FREE

♥ Followers ♥

Fesyen bertudung yang kurang sempurna zaman sekarang

Tidak dinafikan banyak fesyen bertudung zaman sekarang ni, fesyen Hana Tajima la, Yuna la, dan yang terbaru fesyen tudung macam Diana Amir pulak. Kadang-kadang ada sesetengah wanita yang bertudung kerana mengikut fesyen. Benarkah? Tapi diharapkan wanita memakai tudung kerana niat ingin bertudung dan bukanlah semata-mata kerana fesyen sahaja. Apa-apa pun meh kita tengok fesyen bertudung yang kurang sempurna zaman sekarang ni.



1.Tudung 'Mickey Mouse'
-Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

2.Tudung Lilit 
-Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3.Tudung 'See Through' 
-Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4.Tudung Jambul 
-Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta. (Cara Pemakaian Ini Sering Digunakan Di Kalangan Isteri Menteri)

5.Tudung 'Singlet' 
-Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6.Tudung Saji 
-Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.
Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat. 

Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :
"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakain namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka karena sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)






5 comments:

mujagirl92 said...

pakailah apa saje asalkan tutup segala yang patut,, :D

Unknown said...

fesyen xkesah...asalkan kene syarat menutup aurat yg sempurna...

Ninja said...

assalamualaikum..fesyen kalau keterlaluan n termasuk sbg tabarruj pn tak boleh..mintak share ye dear ^^

single is better said...

urmm betul,yg melampau tu kna elakkan laa..ya bole2:)

md_saf said...

nice entry...