FREE

♥ Followers ♥

McDonald Akan Beri 200,000 Burger Secara Percuma Isnin Ini


Bagi menarik kembali keyakinan pelanggan di Malaysia Mcdonal mengambil langkah yang tidak pernah dilakukan mereka sepanjang beroperasi di negara ini iaitu pemberian makanan percuma di setiap cawangan mereka di seluruh negara seperti yang disiarkan oleh mstar di bawah. 

PETALING JAYA: McDonald Malaysia akan memberikan 200,000 buger 'Egg McMufin'secara percuma Isnin ini.

Dikenali sebaga 'McDonald Breakfast Day',semua cawangannya seluruh negara akan memberikan burger 'Egg McMufin' secara percuma kepada 1,000 pelanggan pertamanya.

Pengarah Urusan McDonald, Sarah Casanova berkata inisiatif tersebut diperkenalkan sebagai langkah memberitahu masyarakat kepentingan mengambil sarapan pagi yang berkhasiat.

“Dengan tawaran rakyat Malaysia bersarapan bersama kami, kita mahu memulakan langkah bagi mengalakkan masyarakat untuk mengambil sarapan yang berkhasiat untuk lebih cergas pada waktu pagi,” kata Casanova yang juga Pengurus McDonald Wilayah Malaysia dan Singapura dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut McDonald Malaysia, burger 'Egg McMuffin' diperbuat daripada telur segar daripada ladang bersama dengan keju keemasan serta disaluti hirisan daging disertakan dengan mufin segar.

Bagi 1,000 pelanggan pertama di 215 cawangan McDonaland seluruh negara, termasuk di Genting Highlands dan lapangan terbang, mereka akan mendapat burger percuma bermula pada pukul 7 pagi hingga 10 pagi selagi stok masih ada.

Hanya satu 'Egg McMufin' bagi setiap pelanggan yang datang sendiri ke cawangan, bawa pulang mahupun pembelian secara penghantaran ke rumah.

Untuk maklumat lanjut mengenai 'McDonald Breakfast Day' anda boleh melayari laman web, www.mcdonalds.com.my.

Berikutan pendedahan bahawa Mcdonald menyalur dana kepada Israel untuk menyerang Palestine yang heboh di facebook sejak beberapa hari lalu menyebabkan Mcdonald bertindak pantas membuat kenyataan akhbar menafikan penyaluran dana tersebut kepada Israel seperti yang didakwa.

Sapa-sapa nak pergi silakan, tiada halangan dan tiada paksaan, tapi kompem ramai jugak yang akan pergi kan. Tapi ingatlah saudara-saudara kita di sana..
#Pray For Gaza#



Blog Picisan

Blog picisan sepatutnya tak perlu dipersoalkan pun, buat apa la nak susah2 label blog orang ni sebagai magkuk jamban,blog orang tu blog hingusan dan blog orang sana macam sampah. Takde pekdah nye pun label blog orang lain macam tu. Siapa kita nak judge blog seseorang tu picisan?

Btw, walau apa pun orang kata tentang blog kita, tapi pada pendapat saya, blog kita adalah milik kita so kita berhak berbuat apa sahaja yang kita suka terhadap blog kita itu.. blog kita adalah milik kita jadi kita berhak dan bebas memberi apa saja pendapat dan menjadi hak pembaca untuk menerima atau menolak pendapat kita..tiada paksaan! kengkawan, abaikan apa orang lain kata tentang blog anda..teruskan menulis dan berkongsi pandangan, cambahkan pemikiran yang bernas lagi positif, asah minda dan bakat anda, disamping boleh menjana pendapatan sampingan melalui blog. Blog asalnya adalah diari awam.. kalau suka, baca.. tak suka, tak payah baca..Senang kan. 

Pada pendapat saya, blog tidak semestinya disorotkan dengan sesuatu yang rasmi2 dan 'skema' sahaja, malahan blog juga boleh dijadikan wadah untuk kita kongsi apa yang kita tahu dan apa yang kita rasa..Mungkin apa yang anda anggap picisan adalah sesuatu yang bermakna bagi orang lain.. 

YOU have a choice, baca atau tidak. Kalau rasa blog yang anda masuk tu blog picisan so tak payah la penat2 membaca entry kat blog tu.

