Tolong panjangkan mesej ini kepada kenalan masing2.
Beliau menyerahkan nyawanya untuk Gaza. Kita?
Kerna Kau Tak Merasa
Saya baru pulang dari Hospital Shifa' melawat ahli keluarga Batsh yang serangan Zionis ke atas rumah mereka mengorbankan 18 ahli keluarga sekaligus dan mencederakan lebih daripada 45 orang. 4 daripada mereka masih di dalam hospital - 2 di ICU. Bersama saya sedikit wang bantuan pembaca yang dikhususkan untuk mereka.
Tetapi tatkala bercakap dengan ketua keluarga mereka, saya tersentap; yang rumah mereka musnah dan terpaksa merempat seramai 24 buah keluarga - bantuan yang saya bawa hanya sekelumit, kalau dibahagikan mungkin cukup untuk digunakan sehari sahaja.
Kadang mengalir airmata
Kerna kudrat secebis cuma
Cuba membantu tidak berdaya
Hanya memberi secubit yang ada
Terlalu sedikit tidak bermakna
Semalam saya ke selatan Gaza, ke Khan Younis, menziarahi beberapa buah rumah yang musnah dibom Zionis.
Sisa-sisa buku dan mainan anak-anak bertaburan, malah ada rumah flat tiga tingkat yang menjadi rata separas bumi kerana dibedil berkali-kali.
Mangsa tinggal di dalam stor, duduk bersama keluarga, hidup seadanya menanti perang tamat untuk membina semula kehidupan.
Kadang mengalir airmata
Di kiri kanan insan sengsara,
Mengalir darah, berparut luka
Anak piatu, isteri menjanda
Segala musnah sekelip mata
Setiap kali pulang ke rumah dan terjelepuk letih, perkara pertama yang saya lakukan ialah menghantar Whatsapp kepada bendahari, bertanyakan berapa baki wang di dalam akaun, dan membuka 'laptop', mengharap kalau-kalau ada masuk 'emel ceria', emel makluman transaksi yang dihantar penyumbang.
Sumbangan merangkak masuk, sedikit demi sedikit, tidak akan pernah cukup untuk membantu mereka yang merana.
Kadang mengalir airmata
Ramai berkata seolah merasa
Tetapi menyumbang berdoa tiada
Takut tak cukup untuk beraya
Bimbang habis bajet berbuka.
Sebelum perang saya duduk bersama seorang pengerusi NGO, beliau menyatakan kekecewaannya kerana sumbangan yang datang untuk keluarga miskin, untuk anak yatim, untuk pegawai kerajaan yang menjadi papa kerana tidak mampu dibayar gaji mereka, terlalu sedikit.
Beliau berputus asa, menyatakan hasratnya meletakkan jawatan kerana kewujudannya sia-sia. Kini saya merasa seperti dia.
Saya berhasrat berkorban jiwa agar mungkin akhirnya, rakyat Malaysia akan lebih cakna.
Kadang mengalir airmata
Tidak cukup menjentik jiwa
Lama diulit selesa dunia
Wahai Tuhan tariklah nyawa
Agar mata mereka terbuka.
Nadir Al-Nuri, From Gaza With Love.
16 Julai 2014.
p/s : Sumbanglah walau sedikit, demi Allah mereka memerlukannya.
Bank in sumbangan ke akaun CIMB 7600809829 atas nama Umm Salamah binti Ahmad Shah dengan label 'Nyawa Nadir',
Makluman/pertanyaan melalui emel bazarramadhangaza@gmail.com, atau Whatsapp +60195004911.
5 comments:
hebat orang nih
MashaAllah hebatnya dia, sanggup berkorban nyawa. Bangga dengan anak Malaysia macam ni :) #jihadfisabilillah#prayforgaza.
salam. hebat & berani dia..
singgah sini sebelum bercuti raya esok hehe
salam jumaat & selamat hari raya serta salam kosong kosong hee ^_^
thanks sudi singgah..
susah nak cari pemuda Malaysia mcm ni zaman skrang..semoga Allah sentiasa melindungi beliau..
selamat hari raya jugak kawan2 blogger:)
Semoga Allah menolong hambanya yang berjihad dijalanNYA. Dan semoga kita yang berada jauh ini juga berjihad dengan boikot dan sumbangan derma. Aminn.
Post a Comment