FREE

♥ Followers ♥

Trend Kahwin Muda

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, agak lama jugak la tak buat entry baru kat blog ni berikutan kesibukkan menghabiskan waktu cuti sem yang berkualiti bersama keluarga terchenta.

Bulan Disember ni memang banyak betul kenduri orang kahwin kan. Bercakap mengenai kenduri kahwin ni, lately makin ramai pulak kawan yang sebaya dengan ioll ni kahwin. Tahniah la ye. Muda-muda dah bertemu jodoh, Alhamdulillah..sekurang-kurangnya dapat la membendung gejala maksiat daripada berleluasa.
Tapi ada benda yang bermain-main di fikiran ambe ni..

Wajarkah kahwin pada usia muda?
Wajarkah kahwin ketika masih belajar ?
Wajarkah kahwin ketika muda dan ketika masih belajar ?

Kalau zaman tok nenek kita dulu memang mereka kahwin awal, umur belasan tahun pun dah kahwin dan ada yang dah ada anak dah. Bagi yang bujang berumur 20an masa tu dah dianggap bujang lapok atau pun anak dara tua dah. Zaman dulu dan sekarang sudah berbeza. Dahulu masyarakat tidak dibebani dengan tumpuan pelajaran dan mas kahwin pun murah saja.;p

Malaysia mula mencapai taraf negara maju maka corak stigma masyarakat juga berubah. Masing-masing mula bekerjaya baik lelaki mahupun wanita, tempoh belajar yang semakin panjang membuatkan ramai yang lewat mendirikan rumahtangga. Ditambah pula dengan mas kahwin yang mahal


Secara tak langsung, keadaan ni mengubah persepsi masyarakat terhadap kahwin awal. Kebanyakkan pelajar akan giat menghabiskan dahulu pengajian mereka sebelum bersedia mendirikan rumahtangga. Rata-rata yang bekerjaya memilih usia seawal 25-an malah menjadi perkara biasa bagi mereka yang menangguhkan perkahwinan sehingga usia hampir mencecah 30-an demi memantapkan ekonomi masing-masing.
Akhirnya, impak negatif zaman global pada hari ini mengubah kembali  statistik perkahwinan pada usia muda yang meningkat naik  beberapa tahun kebelakangan ini. Diakui, ikatan perkahwinan sememangnya merupakan sebagai jalan keluar terbaik bagi menyelesaikan kebanyakkan kes-kes moral remaja pada hari ini dan dapat menghalang maksiat daripada terus berlaku sebagaimana yang dianjurkan oleh agama islam itu sendiri.

 Wahai Para pemuda, barangsiapa yang mampu dikalangan kamu maka bernikahlah
 kerana sesungguhnya dengan nikah itu dapat menundukkan pandangan dan menyelamatkan kemaluan (kehormatan)
 dan barangsiapa yang tidak mampu
 maka hendaklah dia berpuasa sesungguhnya bagi berpuasa itu satu perlindungan”
(hadith sahih riwayat bukhari no. 5063 , Muslim no. 3389 nasaie dan Ahmad)


Wajarkah kahwin ketika masih belajar ?
Dena Kamarul Bahrin & Irene Nadia, both of them still study but they are now dah ada anak dah pun, adore them sooo muchh^,^




Bagi pelajar yang telah mendapat lampu hijau utk mendirikan rumahtangga, mereka harus mahir dalam menguruskan hal akademik dan rumahtangga.Pro dan kontra perkahwinan ketika masih belajar sedikit sebanyak  memberi kesan kepada jiwa insan yang mahu mendirikan rumahtangga. Tak kurang pulak yang menghadapi masalah seperti ekonomi yang tidak mantap, tidak mendapat keizinan wali ataupun kontrak perjanjian penaja yang tidak membenarkan seorang pelajar berkahwin.

Saban tahun kes-kes maksiat masih lagi dipelopori dalam kalangan remaja termasuklah golongan yang terpelajar. Isu yang hangat dibahas ini sering timbul dalam kalangan mahasiswa. Tinggal serumah dengan pasangan kekasih, pelajar kahwin lari, pelajar luar negara kahwin tanpa memberitahu ibubapa.

“ Kami nak kahwin tapi mak ayah tak bagi. So, lantaklah !”


“ Wanita sekarang ini pakai terlalu seksi. Ko gay ke kalau tak rasa suka?”

" Mahar tinggi sangatlah bro, gua budak sekolah je pun"

Pelbagai alasan digunakan untuk menutup kesan hati yang tak terjaga, menyalahkan suasana dan keadaan namun terlupa bahawa islam juga mempunyai kaedah “prevention is better than cure”.
Tiada jaminan untuk mereka yang berkahwin boleh terlepas daripada godaan maksiat. Jika rumahtangga itu dibina hanya atas dasar elak maksiat semata-mata, jadilah perkahwinan itu sebagai tuntutan nafsu sedangkan dalam islam, perkahwinan merupakan tuntutan agama.

Perlu disedari bahawa perkahwinan bukan sekadar ikatan sah antara dua insan malah juga mempunyai skop tanggungjawab yang perlu digalas. Perkahwinan mestilah mempunyai matlamat yang jelas kerana ia merupakan satu ibadah serta mengikuti sunnah nabi. 

Tahun 2013 hampir melabuhkan tirainya, jadi entry kali ni merupakan entry penutup bagi tahun 2013, Selamat Menyambut Tahun Baru 2014/ Happy New Year :)






1 comment:

Unknown said...

Saya suka dengan posting ni...it's true..kadang2 mereka ni lbh suka menggunakan alasan agama utk berkawin..tp mereka lupa tanggungjawab terhadap ibu bapa juga merupakan salah satu tanggungjawab yg dituntut dalam agama..specially lelaki..

www.hennyzafaisal.com