus dan mencederakan lebih daripada 45 orang. 4 daripada mereka masih di dalam hospital - 2 di ICU. Bersama saya sedikit wang bantuan pembaca yang dikhususkan untuk mereka.
Tetapi tatkala bercakap dengan ketua keluarga mereka, saya tersentap; yang rumah mereka musnah dan terpaksa merempat seramai 24 buah keluarga - bantuan yang saya bawa hanya sekelumit, kalau dibahagikan mungkin cukup untuk digunakan sehari sahaja.

Kadang mengalir airmata
Kerna kudrat secebis cuma
Cuba membantu tidak berdaya
Hanya memberi secubit yang ada
Terlalu sedikit tidak bermakna

Semalam saya ke selatan Gaza, ke Khan Younis, menziarahi beberapa buah rumah yang musnah dibom Zionis.
Sisa-sisa buku dan mainan anak-anak bertaburan, malah ada rumah flat tiga tingkat yang menjadi rata separas bumi kerana dibedil berkali-kali.
Mangsa tinggal di dalam stor, duduk bersama keluarga, hidup seadanya menanti perang tamat untuk membina semula kehidupan.

Kadang mengalir airmata
Di kiri kanan insan sengsara,
Mengalir darah, berparut luka
Anak piatu, isteri menjanda
Segala musnah sekelip mata

Setiap kali pulang ke rumah dan terjelepuk letih, perkara pertama yang saya lakukan ialah menghantar Whatsapp kepada bendahari, bertanyakan berapa baki wang di dalam akaun, dan membuka 'laptop', mengharap kalau-kalau ada masuk 'emel ceria', emel makluman transaksi yang dihantar penyumbang.
Sumbangan merangkak masuk, sedikit demi sedikit, tidak akan pernah cukup untuk membantu mereka yang merana.

Kadang mengalir airmata
Ramai berkata seolah merasa
Tetapi menyumbang berdoa tiada
Takut tak cukup untuk beraya
Bimbang habis bajet berbuka.

Sebelum perang saya duduk bersama seorang pengerusi NGO, beliau menyatakan kekecewaannya kerana sumbangan yang datang untuk keluarga miskin, untuk anak yatim, untuk pegawai kerajaan yang menjadi papa kerana tidak mampu dibayar gaji mereka, terlalu sedikit.

Beliau berputus asa, menyatakan hasratnya meletakkan jawatan kerana kewujudannya sia-sia. Kini saya merasa seperti dia.
Saya berhasrat berkorban jiwa agar mungkin akhirnya, rakyat Malaysia akan lebih cakna.

Kadang mengalir airmata
Tidak cukup menjentik jiwa
Lama diulit selesa dunia
Wahai Tuhan tariklah nyawa
Agar mata mereka terbuka.

Nadir Al-Nuri, From Gaza With Love.
16 Julai 2014.

p/s : Sumbanglah walau sedikit, demi Allah mereka memerlukannya.
Bank in sumbangan ke akaun CIMB 7600809829 atas nama Umm Salamah binti Ahmad Shah dengan label 'Nyawa Nadir',
Makluman/pertanyaan melalui emel bazarramadhangaza@gmail.com, atau Whatsapp +60195004911.



Majlis Iftar Semester 6 Diploma Kejururawatan Basik 1/2012 KSKB SAS

#Throwback 14 Julai 2014 yang lalu telah diadakan satu majlis berbuka puasa bagi basik 1/2012. Meriah jugak majlisnya walaupun hanya disertai oleh batch kami dan juga pengajar penyelaras kami iaitu, Puan Rohana.
Iftar kali ni merupakan iftar batch kami untuk kali yang ke-2 dan merupakan iftar yang terakhir sebelum kami semua menamatkan pengajian kami di sini sebagai jururawat pelatih. Huu sedih la pulok nak tinggalkan kawan-kawan ni..sob sob..


dah lama tak makan nasik dalam talam ni pastu share reramai ngan kawan-kawan, lauk yang tak sedap pun boleh jadi sedap..:)
 
excited nampak makanan dalam talam tu..





 genggggg...:D
basik 1/2012 diploma kejururawatan




roomate saya :)



gadis talam..:p




Akhir kata selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Doakan kami semua supaya dapat menjadi staff nurse yang berjaya kelak..

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKB SAS)

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKB SAS) atau dahulunya dikenali sebagai Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta (KSKB UK) merupakan sebuah kolej di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). KSKB SAS menyediakan latihan daripada 3 disiplin iaitu program kejururawatan, penolong pegawai perubatan, dan penolong pegawai farmasi. Entry kali ini akan memberi info serba sedikit gambaran kawasan persekitaran di KSKB SAS.

Legend:

A) Foyer
B) Blok Pentadbiran
C) Pusat Sumber
D) Blok Akademik
E) Dewan Seri Perdana
F) Surau Al-Hidayah
G) Kediaman Pengarah
H) Kuarters Pengajar
I) Kuarters Pengajar
J) Plaza
K) Asrama Lelaki
L) Kafeteria
M) Asrama Perempuan

FOYER



BLOK PENTADBIRAN


Terdiri daripada bilik pengarah,timb, pengarah dan pengajar-pengajar.

DEWAN SERI PERDANA
 
Dewan serbaguna yang turut disediakan gym di dalamnya. Boleh memuatkan kira-kira 3000 lebih orang. Majlis
konvokesyen juga turut diadakan di sini.
     Bahagian dalam Dewan Seri Perdana


BLOK AKADEMIK
 
 
 
Blok akademik yang terdiri daripada bilik kuliah,dewan kuliah, makmal keterampilan dll.

SURAU AL-HIDAYAH



KEDIAMAN PENGARAH

KUARTERS PENGAJAR

PLAZA

ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN

gambar di atas merupakan asrama blok E iaitu untuk pelatih lelaki manakala asrama bagi pelatih perempuan berada di blok F.

KAFETERIA










sumber dari facebook &hak milik peribadi admin





Thank you Nuffnang: Iklan dan duit masuk lagi


I'm so happy hari ni bila bukak akaun Nuffnang nampak ada iklan baru muncul, syukur alhamdulillah and thanks to Nuffnang jugak. Boleh buat duit raya ni..hehe.Dah lama la jugak tak dapat CPUV yang banyak mcm ni sebab jarang-jarang update blog kan. So, harap pasni Nuffnang murah hati untuk tambah lagi banyak-banyak iklan dekat blog ni. Please Nuffnang..please..*wink ^___^

Bagi sesapa yang ada blog tapi tak join Nuffnang, korang memang rugi besar lahh..so, cepat-cepat join Nuffnang kalau nak dapat side income yang lumayan, bukannya susah pun nak join. Korang google je belambak blog yang buat tutorial pasal cara nak join Nuffnang. Bak kata pepatah nak seribu daya, tak hendak seribu dalih. It's your choice beb sama ada nak nak buat duit ataupun malas nak buat duit dengan cara semudah ni. Itu saja untuk hari ni, selamat berbuka puasa dan selamat hari raya dari saya untuk awak-awak semua. =D

Ni khas untuk Nuffnang..









Nenek Tiri Datuk Seri Najib antara mangsa nahas MH17

Menurut portal Mstar dan sumber dari The Telegraph salah seorang ‎daripada 289 penumpang pesawat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang ditembak jatuh oleh kumpulan pro-Rusia lalu terhempas di Ukraine mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein, l
Menurut portal itu yang memetik daripada sumber rapat keluarga pemimpin itu, penumpang itu dikenal pasti sebagai nenek tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
Sumber itu berkata lagi, kedua-dua pemimpin itu juga mengetahui tentang berita tersebut.
Kata sumber itu, ibu tiri kedua pemimpin itu yang dikenali sebagai Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusama merupakan isteri kedua kepada datuk kepada Najib dan Hishamuddin iaitu Tan Sri Mohd Noah.
Mohd Noah merupakan bapa kepada ibu Najib, Tun Raha dan ibu Hishammuddin, Tun Suhaila.

Berita mengenai insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777 yang ditembak jatuh dari udara‎ begitu menggemparkan masyarakat sedunia, tambahan pula ia berlaku dalam tempoh empat bulan kapal MH370 hilang dari radar pada awal Mac lalu.

Gambar Sekitar Kawasan Nahas MH17

Belum lagi reda pasal kehilangan MH370, Malaysia dikejutkan lagi dengan berita sedih tentang kes pesawat MH17.Saya bersama seluruh rakyat Malaysia seolah-olah tidak percaya yang MH17 ditembak jatuh oleh pihak yang sedang berperang di Ukraine. Tidak tahu apa yang sebenarnya dan apakah hikmahnya yang berada disebalik kemalangan pesawat-pesawat MAS tahun ini kerana kejadian kali ini adalah kejadian kali kedua selepas kehilangan pesawat MH370 hampir empat bulan dahulu.. Takziah diucapkan kepada semua keluarga mangsa nahas MH17.
Di bawah ini terdapat beberapa keping gambar sekitar kawasan nahas MH17..














Semoga roh mereka yang terkorban ini di tempatkan dikalangan roh-roh solihin dan shuhada serta dibariskan dikalangan roh mereka yang beriman. Amin..