FREE

♥ Followers ♥

Kebaikan dan Keburukan Memakai Kanta Sentuh/Contact Lenses

Tidak dinafikan pada hari ini, ramai masyarakat yang gemar memakai contact lenses tidak kira lelaki atau perempuan. Jom kita lihat apa kebaikan dan keburukan memakai contact lenses.


Apakah kebaikan kanta sentuh ?
Kebaikannya boleh dikelaskan kepada aspek berikut :


Fizikal:

1. Ia selamat dan terdiri dari pelbagai jenis yang boleh menepati cita rasa anda
2. Ia tidak akan jatuh semasa anda sedang bermain, menari atau bersenam
3. Ia tidak akan berkabus jika anda bergerak dari kawasan sejuk ke panas dan lembap
4. Ia tidak akan memantulkan cahaya seperti sesetengah kaca mata
Fungsinya lebih baik berbanding kaca mata biasa jika anda aktif dalam kegiatan sukan . Ini kerana kanta sentuh memberikan medan penglihatan yang lebih luas,lebih jelas dan mengurangkan risiko kecederaan .

Kosmetik :


Kanta sentuh membuat anda nampak lebih menarik dan bergaya!
Kornea atau anak mata yang tidak cantik boleh disembunyikan di sebalik kanta sentuh yang berwarna
Ia menaikkan tahap keyakinan diri anda .


Optikal Kanta sentuh memberikan

1. Imej yang lebih besar
2. Penyebaran cahaya yang lebih baik
3. Kurang penyimpangan imej di bahagian sisi
4. Pandangan yang lebih luas
5. Penglihatan yang lebih jelas

Perubatan Kanta sentuh yang lembut boleh digunakan untuk

1. Luka/ulser di kornea
2. Bullous keratitis
3. Sindrom Steven-Johnson
4. Neuroparalytic keratitis
5. Exposure keratitis

Kanta sentuh yang keras boleh digunakan untuk :

1. Keratoconus
2. Mata kering
3. Astigmatism yang serius


Adakah penggunaan kanta sentuh mempunyai sebarang keburukan ?

Masalah boleh berlaku jika terdapat:
1. Jangkitan kuman pada mata .
2. Ini jarang terjadi jika kebersihan kanta dan mata diutamakan
3. Kerosakan pada kanta.

Anda boleh mengelakkan kerosakan kepada kanta sentuh dengan menyimpannya di dalam bekas yang telah disediakan.
Anda perlu pastikan kuku anda pendek bila memakai kanta sentuh


Kehilangan kanta

Untuk mengelakkan kanta anda hilang , pemakaian kanta sentuh mesti dilakukan di atas meja



Anda dilarang berada di tempat haba yang terlalu panas.. Contohnya.. memakai kanta sentuh (Contact Lenses) semasa sedang membakar BBQ.. dan sebagainya.. Jika anda berdegil.. Anda mungkin akan BUTA buat selama-lamanya… Ini kerana kanta sentuh diperbuat daripada plastik.


Nasihat saya kepada penguna-pengguna kanta lekap (Contact Lenses) :
1.    Jangan gunakan Contact Lenses sewaktu tidur.
2.    Jangan gunakan Contact Lenses seharian.
3.    Cucilah Contact Lenses sesudah pakai.
4.    Jangan gunakan Contact Lenses yang sudah tamat tempoh
5.    Cucilah bekas Contact Lenses lalu biarkan kering sendiri tidak perlu dilap dengan tisu/kain.
6.    Bila terjadi iritasi, sakit, atau mata merah segera kunjungi doktor mata untuk diperiksa.
Jika tanda tidak perlu menggunakan Contact Lenses, Janganlah mengunakannya kerana mata anda cukup-cukup berharga.Jagalah mata anda sebaik-baiknya.

                                     

 











Jika anda rasa entry ini bermanfaat, sila share kepada rakan-rakan anda.:)

1 comment:

wisata bakti alam said...



kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)