Kalau sebelum ni aku pernah post pasal Pengalaman praktikal di Labour Room masa aku sem 3 sekarang ni aku dah sem6 yakni tahun akhir sebagai pelatih jururawat, tibalah masa untuk post pasal pengalaman aku semasa di Maternity operation theatres (MOT), Hospital Taiping,Perak. Bagi setiap student nurse akan merasai pengalaman masuk bilik OT (operation theatre) ataupun lebih dikenali sebagai bilik bedah. Ada group yang dapat general OT (GOT) dan ada yang dapat MOT. Untungnya kumpulan aku dapat masuk MOT, dapat laa tengok macam mana surgeon bedah perut ibu-ibu yang mengandung ni secara real di depan mata. Kalau sebelum ni kami cuma tengok melalui video kat youtube, now dapat tengok betul-betul depan mata, rasa bersyukur sangat. First day start praktikal dekat MOT, malam tu aku sampai demam, tak tau la sama ada terkejut sebab tengok surgeon buat LSCS tu ataupun sebab suhu bilik OT yang serupa duduk dalam peti sejuk. Homaigadd sumpah sejuk gilaaaa duk dalam tu dari pukul 7am sampai 2pm. Rasa macam nak cramp kaki,tangan dan mulut.
Tugas kami di bilik OT adalah menerima pesakit yakni ibu-ibu yang nak buat LSCS ataupun LSCS beserta dengan BTL (bilateral tubiligation) dari ward, atau labour room. Semasa pesakit sampai di airlock, staff nurse dekat OT akan check balik semua consent-conset pesakit. kalau semua ok baru pesakit akan dibawa masuk ke bilik OT, masa dekat bilik OT tu, doktor anaest akan bagi lagi penerangan kat pesakit mengenai bius yang akan dilakukan kepada pesakit sama ada general anaesthesia (GA) atau spinal anaesthesia (SA).
Bila ditanya mengenai pendapat ibu-ibu atau bakal ibu, ramai antara mereka yang memilih bius am sebagai bius pilihan. Tapi sebenarnya bius am ataupun GA ni sebenarnya mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan SA.
Alhamdulillah banyak benda yang aku dah belajar kat situ dan banyak kes yang aku dah tengok antaranya fetal distress, breech (songsang), macrosomic baby. selain tu, dpt tengok tugas-tugas scrub nurse,calculate nurse dan GA nurse. Memang menarik kalau dapat kerja dalam bilik bedah ni.
FREE
♥ Followers ♥
Showing posts with label Nursing. Show all posts
Showing posts with label Nursing. Show all posts
PNEUMONIA
Definisi:
Merupakan inflamasi di bahagian mukosa
bronchioles dan alveoli.
Ia berlaku disebabkan oleh jangkitan
mikrobakteria yang menyebabkan inflamasi pada selaput dinding mukosa di bronchi
dan alveoli.
Pneumonia terdiri dari :- infectious
- non infectious.
nInfectious disebabkan oleh jangkitan
bacteria,virus dan fungi.
¨Bronchopneumonia, viral pneumonia, bacterial pneumonia
nNon infectious pneumonia - tidak berjangkit
-
Aspiration pneumonia
-
Hypostatic pneumonia
Klasifikasi:
1.Mengikut sebab:
¨Infeksi
mikroorganisma
Bacterial pneumonia – disebabkan oleh streptococci,
staphylococci
Viral pneumonia – disebabkan oleh rinovirus,
myxovirus
¨Kemasukan
cecair ke paru-paru – aspiration pneumonia
¨Kesan
bahan kimia, gas yang masuk paru-paru – chemical pneumonia
¨Kurang
ambulasi – hypostatic pneumonia
2.Mengikut bahagian paru-paru:
¨Seluruh
cabang bronchus dan alveoli – bronchopneumonia
¨Satu
bahagian paru-paru – lobar pneumonia
¨Satu
bahagian dari lobus – segmental pneumonia
¨Satu
bahagian lobul dalam paru-paru – lobular pneumonia
Sebab-sebab:
1.Infectious
¨Virus
¨Bakteria
2.Non infectious.
¨Aspiration
pneumonia.
¨Hypostatic
pneumonia
¨Chemical
pneumonia
3.Kongenital
¨Jangkitan
melalui placenta kepada bayi - Congenital Pneumonia
Patofisiologi:
Bakteria
boleh menyerang paru-paru melalui sistem respiratori dan sistem vaskular (dari
jangkitan tubuh lain)
Apabila
mikrob colonize di alveoli, respon inflammatory dan immune
dirangsangkan.
Respon
antigen dan antibodi tubuh serta penghasilan endotoxin oleh mikrob akan
memusnahkan mucous membranes di bronchiol dan alveolar, mengakibatkan inflamasi
dan edema.
Infectious
debris (sel-sel mati) and exudate boleh mengisi alveoli dan mengganggu
ventilasi serta pertukaran gas.
Iritasi
dan kecederaan pada tisu menyebabkan berlakunya reaksi sistemik yang
meningkatkan leucoyte di dalam darah.
Manifestasi Klinikal:
1.Demam – 38.5ºC - 40ºC
2.Rigor – menggigil akibat inflamasi di paru-paru
3.Pleuritic chest pain – sharp
localized chest pain
4.Dyspnea; tachypnea
5.Malaise
6.Batuk berterusan (waktu malam).
7.Hemoptysis – batuk kuat hingga salur darah di
paru-paru pecah
8.Crackles on auscultation
9.Sputum - non productive/productive :- akibat
reaksi selaput mukosa dan proses inflamasi
¨Keluaran
kahak/sputum diperingkat awal warna putih dan berbuih,
¨purulent
- warna kuning kehijauan, pekat dan melekit.
PLEURAL EFFUSION
Definisi: •Pleural effusion adalah pengumpulan cecair
berlebihan di kaviti pleura. Ruang
pleura yang normal mengandungi 10-20 ml cecair serous
Etiologi/Sebab:
Etiologi/Sebab:
1. Secondary to disease:
–CCF
–Renal failure
–Liver failure
2. Connective tissue disorders
-
Rheumatoid arthritis
-
Systemic lupus erythematosus
3. Tumours - lung cancer
4. Infections
–Pneumonia
–Tuberculosis
5. Lymphatic obstruction
6. Chest trauma
Patofisiologi:
Pengumpulan cecair berlebihan disebabkan oleh :-
•Transudate
– terbentuk apabila tekanan kapilari tinggi (contohnya CCF) atau plasma protein
rendah (contohnya liver failure)
•Exudate –
disebabkan oleh peningkatan permeabiliti kapilari (contohnya renal failure)
Pengumpulan cecair yang berlebihan menekan tisu
paru-paru dan menghalang pengembangan paru-paru, mengakibatkan dyspnea.
Tekanan tinggi dalam ruang pleura mengakibatkan
pleuritic chest pain.
Manifestasi Klinikal:
•Demam
•Pleuritic
chest pain – disebabkan tekanan cecair yang berlebihan di kaviti pleura
•Dyspnea –
pengumpulan cecair menghalang pengembangan paru-paru
•Batuk –
akibat iritasi pada dinding parietal dan visceral
•Tracheal
deviation may occur
Pengurusan pesakit:
•Pharmacology
1. Rawatan antibiotik – merawar infeksi
2. Rawatan chemotherapy – untuk recurrent
effusion
3. Rawatan analgesic – mengurangkan kesakitan
4. Rawatan codeine – melegakan batuk
Non-pharmacology
1.Memberi keselesaan
2.Melakukan pemerhatian berterusan
3.Mengajar pesakit melakukan senaman pernafasan
dalam
4.Memberi sokongan emosi kepada pesakit dan
keluarga
Surgical
Thoracentesis
Komplikasi:
•Atelectasis
•Empyema
Subscribe to:
Posts (Atom)


