FREE

♥ Followers ♥

5 ciri gadis idaman lelaki soleh

Wanita merupakan sebahagian keindahan dunia yang Allah cipta. Wanita juga boleh menjadi penyebab kerosakan dan kemusnahan dunia. Allah menjadikan wanita untuk menghiasi bumi dan menjadi pasangan kepada kaum Adam. Antara ciri gadis solehah yang menjadi idaman setiap lelaki soleh adalah:
 
Berpegang kepada agama
Ciri-ciri ini jelas terpancar melalui wajah dan akhlaknya. Sentiasa memelihara batas-batas syariat dan tidak sesekali melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.


Kecantikan dalaman
Kecantikan dalaman lebih penting dari kecantikan luaran. Gadis seperti ini tidak sewenang-wenangnya tunduk pada nafsu dan dia juga semestinya seorang yang lemah lembut. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh lelaki soleh.


Tidak pamerkan keseksian
Lelaki diluar memang suka menjamu mata melihat keseksian seorang wanita tetapi mereka tidak suka untuk menjadikannya sebagai seorang isteri kerana  wanita seperti itu seolah-olah barang perhiasan  untuk mata lelaki lain juga.


Sejuk mata memandang
Gadis yang manis dan sejuk mata memandang akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Anda tidak perlu merias wajah untuk kelihatan manis. Cukuplah sekadar memberi senyuman yang ikhlas dan menghormati orang lain.


Berakhlak mulia
Wanita hiasan dunia dan seindah hiasan adalah wanita solehah. Gadis yang berakhlak mulia dapat dilihat daripada tutur kata dan perlakuannya serta pandai membawa diri. Sentiasa menjaga adab dan batas dalam pergaulan.


"Bukan emas permata yang mencantikkan anda melainkan yang mempercantikkan anda adalah akhlak anda dan kekayaan anda adalah etika anda"
                                                                                                                                                -khas untuk muslimah diluar sana

No comments: