FREE

♥ Followers ♥

Gambar Irma Hasmie bertunang

Nama penuh tunang Irma ialah Reza Syah Ameer Dato’ Radzuan dan mereka bertemu di kota suci Mekah. Sesi merisik berlangsung pada 12 Mac.
Irma Hasmie & Rezza bakal bernikah pada 1 Julai 2012 ini dan difahamkan yang tunang beliau bergelar seorang ahli perniagaan dalam bidang pengiklanan. Tahniah diucapkan kepada Irma Hasmie, semoga jodohnya kekal ke akhirnya.
Irma Hasmie nampak anggun ayu dalam persalinan biru muda hasil rekaan Hatta Dolmat. Irma menerima kunjungan pihak lelaki seramai 30 orang dengan 7 dulang hantaran berupa sebentuk cincin, buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah dan telekung, set persalinan wanita dan set wangian.9 dulang hantaran dibalas kepada pihak lelaki berupa persalinan lelaki, buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah, set mandian, shaver, sirih junjung, buku motivasi dan coklat.Daripada hasil perbincangan antara kedua-dua keluarga, Irma Hasmie dijadualkan akan bernikah pada 1 Julai 2012 & majlis resepsinya akan diadakan pada 7 Julai 2012.






 
 

No comments: