FREE

♥ Followers ♥

Entry khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2012



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM

Di pagi 1 Syawal ini, saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua pembaca setia. Bagaimana suasana Aidilfitri di tempat anda ketika ini?  Diharapkan kita semua mengambil peluang ini untuk mengeratkan silaturrahim dan bermaaf-maafan sesama kita.
Dengan ini, dari lubuk batin dan seikhlas hati, ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca  dan follower biskutmarry.blogspot.com serta semua yang mengenali diri ini. Juga tak ketinggalan kepada semua kawan-kawan di KSKB Sultan Azlan Shah, Uitm Arau, Perlis, SAINA, SMKL, SMKSB dan SKTJ. Mohon ampun maaf zahir & batin sekiranya ada kesalahan, kesilapan, terkasar bahasa, tersilap gurau, atau apa-apa sahaja yang buat kalian terasa sepanjang kita mengenali.
Segala kekurangan adalah kelemahan saya sendiri & segala yang baik datangnya dari Allah S.W.T. Halalkan segala-galanya. Semoga silaturahim & ukhwah kita semua berpanjangan. Selamat bergembira bersama keluarga tersayang!

“Yang jauh kita dekat-dekatkan, Yang dekat kita erat-eratkan”

Salam Sesuci Lebaran! :)
Bak kata Najwa Latif, Kosong-Kosong

*entry ni sepatutnya diupdate masa hari raya pertama tapi hari raya ke3 baru dpt di'publish'kan sebab owner dok sibuk beraya.. 



No comments: