Apesal

♥ Followers ♥

Movie 'A Tale of Mari and The Three Little Puppies'

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setelah sekian lama tak menitiskan air mata akibat menonton drama, akhirnya air mata aku mencurah-curah keluar tanpa berhenti pagi tadi akibat menonton cerita  'A Tale of Mari and The Three Little Puppies'. Cerita ni superb best! Asyik buat aku menangis dari awal tengok sampai ending dia pun still dok menangis lg..memang sedih sangat. Jepun kalau buat cerita menyentuh hati ni memang menjadi ok. Sebab tu orang suka tengok filem jepun and korea. 

Ni kira first time aku tengok movie yang sepanjang masa air mata aku mengalir,tak tipu! Kalah cerita titanic,KCB & etc.

Plot yang kompem bole buat korang menangis 

1) Bila time gempa bumi berlaku, atuk dan aya ( cucu ) telah dihempap dengan almari dan rumah mereka musnah. Si Mari tu sedaya upaya menggali kayu-kayu dah tanah untuk selamatkan diorang sehingga kakinya berdarah.  Akhirnya ada 2 orang penyelamat datang. 


2) Bila time abang Aya, Ryoko yang sedih mengenangkan adik dan atuknya. Sampaikan dia nak cari sendiri adik dia di kampung tetapi dilarang oleh cikgunya 

3) Bila time masa penyelamat tu nak bawak atuk dan adik dia naik helikopter. Masa ni paling deras air mata aku jatuh...masa Aya nak kene tarik dengan tali naik helikopter tu, dia mintak penyelamat tu bawak Mari sekali tapi Penyelamat tu kata tak boleh sebab kesuntukan masa. Masa tu aya menangis giler la...menjerit-jerit. Dia panggil Mari....Mari...Mari....bila dah sampai masuk helikopter tu dia tengok dari tingkap Mari kejar helikopter yang diaorang naik tu...Memang sedih sangat adegan time tu...kesian Mari kene tinggal. 

4 ) Mari mencari makanan untuk anak-anaknya. Dia bawak anak-anaknya tempat padang yang Aya selalu bawak main. Ada bola permainan dia kasi anak-anaknya main. Ada burung gagak yang jahat mengacau anak Mari. Mari pun jerit-jerit dan melompat halau gagak tu sehinggakan dahi nya berdarah. 

5 ) Time ni pun sedih, bila Mari mungkin terlalu merindui aya. Dia bawak anak-anaknya pergi mencari Aya mungkin. Bila sampai satu jambatan tu, Mari dan anak-anaknya jatuh ke dalam sungai. Dia berusaha menyelamatkan anaknya dan bawa ke dasar sungai. 

6 ) Aya dan abangnya telah keluar senyap-senyap pergi ke kampung dyorang untuk mencari Mari. Dyorang terpaksa guna jalan lama sebab jalan yang selalu digunakan ditutup akibat runtuhan. Waktu tu hujan pulak, sampaikan kaki aya berdarah dan demam. Abangnya mendukung aya dan bawanya ke sebuah rumah kosong. Akhirnya ayah aya dapat tahu yang mereka keluar dan mencari anaknya dan jumpa di rumah kosong tersebut. Time ni pun memang sedih. 

7 ) Bila time helikopter penyelamat datang nak bawak wakil sorang dari ahli keluarga untuk melihat kampung halaman mereka. Time ni Aya diberi peluang pergi bersama ayah dan abangnya. Bila sampai kat kampung tu, diorang cari-cari Mari dan anak-anakya. Tapi hampa sebab Mari tiada. Time aku nangis lagi. Pastu dyorang pergi padang tempat Mari bermain. Aya dah nangis-nangis sebab tak jumpa Mari. Tapi tak lama kemudian anak-anak anjing berlari ke arah dyorang. Dan last sekali timbul Mari dengan keadaannya yang sangat kotor dan lemah. Menangis lagi lagi tengok aya menangis....huhuhuhu......


Ok ; Tamat. Silalah tengok cerita ni kalau tak percaya...


1 00 orang suka komen:

Asmieza As said...

Nak try tengok lah nanti :)