Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua braders dan
sistars pembaca blog single is better.
Pejam celik, pejam celik, dan pejam celik... dah sampai ke
penghujung bulan Ramadhan, so apa cer puasa korang kali ni? ohsem ke tidak?
harap semuanya berjalan dengan baik dan dapat apa yang diimpikan. Jadi
dikesempatan ini, walaupun terlalu awal (*takde la awal sgt, lusa dh nak raya
kan*) untuk diucapkan saya selaku owner kepada blog ni ingin memohon
seribu kemaafan dari hujung rambut sehingga hujung kaki kepada semua rakan -
rakan , tidak kiralah di kolej , alam maya , alam realiti dan sewaktu dengannya
dan tidak dilupakan kepada braders dan sistars yang membaca blog ni.
Minta ampun sekiranya terkasar bahasa , tercakap lebih
kurang, tergedik , terlambat hapdet belog, terperasan dan semua ter lah.
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semuanya. Diharapkan semoga
kita berjumpa lagi dengan Ramadhan akan datang, Insyallah ! jadi buat yang
ingin pulang ke kampung , semoga selamat sampai diucapkan.
“Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa,
Dalam bergurau mungkin terlanjur senda,
dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota,
dalam berbicara mungkin ada yang menyingung rasa.
jika ada, kemaafan yang dipinta......”
Sekali
lagi saya memohon ampun dan maaf kepada para pengunjung blog dan rakan-rakan
blogger jika ada tersalah tutur kata atau ada tulisan saya yang menyinggung
perasaan anda samaada secara saya sedar atau tidak. Selamat Hari Raya
Aidilfitri kepada anda semua.
*Doakan saya selamat pulang ke kampung pagi esok yer =D
No comments:
Post a Comment