Bagi menarik kembali keyakinan pelanggan di Malaysia Mcdonal mengambil langkah yang tidak pernah dilakukan mereka sepanjang beroperasi di negara ini iaitu pemberian makanan percuma di setiap cawangan mereka di seluruh negara seperti yang disiarkan oleh mstar di bawah.
PETALING JAYA: McDonald Malaysia akan memberikan 200,000 buger 'Egg McMufin'secara percuma Isnin ini.
Dikenali sebaga 'McDonald Breakfast Day',semua cawangannya seluruh negara akan memberikan burger 'Egg McMufin' secara percuma kepada 1,000 pelanggan pertamanya.
Pengarah Urusan McDonald, Sarah Casanova berkata inisiatif tersebut diperkenalkan sebagai langkah memberitahu masyarakat kepentingan mengambil sarapan pagi yang berkhasiat.
“Dengan tawaran rakyat Malaysia bersarapan bersama kami, kita mahu memulakan langkah bagi mengalakkan masyarakat untuk mengambil sarapan yang berkhasiat untuk lebih cergas pada waktu pagi,” kata Casanova yang juga Pengurus McDonald Wilayah Malaysia dan Singapura dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut McDonald Malaysia, burger 'Egg McMuffin' diperbuat daripada telur segar daripada ladang bersama dengan keju keemasan serta disaluti hirisan daging disertakan dengan mufin segar.
Bagi 1,000 pelanggan pertama di 215 cawangan McDonaland seluruh negara, termasuk di Genting Highlands dan lapangan terbang, mereka akan mendapat burger percuma bermula pada pukul 7 pagi hingga 10 pagi selagi stok masih ada.
Hanya satu 'Egg McMufin' bagi setiap pelanggan yang datang sendiri ke cawangan, bawa pulang mahupun pembelian secara penghantaran ke rumah.
Untuk maklumat lanjut mengenai 'McDonald Breakfast Day' anda boleh melayari laman web, www.mcdonalds.com.my.
Berikutan pendedahan bahawa Mcdonald menyalur dana kepada Israel untuk menyerang Palestine yang heboh di facebook sejak beberapa hari lalu menyebabkan Mcdonald bertindak pantas membuat kenyataan akhbar menafikan penyaluran dana tersebut kepada Israel seperti yang didakwa.
Sapa-sapa nak pergi silakan, tiada halangan dan tiada paksaan, tapi kompem ramai jugak yang akan pergi kan. Tapi ingatlah saudara-saudara kita di sana..
#Pray For Gaza#
1 comment:
salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)
Post a Comment