FREE

♥ Followers ♥

Nyaris kehilangan kaki akibat bertatu


Di London gara-gara bertatu, seorang wanita nyaris kehilangan sebelah kaki selepas kakinya yang ditatu itu mengalami jangkitan.
Susan Fraser, yang membuat tatu pada kaki kanannya dengan harga 25 paun di Turki itu telah dimaklumkan oleh doktor bahawa kakinya terpaksa dipotong selepas tiga jenis ubat antibiotik yang diberikan kepadanya gagal merawat jangkitan berkenaan.

Kakinya itu bengkak selepas beberapa jam dia melakukan tatu berkenaan sehingga terpaksa dikejarkan dengan ambulans ke hospital di lapangan terbang.
Namun dia bernasib baik, selepas sebulan dirawat, doktor berjaya menyelamatkan kaki itu dengan menggunakan ubat antibiotik keempat.
“Saya membuat tatu ini pada hari terakhir lawatan ke Turki. Apabila kaki saya membengkak dan mengeluarkan darah, saya kembali ke tempat tersebut, lelaki yang membuat tatu itu mendakwa keadaan itu berlaku kerana saya merendam kaki dalam air masin.
“Saya tidak percaya kata-katanya kerana saya langsung tidak turun ke laut. Dia kemudiannya memberikan pelbagai alasan termasuk penggunaan kasut yang salah dan meminta saya menukar kasut,” katanya.
Sekembalinya ke Britain, dia telah dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesakitan yang amat sangat sebaik tiba di lapangan terbang.
“Apabila dimaklumkan bahawa saya bakal kehilangan kaki, saya menjadi takut. Bapa saya kehilangan kaki akibat kemalangan, jadi saya tidak mahu nasib saya menjadi sepertinya,” katanya.

2 comments:

MeMohamad said...

Tatu lagi kat badankan lagi bagus boleh potong badan sekali.....

single is better said...

Haah..betul3..heehe