JOM BLAJAQ LOGHAT KEDAH

Oleh sebab aku anak jati KEDAH, hari ni nak buat kelas loghat Kedah. Ada la soqhang budak kat kolej aku ni teringin nak blajaq bahasa kedah, so entry kali ni untuk dia dan anda yang teringin nak blajaq loghat kedah.


banyak perkataan Bahasa Inggeris yang sama digunakan dalam bahasa kedah.
What = Awat?
They Far = Depa,
Pardon = padia
Metallic =Merelit.
Cry =keriyau(nangis)
Pure =Piau 
plaih = flask
low luck=lolaq!!..
balance=belen
leaking=lekang
raba=rubber(pemadam)
kiranya bahasa org kedah ni byk pengaruh org putih kan..hehehe

Contoh lain...

bincut - binjul "tu dia la... kan aku suruh tunduk, tak pasai-pasai kepala hang bincut dah teghantuk dengan alang tu"
pancat - pancit
beghemba - bersaing-saing... "Kalau kayuh geghek tu jangan dok beghemba, nanti gheta belah kot belakang" mak aku pesan kat aku sambil menghulurkan bekai nasik lauk teloq goreng mata khebau berkuah toyu sebelum aku kesekolah pada pagi kelmaghin....
met ngot - lembab selembab-lembabnya.... Awat la yang met ngot sangat ni.....
Toyu - kicap
segan - malu
beghanda - serambi
mengoit - jangan dok bergerak
melugai - meloya
segan = malaih,malu,tak mau
gurmit = pengasah pensil, sharpenner 
tepeqheluih - kaki mat bed tepeqheluih dalam lubang...
tegelinchaq - kaki bangku tegelinchaq kat bukit hijau...(bukan caarq no)
telepaih - i) tertinggal - atan telepaih bas nak balik aloq setaq...
pot - tin...
teqhandaih - terhantuk...
seqhoi - nasi yg whit3 masak seqhoi...
teghan - teran
seghoh  = kuruih + gelap
kelam = gelap
tirih = bocoq(bocor)
plantaq = tempat duduk kat belakang gerek(basikal)
seghondoi = sondol
lau ayam = reban ayam
ketayap = kepiah
ban = batas tepi sungai
aih ketoi = ais batu
ghelai = hancur

Ada banyak lagi..., tapi hampa blajaq yang ni dulu lah..


LELAKI TERGAGAH DAN WANITA TERCANTIK






Lelaki terindah di mata wanita bukanlah yang paling tampan, melainkan yang boleh membuatnya merasa tercantik di dunia …
Lelaki tergagah di hati wanita bukanlah yang paling kekar ototnya, melainkan yang mampu mendengarkan, memahami, & mengerti curahan hatinya …
Lelaki terkaya bagi wanita, bukanlah yang terbanyak hartanya. Melainkan dia yang pandai bersyukur & mengungkapkan terimakasih padanya …
Lelaki tersoleh bagi wanita, bukan sekadar yang banyak ilmu agama & rajin ibadahnya, melainkan juga yang paling mulia akhlaknya …
Lelaki paling hebat bagi wanita, bukanlah yang mampu membelikan apapun untuknya; melainkan yang senyum & airmatanya selalu setia bersamanya …
Lelaki tercinta bagi wanita; dia yang prasangkanya tak mengalahkan akhlaknya; yang kekesalannya tak mengalahkan kemaafannya …


Wanita tercantik bagi lelaki terbaik; bukanlah yang paling jelita; melainkan dia yang jika dipandang memberi rasa tenang, & syurgapun terbayang …
Wanita terkuat bagi lelaki bukanlah yang merasa terhebat; melainkan yang menundukkan diri dengan ibadat, menempatkan diri dalam taat …
Wanita terkaya di hati lelaki bukanlah dia yang bertumpuk harta; melainkan yang ridha pada yang halal semata & qana’ahnya menjadi simpanan tak fana …
Wanita terdahsyat bagi lelaki, bukan dia yang pesonanya memukau banyak mata; melainkan yang siap menjadi madrasah cinta bagi anak-anaknya …
Wanita paling kukuh di kehidupan lelaki, bukan yang tak pernah menangis; tapi yang tersenyum meneguhkan & airmatanya menjadi pengingat taqwa …
Wanita paling bermakna bagi lelaki bahagia ialah dia yang kala berpisah menenangkan, kala berjumpa menggelorakan, tiap masa saling menguatkan …