FREE

♥ Followers ♥

Pengalaman di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK)

Entry kali ni nak share dengan korang pengalaman selama 2 minggu dekat Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) atau dulunya femes dengan nama Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.



Hospital pertama  ini di Malaysia telah mula beroperasi sejak tahun 1911 dan pernah dikenali sebagai Federal Lunatic Asylum yang juga merupakan institut psikiatrik terbesar di Malaysia. Mampu menempatkan sehingga 2000 pesakit pada satu-satu masa, institut yang terletak di Tanjung Rambutan ini dengan keluasan kawasan melebihi 400 ekar. 
 Kami jururawat pelatih hanya ditempatkan di wad-wad perempuan sahaja dan tidak dibenarkan masuk ke wad-wad lelaki dan forensic acute atas sebab-sebab tertentu.
 Walaupun begitu, aku sgt bersyukur sebab berpeluang untuk merasai pengalaman yang amat berharga ni. Selama 2 minggu dekat sana macam-macam ragam pesakit aku dapat tengok. Dan antara diagnosis yang aku kenal pasti adalah seperti skizofrenia (schizophrenia), penyakit bipolar (bipolar disorder), depressi atau tekanan jiwa (depression) dan banyak lagi. Tapi rasanya pesakit schizophrenia lah antara pesakit yang paling ramai kat sana.
oleh sebab diharamkan ambik gambar pesakit kat sana, jd aku ambik gambar aku sendiri, hikhik

 Pada hari pertama, aku ditempatkan di A ward iaitu A5 dan A6. A ward ini merupakan wad tinggal lama dan juga merupakan wad gerantology (warga emas), bermakna pesakit kat sini pesakit yang tinggal dalam tempoh masa yang lama dekat sana, ada yang tiada waris ataupun ada waris tp waris taknak jaga. Aktiviti kami kat sini lebih kepada bantu pesakit dalam aktiviti harian mereka seperti menyuap makanan, bermain dengan pesakit, bercerita dengan pesakit, tukar baju dan pampers pesakit. Kami berada di sana selama 3 hari sahaja.

seterusnya kami ditempatkan di wad 12 (WP12) selama 3 hari. wad ni merupakan wad pemulihan pesakit selepas mereka keluar daripada WKP (wad kemasukan pesakit). aktiviti yang dilakukan seperti psycho-education dan group therapy. Kami ada jugak buat aktiviti seperti aerobik,aktiviti melukis dan mewarna dengan pesakit-pesakit kat sana.
Seterusnya kami ditempatkan di wad 4 selama 4 hari, seriously, wad 4 ni laa paling best sekali. wad 4 ni merupakan wad pemulihan jugak tapi yang bezanya kat sini, pesakit ambik dan makan ubat sendiri, kalau wad-wad lain, staff nurse yang bagi pesakit makan ubat. kat sini kami belajar macam-macam, contohnya pasal borang 1 sampai borang 12, pastu dapat tengok ECT. sangat sangat sangat bestttt lah. Thanks to sister Azua yang banyak bagi tunjuk ajar.^__^
Kat wad ni ramai pesakit yang kerja. Jangan terkejut tau sebab pesakit yg sihat akan dibenarkan bekerja di bengkel dan domestik. Bukannya semua pesakit kat sini agresif. Bagi pesakit yang bekerja mereka akan dibayar upah dan duit itu akan disimpan di dalam akaun mereka.

Gambar hari terakhir kami di sana..T,T






No comments: