Blog picisan sepatutnya tak perlu dipersoalkan pun, buat apa la nak susah2 label blog orang ni sebagai magkuk jamban,blog orang tu blog hingusan dan blog orang sana macam sampah. Takde pekdah nye pun label blog orang lain macam tu. Siapa kita nak judge blog seseorang tu picisan?
Btw, walau apa pun orang kata tentang blog kita, tapi pada pendapat saya, blog kita adalah milik kita so kita berhak berbuat apa sahaja yang kita suka terhadap blog kita itu.. blog kita adalah milik kita jadi kita berhak dan bebas memberi apa saja pendapat dan menjadi hak pembaca untuk menerima atau menolak pendapat kita..tiada paksaan! kengkawan, abaikan apa orang lain kata tentang blog anda..teruskan menulis dan berkongsi pandangan, cambahkan pemikiran yang bernas lagi positif, asah minda dan bakat anda, disamping boleh menjana pendapatan sampingan melalui blog. Blog asalnya adalah diari awam.. kalau suka, baca.. tak suka, tak payah baca..Senang kan.
Pada pendapat saya, blog tidak semestinya disorotkan dengan sesuatu yang rasmi2 dan 'skema' sahaja, malahan blog juga boleh dijadikan wadah untuk kita kongsi apa yang kita tahu dan apa yang kita rasa..Mungkin apa yang anda anggap picisan adalah sesuatu yang bermakna bagi orang lain..
YOU have a choice, baca atau tidak. Kalau rasa blog yang anda masuk tu blog picisan so tak payah la penat2 membaca entry kat blog tu.
2 comments:
new entry yien pasal "random and junk story"...but still tak penah anggap blog sendiri sebagai blog picisan...
well manusia macam2 ragam and pndapat...mungkin dorang label blog orang sebgai blog picisan sebab blog tu tak memenuhi selera dia...tapi bagi orang lain, ok aje....
salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)
Post a Comment