Apesal

♥ Followers ♥

Movie 'A Tale of Mari and The Three Little Puppies'

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setelah sekian lama tak menitiskan air mata akibat menonton drama, akhirnya air mata aku mencurah-curah keluar tanpa berhenti pagi tadi akibat menonton cerita  'A Tale of Mari and The Three Little Puppies'. Cerita ni superb best! Asyik buat aku menangis dari awal tengok sampai ending dia pun still dok menangis lg..memang sedih sangat. Jepun kalau buat cerita menyentuh hati ni memang menjadi ok. Sebab tu orang suka tengok filem jepun and korea. 

Ni kira first time aku tengok movie yang sepanjang masa air mata aku mengalir,tak tipu! Kalah cerita titanic,KCB & etc.

Plot yang kompem bole buat korang menangis 

1) Bila time gempa bumi berlaku, atuk dan aya ( cucu ) telah dihempap dengan almari dan rumah mereka musnah. Si Mari tu sedaya upaya menggali kayu-kayu dah tanah untuk selamatkan diorang sehingga kakinya berdarah.  Akhirnya ada 2 orang penyelamat datang. 


2) Bila time abang Aya, Ryoko yang sedih mengenangkan adik dan atuknya. Sampaikan dia nak cari sendiri adik dia di kampung tetapi dilarang oleh cikgunya 

3) Bila time masa penyelamat tu nak bawak atuk dan adik dia naik helikopter. Masa ni paling deras air mata aku jatuh...masa Aya nak kene tarik dengan tali naik helikopter tu, dia mintak penyelamat tu bawak Mari sekali tapi Penyelamat tu kata tak boleh sebab kesuntukan masa. Masa tu aya menangis giler la...menjerit-jerit. Dia panggil Mari....Mari...Mari....bila dah sampai masuk helikopter tu dia tengok dari tingkap Mari kejar helikopter yang diaorang naik tu...Memang sedih sangat adegan time tu...kesian Mari kene tinggal. 

4 ) Mari mencari makanan untuk anak-anaknya. Dia bawak anak-anaknya tempat padang yang Aya selalu bawak main. Ada bola permainan dia kasi anak-anaknya main. Ada burung gagak yang jahat mengacau anak Mari. Mari pun jerit-jerit dan melompat halau gagak tu sehinggakan dahi nya berdarah. 

5 ) Time ni pun sedih, bila Mari mungkin terlalu merindui aya. Dia bawak anak-anaknya pergi mencari Aya mungkin. Bila sampai satu jambatan tu, Mari dan anak-anaknya jatuh ke dalam sungai. Dia berusaha menyelamatkan anaknya dan bawa ke dasar sungai. 

6 ) Aya dan abangnya telah keluar senyap-senyap pergi ke kampung dyorang untuk mencari Mari. Dyorang terpaksa guna jalan lama sebab jalan yang selalu digunakan ditutup akibat runtuhan. Waktu tu hujan pulak, sampaikan kaki aya berdarah dan demam. Abangnya mendukung aya dan bawanya ke sebuah rumah kosong. Akhirnya ayah aya dapat tahu yang mereka keluar dan mencari anaknya dan jumpa di rumah kosong tersebut. Time ni pun memang sedih. 

7 ) Bila time helikopter penyelamat datang nak bawak wakil sorang dari ahli keluarga untuk melihat kampung halaman mereka. Time ni Aya diberi peluang pergi bersama ayah dan abangnya. Bila sampai kat kampung tu, diorang cari-cari Mari dan anak-anakya. Tapi hampa sebab Mari tiada. Time aku nangis lagi. Pastu dyorang pergi padang tempat Mari bermain. Aya dah nangis-nangis sebab tak jumpa Mari. Tapi tak lama kemudian anak-anak anjing berlari ke arah dyorang. Dan last sekali timbul Mari dengan keadaannya yang sangat kotor dan lemah. Menangis lagi lagi tengok aya menangis....huhuhuhu......


Ok ; Tamat. Silalah tengok cerita ni kalau tak percaya...


Bersyukur dengan apa yang kita ada


Pandanglah mereka yang di atas dan kamu akan belajar erti kejayaan
serta pandanglah mereka yang di bawah dan kamu akan belajar erti kemanusiaan..

untuk apa mengeluh kerana satu kekurangan, sedangkan kita masih belum belajar untuk bersyukur di atas beribu nikmat dan kelebihan yang kita dapat...

bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang, kerana boleh jadi seseorang sedang bermimpi untuk memiliki apa yang kita miliki...

wallahu'alam :)


10 kisah orang-orang yang gagal sebelum berjaya


10 kisah orang-orang yang gagal terlebih dahulu dan akhirnya berjaya dengan luarbiasa.

1. Albert Einstein


Dialah Ilmuwan terkenal abad 20 yang terkenal dengan teori relativifnya. Dia juga salah satu pemenang Nobel. Siapa sangka dia adalah semasa kanak-kanak, beliau ialah terlambat bercakap dan juga mengidap Autisme iaitu penyakit yang sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Waktu kecil dia juga suka lalai dengan pelajaran.

2. Abraham Lincoln


Kisah Lincoln merupakan contoh klasik orang-orang yang benar-benar berani gagal.
Gagal dalam bisnes pada tahun 1831.
Dikalahkan di Badan Legislatif pada tahun 1832.
Gagal sekali lagi dalam bisnes pada tahun1833.
Mengalami patah semangat pada tahun 1836.
Gagal memenangkan pertandingan pidato pada tahun1838.
Gagal menduduki dewan pemilih pada tahun 1840.
Gagal dipilih menjadi anggota Kongres pada tahun 1843.
Dilantik menjadi anggota Kongres pada tahun 1846.
Gagal menjadi anggota Kongres pada tahun 1848.
Gagal menjadi anggota senat pada tahun 1855.
Gagal Menjadi Presiden Pada Tahun 1856.
Gagal Menjadi anggota Dewan Senat pada tahun 1858.
Akhirnya pada tahun 1860 dilantik sebagai presiden Amerika yang ke-16 dan salah seorang presiden yang sukses dalam sejarah Amerika.

3.Bill Gates

William Henry Gates III, atau yang lebih dikenal Bill Gates adalah CEO Microsoft. Merupakan seorang yang dermawan melalui kegiatannya di Yayasan Bill & Melinda Gates. Ia adalah pertama dalam orang terkaya di dunia versi majalah Forbes selama 13 tahun (1995 hingga 2007). Siapa sangka dia sebelumnya pernah dibuang dari Harvard dan bekerja sebagai Office Boy

4. Adam Khoo
Dia orang Singapura. Waktu kecil, ia adalah penggemar games yang ekstrem dan TV. Sehari, ia boleh duduk berjam-jam di depan TV. Baik main PS atau menonton TV.
Adam Khoo pun dikenali sebagai seorang anak bodoh. Ketika darjah empat , Ia dikeluarkan dari sekolah. Ia pun dimasukkan ke Sekolah Rendah terburuk di Singapura. Ketika dia akan masuk Sekolah Menengah, ia ditolak oleh enam Sek Men terbaik di sana. Akhirnya, ia belajar di Sek Men terburuk di Singapura. Begitu buruknya prestasi akademiknya, tapi lama kelamaan dia semakin baik justeru kerana cemuhan kawan-kawannya, hingga akhirnya memperoleh kejayaan di dunia perniagaan.
Prestasi Adam di dunia perniagaan bermula pada Adam berusia 26 tahun. Memiliki empat perniagaan dengan total nilai aset setahun bernilai US$ 20 juta.
Kisah bisnes Adam bermula ketika ia berusia 15 tahun. Ia berniaga music box. Bisnes berikutnya adalah pernigaan training dan seminar. Pada usia 22 tahun, Adam Khoo adalah trainer peringkat nasional di Singapura. Pelanggan-pelanggannya adalah para manager dan top manager perusahaan-perusahaan di Singapura. Bayarannya mencapai US$ 10,000 per jam.

5. Aristotle Onassis 
Di sekolah, dia bodoh dan suka mencari pasal dan berlagak seperti orang kaya. Tidak aneh kalau ia diusir dari beberapa sekolah. Ia sering mendapat nombor tercorot di kelasnya. Salah seorang gurunya berkata:
Rakan sekelas memuja dia kerana sikapnya, tetapi guru guru dan keluarganya berputus asa. Semasa dia masih muda, dengan mudah orang dapat melihat bahwa dia akan menjadi seorang di antara mereka yang akan menghancurkan diri sama sekali atau sukses secara gilang-gemilang. 
Walaupun reportnya di sekolah semakin bagus, bakatnya untuk berniaga dan mencari wang telah nampak sejak kecil. Akhirnya dia menjadi seorang jutawan.

6. Thomas Alva Edison
Suatu hari, seorang anak kecil berusia 5 tahun, agak pekak dan bodoh di sekolah, pulang ke rumahnya membawa sehelai kertas dari gurunya. ibunya membaca kertas tersebut,
Tommy, anak ibu, sangat bodoh. kami minta ibu untuk mengeluarkannya dari sekolah.
Ibunya terhenyak membaca surat ini, namun ia segera membuat tekad yang teguh, ” anak saya Tommy, bukan anak bodoh. saya sendiri yang akan mendidik dan mengajar dia.”
Tommy kecil adalah Thomas Alva Edison yang kita kenal sekarang, salah satu saintis terbesar di dunia. dia hanya bersekolah sekitar 3 bulan, dan secara fizik agak lembab, namun itu semua ternyata bukan penghalang untuk terus maju.
Siapa yang sebelumnya menyangka bahawa kanak-kanak tuli yang bodoh sampai-sampai diminta keluar dari sekolah, akhirnya bisa menjadi seorang genius? jawabannya adalah ibunya! Ya, Nancy Edison, ibu dari Thomas Alva Edison, tidak menyerah begitu saja dengan pendapat pihak sekolah terhadap anaknya.

7. Chris Gardner
 
Sudah pernah mdnonton film atau baca buku Pursuit of Happyness ? Itulah kisah benar kehidupan Christoper Paul Gardner yang dilakonkan oleh Will Smith. Pahit manisnya kehidupan sudah dirasakan olehnya. Kehilangan tempat tinggal, ditinggal isteri, ditangkap polis, kesulitan membayar kredit, semuanya sudah dirasakan. Dia bukanlah orang berpendidikan tinggi tapi dia terus berusaha dan berjuang, Kini dia menjadi seorang jutawan yang sukses, motivator, entrepeneur dan filantropis. Sekarang dia mempunyai Gardner Rich & Co, sebuah perniagaan saham.

8.Ludwig Van Beethoven 
Jika anda mengenal seorang wanita yang sedang hamil, yang telah mempunyai 8 anak, tiga diantaranya pekak, dua buta, satu mengalami gangguan mental dan wanita itu sendiri mengidap siplis, apakah anda akan menyarankannya untuk menggugurkan kandungannya? Jika anda menjawab ya, maka anda baru saja membunuh salah seorang termasyur dunia. Kerana anak yang dikandung oleh ibu tersebut adalah Ludwig Van Beethoven. Ketika Beethoven berumur di hujung dua puluhan, tanda-tanda pekaknya mulai tampak, tapi akhirnya ia menjadi ahli muzik yang terkenal dengan karya 9 simfoni, 32 sonata piano, 5 piano concerto, 10 sonata untuk piano dan biola, serangkaian penggesek biola yang menakjubkan, muzik vokal, muzik teater, dan banyak lagi.

9. Louis Braille
Louis Braille mengalami kerosakan pada salah satu matanya ketika berusia 3 tahun. Waktu itu secara tidak sengaja dia menikam matanya sendiri dengan alat pembuat lubang dari perkakas kerja ayahnya. Kemudian mata yang satunya terkena sympathetic ophthalmia, kesan yang terjadi karena kerosakan mata yang lainnya. Kebutaan tidak membuatnya putus asa, ia menciptakan abjad Braille yang membantu orang buta membaca. Sekarang siapa yang tidak tahu abjad Braille?

10. Mark Zuckerberg
Pemuda ini dinobatkan sebagai jutawan termuda dalam sejarah yang bermula dari keringatnya sendiri. Mark adalah seorang anak muda yang suka berhibur dengan internet. Dimulai dari sebuah laman penghubung mahasiswa Harvard, ternyata ramai yang menyukainya, dengan nekad ia mengikuti jejak seniornya, Bill Gates, pelajar buangan dari Harvard untuk mengembangkan laman tersebut menjadi Facebook yang kita kenal sekarang. Tahukah Anda? Mark pernah menolak tawaran Friendster yang ingin membeli Facebook 10 juta US$, tawaran dari viacom 750 juta dolar dan yang paling mengkagumkan tawaran dari yahoo satu billion dolar.

Jadi bagi adik-adik yang ambik keputusan PMR hari ni,walaupun tak dapat straight A's jangan sedih atau berputus asa, teruskan usaha anda InsyaAllah anda akan menjadi orang berjaya satu hari nanti :D




Jadual Pembayaran Gaji Bagi Kakitangan Awam Untuk Tahun 2013




Kebaikan dan Keburukan Memakai Kanta Sentuh/Contact Lenses

Tidak dinafikan pada hari ini, ramai masyarakat yang gemar memakai contact lenses tidak kira lelaki atau perempuan. Jom kita lihat apa kebaikan dan keburukan memakai contact lenses.


Apakah kebaikan kanta sentuh ?
Kebaikannya boleh dikelaskan kepada aspek berikut :


Fizikal:

1. Ia selamat dan terdiri dari pelbagai jenis yang boleh menepati cita rasa anda
2. Ia tidak akan jatuh semasa anda sedang bermain, menari atau bersenam
3. Ia tidak akan berkabus jika anda bergerak dari kawasan sejuk ke panas dan lembap
4. Ia tidak akan memantulkan cahaya seperti sesetengah kaca mata
Fungsinya lebih baik berbanding kaca mata biasa jika anda aktif dalam kegiatan sukan . Ini kerana kanta sentuh memberikan medan penglihatan yang lebih luas,lebih jelas dan mengurangkan risiko kecederaan .

Kosmetik :


Kanta sentuh membuat anda nampak lebih menarik dan bergaya!
Kornea atau anak mata yang tidak cantik boleh disembunyikan di sebalik kanta sentuh yang berwarna
Ia menaikkan tahap keyakinan diri anda .


Optikal Kanta sentuh memberikan

1. Imej yang lebih besar
2. Penyebaran cahaya yang lebih baik
3. Kurang penyimpangan imej di bahagian sisi
4. Pandangan yang lebih luas
5. Penglihatan yang lebih jelas

Perubatan Kanta sentuh yang lembut boleh digunakan untuk

1. Luka/ulser di kornea
2. Bullous keratitis
3. Sindrom Steven-Johnson
4. Neuroparalytic keratitis
5. Exposure keratitis

Kanta sentuh yang keras boleh digunakan untuk :

1. Keratoconus
2. Mata kering
3. Astigmatism yang serius


Adakah penggunaan kanta sentuh mempunyai sebarang keburukan ?

Masalah boleh berlaku jika terdapat:
1. Jangkitan kuman pada mata .
2. Ini jarang terjadi jika kebersihan kanta dan mata diutamakan
3. Kerosakan pada kanta.

Anda boleh mengelakkan kerosakan kepada kanta sentuh dengan menyimpannya di dalam bekas yang telah disediakan.
Anda perlu pastikan kuku anda pendek bila memakai kanta sentuh


Kehilangan kanta

Untuk mengelakkan kanta anda hilang , pemakaian kanta sentuh mesti dilakukan di atas meja



Anda dilarang berada di tempat haba yang terlalu panas.. Contohnya.. memakai kanta sentuh (Contact Lenses) semasa sedang membakar BBQ.. dan sebagainya.. Jika anda berdegil.. Anda mungkin akan BUTA buat selama-lamanya… Ini kerana kanta sentuh diperbuat daripada plastik.


Nasihat saya kepada penguna-pengguna kanta lekap (Contact Lenses) :
1.    Jangan gunakan Contact Lenses sewaktu tidur.
2.    Jangan gunakan Contact Lenses seharian.
3.    Cucilah Contact Lenses sesudah pakai.
4.    Jangan gunakan Contact Lenses yang sudah tamat tempoh
5.    Cucilah bekas Contact Lenses lalu biarkan kering sendiri tidak perlu dilap dengan tisu/kain.
6.    Bila terjadi iritasi, sakit, atau mata merah segera kunjungi doktor mata untuk diperiksa.
Jika tanda tidak perlu menggunakan Contact Lenses, Janganlah mengunakannya kerana mata anda cukup-cukup berharga.Jagalah mata anda sebaik-baiknya.

                                     

 











Jika anda rasa entry ini bermanfaat, sila share kepada rakan-rakan anda.:)

Gambar Majlis Perkahwinan Pasangan Kerdil

7 pasangan kerdil ni berasal dari China telah berkahwin beramai-ramai dan ianya disambut dengan penuh meriah. Mereka semua nampak sangat comel. 

Jom kita tengok gambar perkahwinan pasangan kerdil yang meriah ni..









Kalau dilihat kembali ketinggian mereka ni lebih kurang sama tinggi (kerdil), tapi ada tak orang kerdil yang kahwin dengan orang yang mempunyai ketinggian manusia yang normal?? Mungkinn ada kann..

Gadis Free Hair VS Gadis Tudung



"Yang bertudung tak semestinya baik, yang free hair pulak tak semestinya jahat..."

Hurmmm... setuju tak dengan pernyataan di atas? Tak dinafikan pada hari ni, semakin ramai yang dah mula bertudung. Macam-macam fesyen ada, yang macam bonggol unta ada, macam alien dalam Alien VS Predators pun ada, tutup atas bukak bawah pun ada, tudung sangkut pun ada, kain tutup kepala je pun ada. Macam-macam ada, asalkan bertutup. Yang free hairnya pulak, macam-macam kaler ada; pink, biru, merah, kuning, putih - dah macam Power Rangers pulak aku tengok. 


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"

Terdapat 5 kategori, iaitu:

I     Dahlah bertudung, baik pulak tu   
II    Walaupun free hair, tapi dia baik
III   Bertudung, tapi.... 0.o
IV   Walaupun bertudung, tapi dia jahat???
V    Dahlah free hair,  jahat pulak tu

So, jom kita usha satu demi satu kategori-kategori nih...


Kategori I : Dahlah bertudung, baik pulak tu


Jenis yang dia pakai tudung dan baik, maksudnya dia menutup aurat dengan sempurna,baik budi pekerti, senang citer calon terbaik untuk dijadikan binilah.
  • Solat awal waktu, tak lengah-lengah solat semua
  • Rajin mengaji Al-Quran, ada yang dah hafaz satu Al-Quran
  • Rajin berpuasa sunat, qiamulail
  • Rajin menderma, tolong orang
  • Sopan-santun, orang tengok pun memang respect
  • Jaga batas pergaulan, lagi-lagi dengan yang berlainan jantina
So, kalau korang nak cari calon isteri,cari yang dalam kategori ni, dijamin berkualiti. Tak perlu nak cop SIRIM ke, MSC ke apa ke. Dah sah-sah bagus nak dijadikan bini. 


Kategori II : Walaupun free hair, tapi dia baik


Jenis yang tak pakai tudung tapi baik ni kiranya dalam kategori "don't judge a book by it's cover" la, maksudnya walaupun tak pakai tudung tapi lagi baik dari yang pakai tudung tak berapa nak pakai tu. 
  • solat cukup, siap buat ibadah lain pulak tu
  • selalu mengaji Al-Quran, 
  • rajin berpuasa, tak kira sunat mahupun fardhu
  • rajin bagi derma, tolong orang
  • sopan, tak mencarut bukan-bukan.
Tapi itulah, kebanyakan gadis kategori ni memang sweet je mukanya. Mintak-mintaklah Allah SWT bukakkan hati mereka, bagi mereka hidayah supaya bertudung. Bukan apa, muka dah cantik, bila bertudung, terus berganda-ganda cantiknya. Subhanallah...


Kategori III : Bertudung Tapi .... 0.o


Nilah masalahnya sekarang ni. Mereka ni dah bagus dah pakai tudung, perangai baik, akhlak bagus semua, TAPI... Tapi.... tapi... tapi tudung tu just pada nama je, tak tutup aurat dengan sempurna. Tak paham? Baca ni...
  • Pakai tudung tapi nampak rambut (tak pakai anak tudung)
  • Pakai tudung tapi pakai legging (ketat)
  • Pakai tudung tapi baju pendek (tak tutup pinggul)
  • Pakai tudung tapi baju jarang (tak pakai inner)
  • Pakai tudung almost perfect tapi nampak kaki (tak pakai stoking)
  • Pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek/lengan tiga suku
  • Pakai tudung tapi tak tutup dada (common problem)
  • Pakai tudung tapi nampak leher (sebab nak tayang subang kot)
  • Pakai tudung tapi sanggul tinggi (macam bonggol unta)
  • Pakai tudung tapi ber-make-up tebal (tabarruj)


Kategori IV: Walaupun bertudung, tapi dia jahat???


OK, kategori ni kira macam spesis paling eksotik la, sebab apa? sebab benda ni sangat rare sebenarnya, tapi memang ada dalam kalangan kita. Kira mereka ni spoiler imej wanita bertudung la. Bertudung tapi perangai tak berapa nak senonoh. Yelah, kalau tak, mana datangnya quote "pakai tudung tak semestinya baik" kan kan? Bagus dah pakai tudung tapinya perangai jahil pulak dah. Epic fail betol la!
  • merokok, siap dengan asap berkepul-kepul lagi
  • duduk terkangkang-kangkang mengalahkan lelaki
  • jadi internet bergerak, sehari tak mengumpat boleh migrain
  • pegang-pegang, peluk-peluk ngan kapel, walhal belum kawin
  • mencuri barang orang lain
  • suka nak condemn orang, takleh tengok orang lebih sikit, ada je benda nak disebotajnya

Dan macam-macam lagilah contoh. Bab solat tu tak tahu lah pulak. Mana tahu dia jahat pun tapi masih solat ke? Tapi solat kan tiang agama. Kalau sempurna solat, sempurna lah ibadah yang lain. Nampak gayanya kena check solat sendiri dulu dah betul ke tidak ni. 


Kategori V: Dahlah free hair, jahat pulak tu



Yang ni common rasanya. Orang selalu samakan, asal tak pakai tudung saja,  kafir. Sentap beb! Aku tengok ada saja kafir yang baik, even better than us. Hmm, contoh yang tak pakai tudung dan memang jahat tahap  undescribable ni bersepah je kat luar nun, cari je gugurl yang baru cultural shock nak jadi dewasa, kompom jumpa perangai tak senonoh macam ni.
  • kaki mabuk / kaki clubbing / kaki dadah, memang mintak kaki btol la
  • dye rambut, warna kuku kaki semua, last-last wuduk tu sah tak? Tu pun kalo solat, kalo tak??
  • Hipokrit, pakai tudung pun sebab nak tackle mamat hensem, takpun bertudung depan family je. 
  • Seksi tu, takpe lagi, tutup aurat pun seksi apa, tapi yang ni MENJOLOK BIJI MATA, kalau dapat mau nak tersembul bijik mata lelaki kalau tengok bentuk muka bumi dia tu
  • zina-zina ni, dah macam rutin harian. pastu buang bayi macam buang sampah
Yang ni memang dah parah dah, kalau macam penyakit DM ni, kasi potong saja lah. Dah kronik sangat-sangat dah. So, memang nak kena basuh emosi, rohani ngan jasmani dia baik-baik. Insya-Allah, mereka akan berubah.