FREE

♥ Followers ♥

Gambar sekitar Himpunan Aman ‘Selamatkan Anak-Anak Gaza’ di Stadium Merdeka

Kira-kira 10,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum, agama dan lapisan masyarakat membanjiri Dataran Merdeka bagi menyertai Perhimpunan Aman ’Selamatkan Anak-Anak Gaza’. Himpunan tersebut bermula pada jam 3.00 petang dan tamat pada jam 5.00 petang.
Perhimpunan itu dianjurkan dua badan bukan kerajaan iaitu Viva Palestina Malaysia (VPM) dan Aqsa Syarif bagi bertujuan membantah kekejaman serangan Zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Pengerusi Viva Palestina Malaysia, Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata perhimpunan aman itu merupakan satu mesej kepada dunia bahawa rakyat Malaysia menolak sepenuhnya serangan Israel di Palestin.
Tambahnya, langkah ini akan diteruskan dengan kerjasama Aqsa Syarif untuk menghantar memorandum kepada pihak kedutaan Amerika Syarikat dan Mesir di Malaysia pada isnin ini.
Menurutnya  antara pengisian memorandum itu adalah menyeru Amerika Syarikat menghalang tindakan israel menyerang warga Palestin yang tidak berdosa.
Berikutan adalah rangkuman gambar-gambar menarik sekitar perhimpunan tersebut.
Afdlin Shauki antara selebriti yang mengecam kekejaman Israel.





Wakil Aqsa Syarif, Professor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor menyampaikan ucapan.






dari sumber igYatt Hamzah

Heliza Helimi turut terlibat sama bagi menjayakan himpunan Aman ini

Tiz Zaqayah dan Fara Fauzana


credit:abn news, instagram, facebook


No comments: