FREE

♥ Followers ♥

Wanita mendapat jangkitan kuman selepas dicakar kucing


Seorang wanita berusia 50 tahun menderita sakit dan dijangkiti kuman apabila lengan kanannya digigit dan dicakar oleh kucing jantan peliharaannya yang diberi nama  "Putih" yang dibela sejak kecil lagi.
 Kecederaan teruk yang dialami menyebabkan Rusita Ahmad terpaksa dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Menurut beliau sebelum ni Putih tidak pernah keluar atau bergaul dengan kuciing lain sebaliknya ditempatkan di dalam sangkar khas.
Gambar Rusita yang menderita akibat dicakar kucing peliharaannya

Kepada pencinta-pencinta kucing sekalian, selepas ni kita perlu lebih berhati-hati dengan kucing sebab cakaran kucing ni tersangatlah bahaya dan boleh membawa maut.



Cat-scratch Disease (CSD) (penyakit cakaran kucing), ialah penyakit jangkitan kuman yang boleh dipindahkan kepada manusia menerusi gigitan, cakaran dan pendedahan kepada air liur kucing…
Kuman Bartonella Henselea selalunya berada dalam air liur kucing tanpa mengira jenis atau baka kucing. Kuman ini datang daripada kutu dan kucing bertindak sebagai pembawa. Kewujudan kuman ini dalam air liur kucing tidak membuatkan kucing itu sakit. Hampir kebanyakan kucing memiliki kuman ini dan anak kucing lebih terdedah kepada Bartonella Henselea berbanding kucing dewasa.
Bartonella Henselae boleh ditemui di mana saja di dunia dan selalunya muncul ketika musim sejuk atau gugur di barat. Selain cakaran atau gigitan, pendedahan kepada air liur kucing juga boleh menyebabkan seseorang berhadapan dengan CSD jika berlaku luka.
CSD tidak berjangkit dari seorang individu kepada individu lain kerana ia disebarkan menerusi cakaran atau gigitan kucing yang terdedah kepada Bartonella Henselea. Selalunya jika seseorang sudah berhadapan dengan CSD, dia akan imun kepadanya untuk sepanjang hayat.CSD secara umumnya bersifat tidak bahaya dan boleh sembuh dengan sendirinya tanpa rawatan.
Selepas dicakar atau digigit, lazimnya, luka atau bengkak pada bahagian yang terkena gigitan atau cakaran kadangkala berlaku serta merta. Tetapi ia boleh juga muncul antara tiga ke 10 hari. Kesannya merah, sakit dan bernanah. Jika keadaan serius rawatan diperlukan.
CSD perlukan rawatan jika berlaku bengkak, sakit dan bernanah. Jika berlaku komplikasi, mungkin membawa maut, apatah lagi jika yang terkena gigitan atau cakaran itu warga tua, kanak-kanak, pesakit HIV, barah, diabetes dan pesakit yang banyak mengambil steroid.

Pengalaman di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK)

Entry kali ni nak share dengan korang pengalaman selama 2 minggu dekat Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) atau dulunya femes dengan nama Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.



Hospital pertama  ini di Malaysia telah mula beroperasi sejak tahun 1911 dan pernah dikenali sebagai Federal Lunatic Asylum yang juga merupakan institut psikiatrik terbesar di Malaysia. Mampu menempatkan sehingga 2000 pesakit pada satu-satu masa, institut yang terletak di Tanjung Rambutan ini dengan keluasan kawasan melebihi 400 ekar. 
 Kami jururawat pelatih hanya ditempatkan di wad-wad perempuan sahaja dan tidak dibenarkan masuk ke wad-wad lelaki dan forensic acute atas sebab-sebab tertentu.
 Walaupun begitu, aku sgt bersyukur sebab berpeluang untuk merasai pengalaman yang amat berharga ni. Selama 2 minggu dekat sana macam-macam ragam pesakit aku dapat tengok. Dan antara diagnosis yang aku kenal pasti adalah seperti skizofrenia (schizophrenia), penyakit bipolar (bipolar disorder), depressi atau tekanan jiwa (depression) dan banyak lagi. Tapi rasanya pesakit schizophrenia lah antara pesakit yang paling ramai kat sana.
oleh sebab diharamkan ambik gambar pesakit kat sana, jd aku ambik gambar aku sendiri, hikhik

 Pada hari pertama, aku ditempatkan di A ward iaitu A5 dan A6. A ward ini merupakan wad tinggal lama dan juga merupakan wad gerantology (warga emas), bermakna pesakit kat sini pesakit yang tinggal dalam tempoh masa yang lama dekat sana, ada yang tiada waris ataupun ada waris tp waris taknak jaga. Aktiviti kami kat sini lebih kepada bantu pesakit dalam aktiviti harian mereka seperti menyuap makanan, bermain dengan pesakit, bercerita dengan pesakit, tukar baju dan pampers pesakit. Kami berada di sana selama 3 hari sahaja.

seterusnya kami ditempatkan di wad 12 (WP12) selama 3 hari. wad ni merupakan wad pemulihan pesakit selepas mereka keluar daripada WKP (wad kemasukan pesakit). aktiviti yang dilakukan seperti psycho-education dan group therapy. Kami ada jugak buat aktiviti seperti aerobik,aktiviti melukis dan mewarna dengan pesakit-pesakit kat sana.
Seterusnya kami ditempatkan di wad 4 selama 4 hari, seriously, wad 4 ni laa paling best sekali. wad 4 ni merupakan wad pemulihan jugak tapi yang bezanya kat sini, pesakit ambik dan makan ubat sendiri, kalau wad-wad lain, staff nurse yang bagi pesakit makan ubat. kat sini kami belajar macam-macam, contohnya pasal borang 1 sampai borang 12, pastu dapat tengok ECT. sangat sangat sangat bestttt lah. Thanks to sister Azua yang banyak bagi tunjuk ajar.^__^
Kat wad ni ramai pesakit yang kerja. Jangan terkejut tau sebab pesakit yg sihat akan dibenarkan bekerja di bengkel dan domestik. Bukannya semua pesakit kat sini agresif. Bagi pesakit yang bekerja mereka akan dibayar upah dan duit itu akan disimpan di dalam akaun mereka.

Gambar hari terakhir kami di sana..T,T






Pengumuman Pemenang Contest

Assalamualaikum semua, pertama sekali nak mintak maaf sesangat sebab lambat nak umumkan pemenang due to kesibukan melampau lampau dengan praktikalnya, dengan exam nya dan dengan lappy buat hal. Ohhhmaiii..sabar jelah  -.-"
Ok tanpa berlengah lagi saya akan umumkan pemenang tempat ketiga bagi contest ini ialah,

Karimah Zulkafali


"Ya Allah, Aku mohon jangan Engkau pisahkan aku dan Nur Fatin Fatihah binti Ismail. Aku mohon. Dialah kawan, teman, rakan dan sahabat yang betul'betul ikhlas bersahabat denganku ya Allah. Dialah penemanku tika aku menangis kegembiraan mahupun tika aku menangis kesedihan.

Aku bukanlah seorang sahabat yang baik. Tapi InShaaAllah aku cuba yang terbaik untuk bersama'samamu mencari redha Allah InShaaAllah.

Doakan kami bersama selalu hingga Syurga Allah. Ameen!

#SahabatSampaiSyurga"

Tempat kedua:



Dari kiri :
Aku, Syafiqa Adlina dan Amiratul Hajar.

5 tahun kami bersama. Setiap kegembiraan dan kesedihan dikongsi bersama. Kini, kami terpaksa berpisah untuk menuntut ilmu di bumi Allah ini. Ku mohon kepadaMu Ya Allah, janganlah Kau pisahkan hati-hati kami. Kuatkanlah hati kami untuk terus menjalani kehidupan kami. Amin 

Tempat pertama:

Dia  : Weyh , kau tengah buatpe tuh ? Orang dah ready nak take our picture tau !
Aku : Ishhhhh kejap lahh . Aku nak delete dulu gambar yang kau ambik tadi . 
Dia  : Iye ? Pandai pulak kau guna DSLR nihh . Sejak bila ?
Aku : Alah , buat-buat pandai je lah . Unpaid photographer kita tu mesti nak amek gambar kita candid kan . 
Dia  : Haah lah . Brilliant jugak idea kau tuh . Tapi kannnnnn . Mana kura-kura ?
Aku : Apa yang kura-kura nya ? Makan kerepek pulak kau . 
Dia  : Kerepek mepek . Cepatlahh ! Alah delete gambar pun tak pandai ke ?
Unpaid photographer : One .....
Aku : Ehh cepat-cepat . Senyum-senyum !
Dia  : Aku dah lama ready , kau je yang lambat . Huh .
Unpaid photographer : Two .....
Aku : Bisinglah kau nihhh . Tu dah kiraan two dah tuhh . Senyum !
Unpaid photographer : Threeee . Smileeeeeeeee !

Untuk pemenang ni, saya tak bole nak copy semua ayat-ayat dia sebab karangan dia melampau-lampau panjang. hihi. Kalau nak baca banyak lg boleh terjah ke blog hazlin okeh.

Tahniah kepada semua pemenang nanti saya akan contact ngn awak bertiga untuk bagi hadiah dan bagi yang tak menang, jangan sedih-sedih naa, cuba lagi lain kali.
Bagi pemenang-pemenang contest anda dikehendaki beri nama anda,url blog dan no.tel anda di fanpage Blog single is better yerr untuk memudahkan saya nak contact awak semua nanti.

Terima kasih sebab sudi join contest ni & thanks for reading! :)