FREE

♥ Followers ♥

8 cara mencegah kegemukkan


1. Janga makan makanan yang bergoreng atau berminyak.
Masaklah mi dalam air, jangan digoreng. Begitu juga dengan nasi. Sajikan nasi yang ditanak/dikukus, jangan yang digoreng. Memilih daging juga lebih baik yang dipanggang.

2. Kunyah perlahan
Kunyahlah makanan secara perlahan-lahan dan cubalah menikmati
makanan sewaktu berada dalam mulut. Dengan demikian akan menyebabkan perut cepat kenyang dan membantu mencegah makan terlalu banyak.

3. Ambil sedikit
Ambillah makanan pertama sedikit mungkin ke dalam pinggan Anda. Tambah sedikit demi sedikit bila masih lapar. Cara ini dilakukan agar anda tidak merasa terpaksa harus menghabiskan makanan yang sudah berada di pinggan.

4. Tinggalkan meja setelah selesai
Segera meninggalkan meja makan setelah selesai dan jangan dilanjutkan dengan berborak. Ini dilakukan untuk menghindarkan diri dari mengambil makanan dari sana-sini di atas meja sehingga tak terasa perut menjadi terlalu kenyang.

5. Hindari kadar gula dan lemak tinggi
Hindari makanan berkadar gula dan lemak tinggi seperti kek coklat, kuih yang manis-manis , mentega, susu berkrim, aiskrim dan lain-lain.

6. Makan banyak buah
Makan banyak buah-buahan, sayuran, biji-bijian, kacang-kacangan, dan karbohidrat dapat menjaga jumlah kalori yang masuk agar sesuai dengan keperluan.

7. Waspadi minuman bersoda
Anak-anak yang suka minum minuman ringan bergula berisiko tinggi mengalami kegemukan. Laporan para penyelidik Amerika yang diterbitkan oleh The British Medical Journal The Lancet, remaja AS perlu segera mengurangi minuman bersoda dan junk food yang berisiko mengganggu kesihatan. .

8. Kurangkan menonton TV
“Kegemukan pada anak-anak diakibatkan oleh banyak faktor. Tidak ditekankan hanya pada satu faktor, iaitu minuman ringan dan masalah gizi, melainkan juga kebiasaan seperti menonton televisyen,” ungkap Ludwig. Filem-filem kartun dan telenovela, membuat anak-anak dan suri rumah tangga semakin lama duduk di depan televisyen. Keadaan demikian mendorong kita untuk kurang bergerak dan mudah menjadi gemuk. Mereka yang menonton TV tiga sampai empat jam sehari berpeluang dua kali ganda menjadi gemuk berbanding kelompok yang jarang menonton TV.

mood:sedang berdiet:p

5 Sebab Lelaki Gagal dalam Percintaan



1. Terlalu kacak
Ramai perempuan takut untuk mendekati atau sukar untuk mempercayai janji-janji manis seorang lelaki kacak kerana menganggap mereka mempunyai ramai skandal atau peminat.Sukar untuk seseorang wanita mempercayai seorang lelaki kacak masih berstatus single. Ramai lelaki kacak suka mempermainkan perasaan perempuan (playboy).


2. Kuat cemburu
Ada ja lelaki yang kuat cemburu. Bila lelaki jenis kuat cemburu ni memang susah la perempuan nak suka. Silap-silap makwe korang mintak putus,habis laa.


3. Kuat mengongkong
Perempuan ni tak suka bila ada orang yang mengongkong mereka Sampai password fb pun nak tau, nak buat benda ni tak boleh, benda tu pun tak boleh.Padahal baru je kenal seminggu. Sah2 la korang kena reject. 


4. Terlalu berkira
Korang ajak makwe korang keluar dating tapi korang suruh makwe korang belanja makan. Tak elok betul la. Mana sifat ke'gentlemen' korang tu. Hampeh bebenor lelaki jenis ni.


5. Panas baran
Perempuan mana la yang suka lelaki panas baran. Bila korang marah pun kawal la sikit kemarahan korang tu, jangan la sampai nak naik tangan kat makwe korang. Tu anak dara orang bang. Sabor yer sabor.Sabar kan separuh daripada iman.

Fresh Pork Halal??

Ni pertama kali aku tengok pork halal.
Gila kot..
Haram tetap haram,
Tapi aku pun taktau la sejauh mna kebenaran gambar ni,mungkin ada orang plekat logo halal tu ka.mna nak tau kan..
pendapat anda?
Kalau kita terpegang atau terkena (ter yer TER) anggota badan khinzir ni kita boleh samak balik 
tapi kalau kita dah makan daging ni,nak samak macam mana?hampa habaq mai..
*loghat kedah kluaq dah.
Apa-apa pun berhati-hatilah dengan apa sahaja yang kita makan, kerana apa yang kita makan tu akan menjadi darah daging kita.

Ayu Raudhah Keguguran

Terkejut dengar cerita yang Ayu Raudhah keguguran.
Hari tu tengah syok syok dengar dia dh mengandung dan usia kandungan Ayu dh pun mencecah 6 minggu
Tup!tup! hari ni dengar Ayu Raudhah dh keguguran.
aku harap Ayu Raudhah dan Zaquan tabah hadapi dugaan ini.
Ayu yang hamil enam minggu disahkan keguguran selepas empat hari dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya sejak 22 Oktober lalu. Biarpun berita gembira kehamilan Ayu baru tersebar minggu ini, namun nampaknya rezeki tidak berpihak kepada pasangan muda ini. Ayu mengalami pendarahan ketika menjalani penggambaran drama ‘Gemersik Kalbu’ untuk slot Akasia TV3.

“Ya, saya mengandung enam minggu tapi sekarang dah tak ada lagi. Saya baru gugur tak sampai seminggu. Mulanya saya tak tahu saya mengandung sebab bila periksa, keputusannya negatif. Saya sekali lagi membuat ujian kehamilan dan doktor akhirnya mengesahkan saya hamil. Ketika itu garisan di alat ujian kehamilan menunjukkan dua garisan, di mana satu lagi samar-samar. Doktor beritahu kandungan saya mungkin tak kuat.
“Masa saya tahu saya mengandung, Zaquan orang yang paling gembira. Bila gugur, kesian kat dia sebab dia yang paling teruja, berganda-ganda dari saya. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada rezeki. Bila disahkan mengandung, keesokan harinya saya pergi menjalani penggambaran drama, ‘Gemersik Klabu’. Waktu itu saya ‘turun darah’. Saya terus pergi ke hospital. Empat hari selepas berada di hospital, baru saya disahkan gugur. Tak ada rezeki, tak apalah. Mungkin itu yang terbaik,” ujar Ayu.
Apabila ditanya adakah gosip keretakan rumahtangganya baru-baru ini menyebabkan dia tertekan sehingga mengalami keguguran, Ayu memberitahu, “Tak adalah. Tak ada efek pun orang cakap macam tu. Alhamdulillah, saya bahagia sangat-sangat dengan suami.
“Kami langsung tak gaduh. Malah dia yang banyak pujuk dan kuatkan semangat saya selepas keguguran ini. Tiap-tiap malam dia teman saya di hospital walaupun sekarang dia sedang sibuk berlatih untuk perlawanan akhir Piala Malaysia esok. Saya tak hirau apa orang nak cakap tapi kami sangat bahagia,” kata Ayu.

Sebab kucing suka makan rumput

Yup!
I'm a cat lover..
suka giler giler kat kucing

Kalau korang yang bela kucing mesti perasan kadang-kadang kucing kita suka makan rumput.
perasan tak??

Antara faktor yang menyebabkan kucing kita makan rumput ialah untuk mengharapakan dengan makan rumput, ia akan mengeluarkan racun atau sakit yang ada kat dalam perut atau badannya. Ini adalah kerana ia mengalami gangguan pencernaan di dalam saluran perut. Sesetengah laman web menyatakan, ia jugak kerana ingin memuntahkan semula bahan didalam perut. Contohnya gumpalan bulu. Bulu jika tertelan dan tidak dikeluarkan amat bahaya untuk kesihatan kucing dan boleh mengakibatkan radang pada intestine kucing tersebut.
Lihat atau observe, lepas kucing makan rumput, ia akan senyap tidak bergerak beberapa saat, kemudian akan merasa mual seperti keracunan, dan kemudian akan memuntahkan sesuatu.
Kucing adalah haiwan karnivor dimana kucing kebiasaanya makan daging dan ikan.
*Ya ka?kucing aku ni siap makan kerepek pisang la, Jacker (potato crisps), kuih bawang la,semua benda dia makan dan dia sangat obses dengan cicak.pelik betoi laa.
Tetapi, kucing juga sperti manusia memerlukan keseimbangan badan seperti calcium, protein dan sebagainya. Oleh itu kadang- kadang, kucing memakan rumput / sayur adalah untuk menambah serat di dalam badan


Saya Bukan Materialistik!!

Hari ni nak membebel sikit pasal bab materialistik.
Aku sebagai seorang perempuan agak terasa sedikit.*sikit je tak banyak
dengan satu post yg telah dipostkan oleh seorang jejaka yang bernama tut! ni.
Bro ni kata pompuan zaman sekarang mata duitan,pastu pandang pada harta je.Aku terasa la jugak sebab aku salah sorg perempuan zaman sekarang.Kau igt aku zaman dinasour ke?hah..
Ehh bang! tak semua pompuan macam tu la bang.Pandai-pandai je abg tuduh perempaun zaman sekarang mata duitan.Napa?abg tak puas hati??meh la lawan batu seremban ngn kite..
*tak perlu nk mention nama dia kt sini sebab korang tak kan kenal,dia bukan artis popular.
Aku tak nafikan memang ada perempuan yang jenis pisau cukur ni,
habeh semua bulu dia nak cukur kalau boleh..
tak bole nak kata apa la kat pompuan yang jenis muka tak malu ni.
maybe pakai bedak tebal sgt tu yang muka tak tau malu nak kikis harta benda org lain.
*sapa yg bukan pisau cukur tu tak payah la nak terasa,
perempuan ni ada banyak jenis bang,bukannya semua yg jenis mata duitan je.

macam gambar kat atas,pompuan ni agak high taste la,tak kisah la sebab tu hak dia.lantak la dia nak high taste dengan pakwe dia naik kereta pn.
*ada aku kesah.
Kadang-kadang pompuan ni memang memilih sikit.
Contoh la kalau pakwe diorang ajak dating tp naik moto sebabnye kete takde,sesetengah pompuan
memang akan tolak tp bukan sebab high taste ke ape,cuma sebab kalau moto kena bersentuh-sentuhan.
*akutaksukakalaunakkenasentuhsentuhni
walaupun kau cuba utk tidak menyentuh pasti akan sentuh jugak walaupun sikit.Caye lah..
tapi ada je yg sudi naik moto ngn pakwe diorg.depend kat org tu la kan..
Bagi aku naik keta ni selamat dri bersentuh-sentuhan.
walaupun kita berkapel dengan sesape pn, sbg pompuan jgn relakan diri anda untuk disentuh oleh lelaki bukan muhrim walaupun hanya berpegang tgn,.
mulanya dgn pegang tgn seterusnya berlaku pnzinaan..
anda bukaannya isteri dia yang sah utk disentuh bagai kan.
*jgn jadi murahan
*biarlah kita jd mahal sikit pun
tp ada jugak golongan yang spesies tak elok macam ni.
macam mana tu?
hah macam ni..dia nak dating dgn pkwe dia naik keta
sbbnye bila nek keta org tak nampak apa yg psangan kekasih ni buat dalam keta tu.
so,bole la nak pegang pegang tangan bagai,nak berpelukan bagai..
senang cter diorg nak bermadu asmara dalam keta.faham faham sendiri la.
*nak bermadu asmara sgt korang kawen la pastu pergi honeymoon
tu baru betoi!
Apapun ini hanyalah pendapat dari aku,korang punya pendapat aku taktau..
Anda Bijak Jauhi Zina-Raudhatus Sakinah

Budak zaman sekarang


  1. Tengok kawan lain pakai henpon dia pun nak guna, ditanya ayah kamu nak buat apa??? Lalu dijawab senang nak telefon kalau ada apa-apa… Dibeli si ayah henpon nokia biasa, ditolaknya si anak sebab nak yang berkamera… Ditanya lagi siayah kau nak telefon ke nak buat apa???, dijawab si anak nanti malu dengan kawan-kawan yang lagi canggih darinya…
  2. Kena tegur sikit muka dah masam mencuka… Tarik hidung tarik muka sampai ke besok lusa, sebab ayah lambat ambil kat sekolah je halnya…
  3. Sehari belanja sekolah sampai RM5, tu belum campur kat skolah agama… Apa yang dijual kat sekolah semua mewah belaka, nugget, sosej dan burger itu dibelinya… Mak pesan bawak bekal haram dibuatnya, yela nanti nampak dek awek mana nak letak muka???
  4. Cuti sekolah  pergi CC saja, ayah dan mak tak boleh nak buat apa, yela anak kesayangan meraka la dia nya… Selalu ajak pergi kenduri asyik menolak sahaja, alasan yang diberi yang kahwin tu bukan kawan kita… Habis bila kau kawin nanti yang datang kawan-kawan kau sahaja ke??? Kawan papa kawan mama tak payah tunjuk muka???
  5. Pergi kedai beli aiskrim pun nak bawak motor bapa… Padahal kedai tu jauhnya cuma depan mata, alasan panas nanti hitam la muka… Maklumla kecantikan kena jaga, nanti takde sapa nak tackel…
  6. Dapat no 3 periksa nak hadiah komputer… Hadiah baju baru dah tak main dah… Alasannya kita mestilah ikut peredaran masa, perlu ada akaun Facebook dan Twitter baru la nampak bergaya… Bila ayah tanya boleh tak taipkan surat kat komputer, jawapan diberi nak belajar tapi takde masa… Padahal komputer tu dah nak masuk tahun kedua… Akaun Facebook ada 1234 kawan semuanya, follower twitter ada beratus lah juga… Last-last belajar ntah kemana, duk mengadap komputer ntah buat apa-apa… Keputusan merosot setiap masa…
  7. Makan nak sedap aja… Ikan masin dan telur goreng dah tak dipandangnya… Syarat wajib ayam takpun daging mesti ada… Sayur dah kompom tak makan punya, kalau ada pun sayur yang jenis lembut yang dipilihnya…
  8. Generasi terbilang dah hilang kilatnya… Semua remaja pakat nak bebas saja… I dan U istilah biasa, konon hebat BI padahal meraban ntah apa-apa… Lelaki perempuan bercinta dah memang lumrah manusia, tapi kalau umur 14 tahun nak bercouple apa kejadahnya??? Ayah dan mak rilek aja… Maklumlah mereka kan sporting orangnya… Anak emas ditatang sepenuh nyawa, akhirnya menconteng arang dimuka…
  9. Tak macam  dulu Malaysia lebih bermakna, berbanding Malaysia sekarang yang ramai orang manja… Kalau dulu Jepun serang kita bersiap sedia… Kalau kali ni diserang kita menyorok dalam selimut jela…

Khas untuk lelaki yang tengah hangat bercinta

Semoga ramai lagi lelaki yang sedang hangat bercinta bersifat seperti di bawah. 

Saya suka tengok jari awek saya…
Cantik betul… Sungguh! Sampai takut nak pegang…
Bukan takut patah… Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other Di depan yang maha Esa…
Saya suka tengok rambut awek saya… Cantik betol… Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung…
Bukan sebab jeles orang lain tengok …. Tapi takut terbakar dek api neraka
Saya suka tengok body awek saya… Cantik betol… Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala. Perghh syoknye…
Saya sedih tengok awek saya Tak tido, tak makan rindu kat saya…
Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya? Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa… Semoga lebih cintakan Nya dari saya…
Bahagie nye dapat pakwe macam die… Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya… “Makan, minum, drive elok-elok ..
Nanti awak sakit saye susah ati ” katenya… Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu Die tak kata satu aper pun…
Berdosanye saya….saya memang sayang dia…
Nak jumper die .. Yang forever punye forever… Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama…
Bahagia selamanya… Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti… Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni…

Semoga kami menginsafi diri… Ya Allah ampunkanlah kami…. Semoga kami dapat bersama selamanya nanti…
Cinta tu anugerah Allah… Pandai-panda­i la kita menjaga nikmat Allah itu ye..

3 Petua Hilangkan Lebam Bawah Mata


1. Banyakkan meminum air kosong.

Lebih lebih lagi jika anda seorang aktif melakukan pelbagai aktiviti. Pengambilan air kosong amat baik untuk menjaga kesegaran kulit mata.

2. Makan sayur-sayuran hijau
Andainya anda kurang nutrisi, mulai sekarang tambahkan sayuran hijau dan makanan yang kaya dengan antioksidan dalam menu harian.
3. Gunakan timun atau tomato

Hirisan timun ataupun tomato boleh anda tekapkan pada kedua-dua mata selama beberapa minit. Ataupun boleh tekapkannya semalaman sebelum masuk tidur.
Namun begitu, lingkaran hitam bawah mata juga disebabkan oleh faktor keturunan. Cuba lihat pada mata ayah dan ibu anda. Adakah bahagian bawah mata mereka ada rona hitam?

Jika ada dan seawal usia remaja rona hitam telah muncul di bawah mata anda, berkemungkinan besar ia adalah faktor keturunan.

Cun Giler Laki Nie..

*tengah jeles ni
Kenapa tak percaya ke?dia ni betul betul lelaki laa..
Sangat cantik kan lelaki ini. Kelihatan seperti seorang perempuan cantik yang asli. Kepada jejaka-jejaka diluar sana, kamu semua mesti terpikat apabila melihat gambar ini kan? Atau kamu sedang bergaduh dengan rakan kamu untuk berebutkan lelaki ini? Hati-hati kerana kamu sedang terpikat dan berebut kepada kaum sejenis kamu.
Apabila berdepan dengan orang tuanya Nong Poy akan berkelakuan seperti seorang anak lelaki
*pandai pulak dia berlakon depan orang tua dia


pompuan sejati pun bole kalah dgn dia ni..
Wow Nong Poy pernah memenangi Pertandingan Kecantikan ‘Miss Tiffany‘ pada umur 19 tahun iaitu 2 tahun selepas pembedahan kelamin. Bukan setakat pertandingan kecantikan, Nong Poy juga pernah  menjadi Miss International Queen (lady-boy) 2004. aku rasa peserta-peserta perempuan yang turut menyertai pertandingan itu mesti malu sebab kalah dengan seorang lelaki.
dengar berita dia telah bertunang.,lol
Dia tidak pernah melakukan pembedahan plastik pada wajahnya seperti wanita-wanita zaman sekarang. Kecantikan pada wajahnya adalah asli.

Ni pulak rupa dia masa kecik-kecik dulu

dilahirkan pada tahun 1984
Berketinggian 171 cm,ukuran badan: 33-24-36 dan berat 48 kg
Nekad melakukan pembedahan pada umur 17 tahun.

Nong Poy kini adalah seorang model,
bintang dan pengacara yang paling popular di Thailand.
Selain cantik, dia juga bijak dan berbakat.
Kecerdikan dan kecantikannya pada akhirnya dapat
diterima dengan baik oleh masyarakat Thailand.








Pendedahan Konspirasi & Penipuan Dunia

Illuminati (menerangi) adalah sebuah organisasi sulit terhasil dari gabungan pertubuhan kaum pagan khasnya Kabbalah-Yahudi dan kaum Kristian yang murtad dari agama mereka. Pertubuhan ini ditubuhkan oleh Adam Weishaupt, salah seorang anggota Freemasonary pada 1 May 1776. Dalam perkataan Arab sendiri, Illuminati disebut sebagai An-Nuraniyyin (pemegang cahaya) yang boleh dirujuk sebagai salah satu nama Iblis/Lucifer.


Illuminati & Freemason di Malaysia

SEJADAH ?
Kini kita akan menyentuh berhubung sejadah.Ya, sejadah yang digunakan oleh anda untuk alas solat.
Apa yang menariknya disini? Sila perhatikan dahulu gambar/gambarajah dibawah :


Illuminati & Freemason di Malaysia

SEJADAH ?
Kini kita akan menyentuh berhubung sejadah.Ya, sejadah yang digunakan oleh anda untuk alas solat.
Apa yang menariknya disini? Sila perhatikan dahulu gambar/gambarajah dibawah :

Berdasarkan gambar Master Carpet di atas, saya akan mengambil tiga cirinya ;

1) Lantai Berpetak (hitam/putih)/Checkered Floor
2) Bintang dan Bulan
3) 2 tiang yang dikenali sebagai Joachim dan Boaz.

Sekarang kita akan perhatikan pula contoh salah satu sejadah yang telah diambil.
Sila perhatikan betul-betul.
Sejadah dengan 3 ciri freemason 
checkered floor, bulan dan bintang dan 2 tiang (Joachim & Boaz)

Freemason

Freemason dan Illuminati adalah cabang-cabang pertubuhan Dajal Laknatullah.Tiada bezanya di antara dua pertubuhan ini, keduanya menganut agama menyembah Iblis dan Syaitan, mengamalkan sihir dan memuja-muja mistik sesat (antaranya percaya kepada kuasa angka dan bentuk geometri).Namun freemason telah tampil seolah-olah sebuah pertubuhan yang halal dan memperjuangkan kebajikan.Kini ahli mereka berada diseluruh dunia termasuk Malaysia yang rata-ratanya dianggotai oleh golongan elit.

 
Lantai Hitam & Putih/Checkered Floor

-Lantai yang digunakan dalam ritual freemasonry (berpetak hitam-putih)
Bulan dan Bintang

- Biasa terdapat dalam logo dan simbol yang digunakan oleh freemasonry,dan turut digunakan didalam ritual penyembahan syaitan.Bulan dan bintang turut digunakan sebagai simbolik keIslaman di kebanyakan negara termasuk Malaysia (walaupun ianya bukan logo Islam)

All seeing eye

- Simbolik/propoganda "The Hidden Hand/Dajjal" seperti yang tercetak dibelakang wang dollar U.S.

“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”
 Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,
maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka iaitu kaum berkenaan. 

WALLAHUALAM

Ciri-ciri Perempuan Gedik



Agak HOT la tajuk kat atas tu kan.hikhik.(gelakgedik)*gelak je,orangnye takgedik ok!
Zaman sekolah aku dulu,minah yang style gedik-gedik ni kitorang panggil  geng hotsetaf.Memang HOT sungguh laa.Kadang-kadang naik menyampah aku tengok.Tergedik sana tergedik sini.
Bagi gurgirl kat luar sana tu jangan la terasa, tapi kalau ciri-ciri yang kat bawah ni ada pada korang,memang patut korang terasa.Sapa makan cili dia la yang rasa pedas.Betul tak?


Antara ciri-ciri perempuan gedik adalah seperti berikut:



1. Perempuan ini teramat mudah perasan. Pantang ada laki terpandang sikit, perempuan ni akan fikir,
"eh eh, dia tengok aku lah. mesti sebab aku ni comel. hee~"

2. Perempuan ini bajet cun. Ada jugak antara diorang ni yang memang cun, tapi 0.2% je kot. Lagipon, apa guna cun luar tapi dalam tarak cun langsung. kan kan?

3. Perempuan ni automatik teruja bila berada dekat dengan kumpulan lelaki. Perempuan akan terasa dia diperhatikan oleh kumpulan lelaki tersebut, walhal mungkin kumpulan lelaki rasa nak muntah tengok gerak geri perempuan itu, bukan minat sangat. heh.

4. Mengada-ngada. Ni umpama trademark golongan ini. Alah, taktik nak tarik perhatian lelaki, mula lah merengek-rengek mintak itu mintak ini. 

p/s : lau isteri merengek dengan suami tu takpe, biasalah nak bermanja kan? hehe

5. Perempuan ni rasa semua laki minat kat dia. Macam-macam dia buat nak 'pancing' lah kononnya. Kalau laki tu ade respon, mula lah kate,

"eh, dia ni mesti minat kat aku"

kalau laki tu wat bodoh jek, tak layan, blur dan tiada respon, camni pulak dia kate,

"alahai, sombong nya laki ni. aku tahu dia minat aku, jual mahal la tu"

bagi girls kat luar sana tu,amacam??ciri di atas ada tak dalam diri korang?
ce check balek..ok:)