Topik yang ingin dikupas kali ini ialah berkenaan sejenis makanan tradisi orang Melayu sempena hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada esok hari, iaitu ketupat daun palas,
yang biasanya dimakan bersama rendang ayam atau daging, atau apa-apa
jenis serunding.
Biased jantina sering berlaku setiap kali menjelang musim raya, di mana
ketupat palas betina selalunya akan ditertawakan oleh golongan 'orang
lama', dan ianya dianggap sebagai ketupat yang FAILED. Ketupat palas
jantan barulah dianggap WIN.
Korang yang tak tahu menahu pasal ketupat ni mesti kompius kenapa ketupat betina dianngap FAILED kan. Okies, di sini akan diceritakan satu per satu yaa..
Ketupat ni dari zaman dulu lagi, cara
nak memasaknya ialah dengan merebus ketupat di dalam air. Ketupat betina
mempunyai balutan daun yang kurang kejap serta kurang kemas, maka air
lebih mudah untuk masuk ke dalam sarung ketupat semasa proses merebus,
lalu pulutnya akan jadi agak lembik. Berbeza dengan ketupat jantan, cara
balutan ketupat jantan lebih kemas dan kejap, tidak kelihatan begitu
berlubang, maka agak susah untuk dimasuki air semasa proses merebus. Ada faham..
kat atas ni gambar ihsan google yang lebih jelas lagi rupa bentuk ketupat palas jantan dan betina.
Okies lah para readers sekalian..taknak lah membebel panjang2, akhir kata just nak ucap Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.=)
1 comment:
hi semua tumpang lalu...:)
nak bagi tau ni..Eny ada wat contest katblog. feel free to join...
http://www.hennyzafaisal.com/2014/01/blog-sharing-contest-with-victoria.html
Post a Comment