FREE

♥ Followers ♥

Pengajaran untuk semua: Jangan guna telefon bimbit yang tengah dicaj

Hari ni nak share dengan korang semua satu kisah benar yang telah berlaku dekat seorang lelaki ni. Alkisahnya, lelaki ni sedang mengecaj telefonnya dan pada masa yang sama beliau menggunakan telefon tersebut untuk bercakap. Ada berita yang mengatakan lelaki tersebut telah meninggal dunia di hospital. Pengajaran untuk semua dan diri ini juga, lepas ni jangan guna telefon bimbit kalau telefon bimbit tu tengah caj. Malang tak berbau kan, kalau berbau boleh la kita selamatkan diri kita.






Gambar pertunangan Liyana Jasmay

Majlis pertunangan antara Liyana Jasmay, 24 tahun dan Fathuddin Mazlan, 28 tahun telah pun berlangsung di rumah Liyana Jasmay di Kemensah Height, Kuala Lumpur. Liyana Jasmay tampil anggun dalam baju rekaan Rizman Ruzaini yang dianggarkan bernilai RM10,000. Pihak lelaki menghantar 5 hantaran berupa set wangian Gucci Guilty, set telekung, sebentuk cincin, sirih junjung dan cupcake. Hantaran tersebut turut diiringi dengan hiasan tepak sirih sebagai tanda mengikut adat. Sementara itu pihak wanita membalas 7 hantaran berupa senaskah Al-Quran, set butang baju melayu, sebijik kek, sehelai kain samping, biskut, pewangi berjenama Dunhill dan cupcake. Pasangan ini telah bersetuju untuk bernikah pada 24 Januari 2013.





Bayi keluar dari lumpur

Menurut sumber, bencana banjir besar yang berlaku di Bangladesh yang telah menenggelamkan seorang wanita hamil yang hampir melahirkan anak. Wanita tersebut telah dihanyutkan oleh banjir dan terkubur didalam tompokan lumpur. Difahamkan, selepas beberapa hari pencarian suatu keajaiban terjadi dimana perempuan hamil yang telah mati dan terkubur dalam lumpur itu telah melahirkan bayinya yang timbul diatas permukaan lumpur tanpa diketahui atas bantuan siapa.
Bayi tersebut selamat walaupun sempat beberapa hari berada didalam rahim ibunya yang sudah mati didalam lumpur. Berikut merupakan gambar-gambar tersebut ketika dijumpai.

1 Kebesaran Allah, bayi keluar dari dalam lumpur
c5 Kebesaran Allah, bayi keluar dari dalam lumpur
c6 Kebesaran Allah, bayi keluar dari dalam lumpur
c4 Kebesaran Allah, bayi keluar dari dalam lumpur
c3 Kebesaran Allah, bayi keluar dari dalam lumpur

Gambar Irma Hasmie bertunang

Nama penuh tunang Irma ialah Reza Syah Ameer Dato’ Radzuan dan mereka bertemu di kota suci Mekah. Sesi merisik berlangsung pada 12 Mac.
Irma Hasmie & Rezza bakal bernikah pada 1 Julai 2012 ini dan difahamkan yang tunang beliau bergelar seorang ahli perniagaan dalam bidang pengiklanan. Tahniah diucapkan kepada Irma Hasmie, semoga jodohnya kekal ke akhirnya.
Irma Hasmie nampak anggun ayu dalam persalinan biru muda hasil rekaan Hatta Dolmat. Irma menerima kunjungan pihak lelaki seramai 30 orang dengan 7 dulang hantaran berupa sebentuk cincin, buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah dan telekung, set persalinan wanita dan set wangian.9 dulang hantaran dibalas kepada pihak lelaki berupa persalinan lelaki, buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah, set mandian, shaver, sirih junjung, buku motivasi dan coklat.Daripada hasil perbincangan antara kedua-dua keluarga, Irma Hasmie dijadualkan akan bernikah pada 1 Julai 2012 & majlis resepsinya akan diadakan pada 7 Julai 2012.






 
 

Senarai Ranking Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2012 berdasarkan keputusan SPM 2011

Berikut adalah senarai sekolah berasrama penuh terbaik (SBP) 2012 berdasarkan keputusan SPM 2011.
1 KOLEJ TUNKU KURSHIAH 0.923
2 SEKOLAH TUN FATIMAH 0.939
3 SEKOLAH SERI PUTERI 0.9842
4 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 1.1183
5 SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU MUNAWIR 1.18
6 SBP INTEGRASI GOMBAK 1.226
7 SM SAINS REMBAU 1.3006
8 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 1.3553
9 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 1.3725
10  SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 1.3793
11 SM SAINS ALAM SHAH 1.44
12 SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU 1.4508
13 THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR 1.4579
14 SM SAINS SULTAN MAHMUD 1.4724
15 SM SAINS MUZAFFAR SYAH 1.5109
16 SBP INTEGRASI RAWANG 1.5281
17 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 1.5287
18 SM SAINS JOHOR 1.5491
19 SM SAINS KUALA SELANGOR 1.569
20 SM SAINS SELANGOR 1.5927
21 SM SAINS BAGAN DATOH 1.6082
22 SM SULTAN ABDUL HALIM 1.6345
23 SBP INTEGRASI JEMPOL 1.6416
24 SM SAINS SERI PUTERI 1.6491
25 SM SAINS MACHANG 1.6903
26 SBP INTEGRASI BATU RAKIT 1.7148
27 SM SAINS HULU SELANGOR 1.7336
28 SM SAINS KUCHING 1.759
29 SBP INTEGRASI SELANDAR 1.7763
30 SBP INTEGRASI SABAK BERNAM 1.7893
31 SM SAINS KUBANG PASU 1.792
32 SBP INTEGRASI KUBANG PASU 1.7997
33 SM SAINS TUANKU JA`AFAR 1.8128
34 SM SAINS LAHAD DATU 1.8227
35 SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG 1.8264
36 SM SAINS KUALA TERENGGANU 1.8529
37 SM SAINS MIRI 1.8874
38 SM SAINS SULTAN ISKANDAR 1.9024
39 SM SAINS KOTA TINGGI 1.915
40 SM SAINS TENGKU ABDULLAH 1.9327
41 SBP INTEGRASI TEMERLOH 1.9355
42 SM SAINS PASIR PUTEH 2
43 SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK 2.0353
44 SM SAINS LABUAN 2.0397
45 SBP INTEGRASI KUANTAN 2.095
46 SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH 2.098
47 SM SAINS SABAH 2.137
48 SBP INTEGRASI GOPENG 2.1467
49 SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA 2.1803
50 SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 2.1994
51 SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH 2.2249
52 SM SAINS POKOK SENA 2.2297
53 SM SAINS TELUK INTAN 2.4285
54 SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN 2.4899





Seorang ibu muda nyaris bunuh anak

JAKARTA – Seorang ibu tidak berhati perut di Jawa Barat ditahan, kelmarin kerana cuba membunuh anaknya, yang lahir minggu lalu, dengan menikam dan meninggalkan bayi itu dalam semak.
Siti Sundari, 18, dipercayai melahirkan bayi lelaki di bilik sewa di Cikeas Udik, Bogor, Jumaat lalu.
“Gara-gara malu melahirkan anak tidak sah taraf, suspek telah bertindak di luar kawalan dan berniat untuk membunuhnya,” kata ketua detektif balai polis Gunung Putri, Donggor Panjaitan.
Menurutnya lagi, tangisan kuat bayi berumur tiga hari itu menyebabkan penduduk sekitar kawasan tersebut menemuinya dalam keadaan menyedihkan dengan kesan luka sepanjang 11.5 sentimeter di belakang tubuhnya pada malam Isnin lalu.
Semasa soal siasat oleh polis, Siti mengaku dia melakukan tindakan kejam tersebut kerana tidak mampu untuk membesarkan anaknya.
Dalam perkembangan terbaru, jururawat di Hospital Besar Cibinong menyatakan bayi seberat 2.17 kilogram itu kini semakin sembuh walaupun luka tersebut nyaris meragut nyawanya.
Sementara itu, ibunya telah dihantar ke Hospital Kramat Jati di Jakarta Timur untuk menjalani ujian psikiatri.

5 ciri gadis idaman lelaki soleh

Wanita merupakan sebahagian keindahan dunia yang Allah cipta. Wanita juga boleh menjadi penyebab kerosakan dan kemusnahan dunia. Allah menjadikan wanita untuk menghiasi bumi dan menjadi pasangan kepada kaum Adam. Antara ciri gadis solehah yang menjadi idaman setiap lelaki soleh adalah:
 
Berpegang kepada agama
Ciri-ciri ini jelas terpancar melalui wajah dan akhlaknya. Sentiasa memelihara batas-batas syariat dan tidak sesekali melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.


Kecantikan dalaman
Kecantikan dalaman lebih penting dari kecantikan luaran. Gadis seperti ini tidak sewenang-wenangnya tunduk pada nafsu dan dia juga semestinya seorang yang lemah lembut. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh lelaki soleh.


Tidak pamerkan keseksian
Lelaki diluar memang suka menjamu mata melihat keseksian seorang wanita tetapi mereka tidak suka untuk menjadikannya sebagai seorang isteri kerana  wanita seperti itu seolah-olah barang perhiasan  untuk mata lelaki lain juga.


Sejuk mata memandang
Gadis yang manis dan sejuk mata memandang akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Anda tidak perlu merias wajah untuk kelihatan manis. Cukuplah sekadar memberi senyuman yang ikhlas dan menghormati orang lain.


Berakhlak mulia
Wanita hiasan dunia dan seindah hiasan adalah wanita solehah. Gadis yang berakhlak mulia dapat dilihat daripada tutur kata dan perlakuannya serta pandai membawa diri. Sentiasa menjaga adab dan batas dalam pergaulan.


"Bukan emas permata yang mencantikkan anda melainkan yang mempercantikkan anda adalah akhlak anda dan kekayaan anda adalah etika anda"
                                                                                                                                                -khas untuk muslimah diluar sana

Bukan semua model di pentas peragaan perempuan tulen

Wahh rupa-rupanya model-model di pentas peragaan tu bukan semuanya wanita tulen tetapi ada wanita palsu. Palsu palsu pun cantik jugak diorang ni siap boleh jadi model lagi, kalah perempuan tulen kann. Jom kita tengok model peragaan yang dilahirkan lelaki tetapi cantik persis seorang wanita.

1.        Andrej Pejic

Model Serbia-Australia Andrej ialah seorang androgynous dan terkenal atas kebolehannya mengayakan pakaian lelaki mahupun wanita. Pada sebuah pertunjukan fesyen Januari 2011 di Paris, dia telah berjalan di pentas peragaan untuk rangkaian fesyen wanita  Jean-Paul Gaultier dan pakaian lelaki Marc Jacobs. Dia berada di tangga ke-50 dalam sebarai  50 Model Lelaki dan dalam masa yang sama berada di tangga ke-untuk “100 Wanita Terseksi FHM 2011”  (oh, Zarina Anjoulie tak ada dalam senarai FHM?) Lagi 9 gambar selepas jump.

2.        Lea T.

Berasal dari Brazik, Lea T. dilahirkan sebagai Leandro Cerezo pada tahun 1981, tetapi itu tidak menghalang dirinya dari menjadi antara model terlaris di dunia . dikatakan inspirasi bagi rekaan busana high-fashion, Givenchy.

3.        Claudia Charriez

Sukar untuk dipercayai yang Claudia Charriez dilahirkan sebagai seorang lelaki, bukan? Dia kini merupakan seorang model antarabangsa. Charriez tidak berjaya menempatkan dirinya sebagai peserta America’s Next Top Model dan The Janice Dickinson Modeling Agency pada tahun 2008, tetapi telah menjuarai pertandingan America’s Next Top Transsexual Model di The Tyra Banks Show hujung tahun tersebut.

4.        Isis King

Dilahirkan sebagai Darrell Walls pada tahun 1985, model Amerika Isis King mula dikenali apabila dia menyertai America’s Next Top Model sebagai wanita. King bersaing untuk dua musim bagi rancangan itu.

5.        Florencia De La V

Florencia De La V dari Argentina memulakan hidup pada 1976 sebagai Roberto Carlos Trinidadteapi dia kini antara pelakon wanita popular di rantau sana. De La V telah muncul dalam telenovela, model majalah, kelab, dan pernah menjadi editor majalah. Dia kini berkahwin dan  merupakan ibu kepada dua orang anak kembar melalui kaedah ibu tumpangan.

6.        Sirapassorn Atthayakorn

Sirapassorn (AKA Sammy) Atthayakorn teoah dinamakan Miss International Queen in untuk pertandingan Ratu Cantik Thailand 2011.

7.       Chamila Asanka
Model Sri Lanka Chamila (AKA Chami) Asanka sedang meningkat naik dalam bidang peragaan dan hiburan negara itu . Dia juga uialah salah seorang peserta dalam pertandingan ratu cantik Miss International Queen (yang dimenangi Thailand).

8.        Caroline “Tula” Cossey

Caroline “Tula” Cossey (dilahirkan Barry Kenneth Cossey), berbangsa Inggeris, merupakan antara wanita transeksual paling terkenal di dunia . Cossey melakonkan watak kecil dalam the filem James Bond The Living Daylights, bergaya untuk majalah Playboy, dan menulis autobiografi tentang pengalamannya sebagai model dan pelakon dalam “I Am A Woman.”

9.        Roberta Close

Model Brazil Roberta Close menjalani pembedahan menukar jantina pada 1989, dan diundi sebagai”Most Beautiful Woman in Brazil.”

10.    Malika

Malika dari India  ialah wanita trans yang telah menjalani 4 pembedahan dan tak terkira lagi prosedur perubatan untuk menjadi seorang wanita. Pada tahun 2011 dia menjadi warga India pertama untuk bersaing dalam pertandingan tahunan Miss International Queen di Thailand Thailand, pertandingan ratu cantik untuk wanita transeksual.

Kenapa perempuan suka gaduh?

Anda semua setuju tak kalau aku kata perempuan ni memang suka bergaduh. Bagi aku benda tu memang betul, tak kira budak-budak la, orang dewasa, orang tua pun ada yang bergaduh. Dan sekarang ni pun aku tengah mengalami benda yang sama. Bukan aku la yang bergaduh tapi kawan aku yang bergaduh dengan kawan aku yang sorang lagi. Dulu diorang ni bukan main kamceng lagi tapi sekarang ni masing-masing dah bermasam muka. Apa punca yang menyebabkan perempuan ni suka bergaduh ekk..?Mungkin sebab..
Jangan la gaduh2 yek :)
 
1) Perempuan sangat sensitif. 
Kalau kawan-kawan tersalah cakap atau terlebih gurau, mungkin hati akan terguris. Akhirnya, jadi jawab-menjawab dan akhirnya bergaduh.
Cuba : Bila bergurau dengan kawan-kawan jangan keterlaluan, bagi yang terasa tu, kalau hati terguris, jangan simpan dalam hati. Kawan juga manusia biasa, tak lari dari melakukan kesilapan. Kalau gurauan yang menyakitkan hati tu berulang-ulang, cuba beritahu kawan dengan baik. Insya Allah dia akan faham.


2) Perempuan perlu tempat meluahkan perasaan
Perempuan perlukan orang untuk dia meluahkan perasaan. Tentang apa saja kerunsingannya. Kadang-kadang dia mungkin tak puas hati dengan rakan sepejabat, dan bercerita dengan kawan yang lain. Tapi, mungkin kawan tadi akan bercerita balik pada kawan sepejabat yang dia tak puas hati tu. Akhirnya, gaduh la.
Cuba: Jangan luahkan kerunsingan pada kawan sepejabat juga, carilah orang di luar lingkungan itu. Tapi, yang terbaik, bersemuka dengan orang yang kita tak puas hati tu. Senang cerita.


3) Perempuan suka bercerita
Nama lainnya, bawak mulut. Nak buat macam mana, perempuan memang suka bersembang, dan akhirnya, tercerita yang tak sepatutnya.
Cuba: Kurangkan bercakap, lebihkan kerja aje. (ini aku pun tak dpt buat lagi..aku byk cakap..huhu)


4) Perempuan emosi
Kalau tengah marah tu, semua keluar, kambing, lembu, beruang. 
Cuba: Bila rasa sangat marah, diam dan beristighfar dulu. Tenangkan fikiran dan cuba buat benda lain. 


5) Perempuan terlalu banyak berfikir
Tahu kenapa lebih ramai perempuan yang sakit jiwa berbanding lelaki? Sebab perempuan ada yang terlalu banyak berfikir. Terutama perkara remeh. Contoh: Kalau kawannya cakap sesuatu, macam tegur dia sebab terlalu banyak bercakap dalam waktu kerja, dia akan mula berfikir, isk, mesti dia ni repot dekat bos nanti, dan sebagainya. Akhirnya, wujud la cerita lain pulak, dan sangkaan buruk yang juga akan menyebabkan bergaduh.
Cuba: Jangan banyak berfikir kalau terjadi sesuatu, apa yang jadi masa tu, tinggalkan aje, jangan ingat lagi dah. 
 
6) Perempuan dengki?
Kalau ada kawan yang lebih pangkat darinya, dia mula cari keburukan kawan tu. Lepas tu menjaja cerita yang bukan-bukan. 
Cuba: Fikirkan itu rezeki Allah untuknya, kalau kita nak murah rezeki macam tu, kena la usaha dan berdoa pada Allah

Sukarnya mencari CINTA sejati

Mengenali cinta sejati...

cinta sejati

Cinta itu adalah perasaan jiwa yang semulajadi. Ia adalah fitrah dan anugerah yang telah menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud hanya bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu bersertakan emosi dan suasana yang gembira. 
Oleh itu dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta, manusia sering menghadapi krisis nilai. Ramai insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh bagi mencapai keinginan tinggi cinta itu. 
Buta cinta pula akan mengakibatkan ramai yang kabur dan gagal dalam menilai cinta. Namun, bagi yang bijaksana, mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya, yang lahir dari hati, yang bergelar cinta sejati. Insan sebegini adalah hidup dalam keadaan bersih dan penuh taqwa.Cinta sejati yang sebenar-benarnya adalah suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna, jika tidak ia akan menjadi cacat.
“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”


Bila pintu hijab terbuka

Mungkin ramai yang belum tahu mengenai kasyaf. Jadi hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua apa itu kasyaf. Semoga entry kali ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita.


Kasyaf (terbuka hijab) bermaksud dianugerahi mata hati lalu terbuka hijab antara makhluk dan dapat melihat alam ghaib. 
 
Kasyaf ini merupakan satu kelebihan yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya yang terpilih. 

Kasyaf ni terbahagi kepada banyak bahagian, antaranya:

1) Kasyaf Mata

Mata dapat melihat alam mawara-ul-maddah atau disebut sebagai alam yang seni-seni atau boleh disebutkan sebagai alam di luar kebendaan. Di sini, mata dapat melihat perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan. Kasyaf inilah yang menjadikan orang seperti Sayyidina Umar r.a nampak apa yang sedang berlaku pada tentera-tenteranya. Karamah seperti ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh tentera Islam.

2) Kasyaf Telinga 

Kasyaf telinga disebut juga hatif. Telinga boleh mendengar benda-benda yang ghaib. Mendengar suara tetapi tidak nampak lembaganya sama ada dari jin yang soleh, malaikat atau waliullah. Suara itu adakalanya membawa berita gembira, adakalanya berita yang negatif. Tujuannya ialah Allah hendak menghiburkan orang yang mendapatnya. Kalau berita itu berita gembira, boleh menggembirakannya. Sebaliknya, kalau berita itu berita duka, juga akan menggembirakannya kerana dia tahu terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dia boleh bersiap menghadapi ujian itu. Atau dia boleh mengelak daripada bahaya itu.

3) Kasyaf Mulut

Tuhan beri kepada orang itu, lidahnya ‘masin’ seperti doanya kabul atau apa yang dia sebut terjadi sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Juga, di mana saja dia memberi kuliah, nasihat, tunjuk ajar, berdakwah dan sebagainya, ianya mudah diterima masyarakat dan boleh mengubah hati mereka. Akhirnya berubahlah sikap masyarakat. Karamah seperti ini biasanya dikurniakan kepada pemimpin.

4) Kasyaf Akal 

Mendapat ilmu yang seni-seni yang Allah kurniakan pada seseorang terus jatuh ke hatinya. Ini terjadi tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa berguru. Dinamakan juga ilham atau ilmu laduni. Agar tidak terkeliru, perlu diingat orang yang hendak dapat ilmu laduni itu, dia mestilah dahulu ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain.

5) Kasyaf Hati 

Dinamakan juga firasat. Inilah kasyaf yang tertinggi daripada kasyaf-kasyaf yang disebutkan tadi. Biasanya dikurniakan kepada pemimpin. Itupun tidak banyak kerana Allah kurniakan hanya kepada pemimpin-pemimpin yang sangat soleh, yang sangat sabar menanggung ujian yang begitu berat ditimpakan kepada mereka. Kasyaf hati ialah rasa hati atau gerakan hati yang tepat lagi benar. Dia boleh menyuluh mazmumah yang seni-seni yang kadang-kadang kita membaca kitab tak mengerti. Termasuk juga adalah rasa hati dapat membaca diri seseorang. Nabi pernah bersabda, “Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah”. Apa yang dimaksudkan dengan firasat itu ialah kasyaf hati. Orang yang mendapatnya dapat memimpin diri dan dapat memimpin orang lain. Kalau tidak, seorang itu tidak layak jadi pemimpin. Kalau dia terus memimpin rosaknya lebih banyak daripada kebaikan.

Semoga apa yang disampaikan ini dapat memberi manfaat kepada semua. 

Perempuan Gedik

Agak menarik untuk membincangkan perkara ini sebenarnya, tatkala aku tengah kekeringan idea. Bukan niat untuk menjatuhkan kaum perempuan kerana aku juga seorang perempuan tetapi niat untuk menyedarkan kaum hawa yang diluar sana supaya insaf-insaflah. Bukan semua orang suka tengok kau gedik-gedik tak bertempat. Kalau nak gedik tu gedik sorang-sorang dah lerr. Well, aku sure mesti ada perempuan yang baca entri ni pastu akan kata "bajet kau baik sangat" atau "lantak lah aku nak gedik pun peduli hapa kau!". Okeh jawapan aku, "lantaklah aku nak tulis hapa pun, ni belog aku."HAHA <gelak jahat>
First of all aku senaraikan dulu pendapat orang ramai tentang perempuan gedik ni.


bagi Timah la kan...

perempuan gedik ni macam ni.
-bila bercakap dgn lelaki bukan dengan nada yang sepatutnya. atau dia manja2 la atau buat2 manja.nak goda.
-berjalan mendada, suka tarik perhatian sesiapa je. x kira laki ke pompuan. dah nama gedik kan.
-depan laki yg dia suka tindakan dia agak terkinja2
-pastu pompuan mcm ni jenis suka melayan lelaki.


Scarlett said:

semua pompuan ada gediknye...ye ke?hehe

cuma pndai nak control @ tak je....:$
tp kalo pmpuan yg betol2 gedik ni mcm sngaja 
nak tarik perhatian n manja yg d buat2..
ckp berlenggok2 sgt...


kaishi said:

gedik....

suka amek perhatian 
suke cakap kuat-kuat time depan lelaki tengah ramai-ramai ( klu xde laki pandai plak cakap slow)
terkinja-kinja depan lelaki..
muke tak malu..
itu sahaja...
sekian terima kasih



Cukup la tu, tak leh lebih-lebih. Masing-masing ada pendapat kan. Kalau nak kenal perempuan gedik ni senang je. Dekat Facebook berlungguk perempuan jenis ni. Antaranya:


 Pertama, mereka yang suka tarik perhatian dari segi status. Memang terbaik dari ladang… “wah.. hari ni aku gaduh dengan dia… kami break”, "ehh budak laki tu tengok aku ler", "aku tahu kau suke aku tp kau malu nak bagitau kan.." dan macam-macam lagi la. Memang senyum sendiri aku baca status ni. So WTH kalau kamu break? laki tu tengok kau? update status sebegini dengan harapan 100 org pegi like status kau wahai perempuan? MEMANG TAKLAH! menyampah orang baca ada laa..(naik kat newsfeed aku, mau muntah aku baca)

Yang kedua, jenis tarik perhatian menggunakan gambar. Yang ni lagi terbaik dari ladang…. dahlah gambar tu seksi di tambah pula dengan posing maut!



Sekiranya anda mempunyai ciri-ciri diatas. Maka mungkin anda patut mendapatkan nasihat daripada pakar untuk rawatan selanjutnya sebelum penyakit ini menjadi kronik. Jika anda masih belum jelas tentang apa itu gedik, anda bolehlah cuba search di Google atau mana-mana laman untuk mendapatkan gambaran am. Akhir kata,

TIADA GEDIK-GEDIK LEPAS NI

Sekian, terima kasih kerana membaca luahan dan perasaan ini.