FREE

♥ Followers ♥

Nenek Tiri Datuk Seri Najib antara mangsa nahas MH17

Menurut portal Mstar dan sumber dari The Telegraph salah seorang ‎daripada 289 penumpang pesawat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang ditembak jatuh oleh kumpulan pro-Rusia lalu terhempas di Ukraine mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein, l
Menurut portal itu yang memetik daripada sumber rapat keluarga pemimpin itu, penumpang itu dikenal pasti sebagai nenek tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
Sumber itu berkata lagi, kedua-dua pemimpin itu juga mengetahui tentang berita tersebut.
Kata sumber itu, ibu tiri kedua pemimpin itu yang dikenali sebagai Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusama merupakan isteri kedua kepada datuk kepada Najib dan Hishamuddin iaitu Tan Sri Mohd Noah.
Mohd Noah merupakan bapa kepada ibu Najib, Tun Raha dan ibu Hishammuddin, Tun Suhaila.

Berita mengenai insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777 yang ditembak jatuh dari udara‎ begitu menggemparkan masyarakat sedunia, tambahan pula ia berlaku dalam tempoh empat bulan kapal MH370 hilang dari radar pada awal Mac lalu.

No comments: