FREE
♥ Followers ♥
Video Superb Pengotor - Rahsia Kesedapan Roti Canai
A must watch video on Youtube. First time nengok, Allahuakbar, terkezut ambe, apakah motif dorang buat video cenggini. Patut la sodap, dah tercampur garam semulajadi kat badan dia tu.HAHA. Pasni jangan ada pulak yang geli nak makan kat kedai mamak sebab bukan semua mamak yang pengotor macam dia ni. :)
Jenis-Jenis Jerawat
Jerawat adalah penyakit kulit yang cukup besar jumlah penderitanya. Tak ada seorang pun di dunia yang hidupnya tanpa sebuah jerawat di kulit.Kemungkinan penyebabnya adalah perubahan hormon yang merangsang kelenjar minyak di kulit. Perubahan hormon yang menjadi penyebab timbulnya jerawat adalah sewaktu menstruasi, kehamilan, dan stres.
Komedo terbuka biasanya merupakan perkembangan lebih lanjut dari komedo tertutup, terjadi ketika folikel terbuka di permukaan kulit sehingga sebum, yang mengandung pigmen kulit melanin, teroksidasi dan berubah menjadi coklat/hitam. Blackhead dapat berlangsung lama karena proses pengeringan komedo di permukaan kulit berlangsung lambat .
Papel terjadi ketika dinding folikel rambut mengalami kerosakan atau pecah sehingga sel darah putih keluar dan terjadi inflamasi di lapisan dalam kulit. Papel berbentuk benjolan-benjolan lunak kemerahaan di kulit tanpa memiliki kepala. Jerawat jenis ini sering disebut sebagai “jerawat batu.”
Pustel terjadi beberapa hari kemudian ketika sel darah putih keluar ke permukaan kulit. Pustel berbentuk benjolan merah dengan titik putih atau kuning di tengahnya yang mengandung sel darah putih.
Rasa iri hati melihat mereka yang memiliki kulit licin dan mulus membuatkan sesetengah dari kita membeli produk kecantikan yang belum pasti isi kandungannya adakah produk tersebut mengandungi bahan terlarang seperti mercury ataupun hydroquinone. Kalau produk tersebut sesuai dengan kulit, ok laa..tapi bagi yang kulit tak sesuai ia akan memburukkan lagi keadaan dan akan menambahkan lagi jerawat pada kulit muka. Maka hati-hatilah dalam memilih produk penjagaan kulit muka. Tak nak hurai panjang pasal produk kecantikan sebab entry kali ni just nak fokus pada bahagian jenis jerawat yang kerap dialami oleh orang ramai.
Jom kita tengok jenis jerawat yang sering terdapat pada wajah.

Lesi non inflamasi
Follicular cast atau filament
Biasanya terdapat di sisi kanan dan kiri hidung yang dipenuhi sebum tersumbat seperti bubur. Dengan penekanan, sumbatan tersebut dapat dikeluarkan.
Mikrokomedo
Mikrokomedo terjadi sebelum komedo (sebum yang tersumbat) berubah menjadi whitehead atau blackhead. Jerawat ini tidak terlihat dari permukaan kulit dan hanya dapat dilihat dengan mikroskop.
Whitehead (Komedo tertutup)
Kelainan berupa bintil kecil dengan lubang kecil atau tanpa lubang karena sebum yang biasanya disertai bakteri menumpuk di folikel kulit dan tidak bisa keluar.
Blackhead (Komedo terbuka)
Komedo terbuka biasanya merupakan perkembangan lebih lanjut dari komedo tertutup, terjadi ketika folikel terbuka di permukaan kulit sehingga sebum, yang mengandung pigmen kulit melanin, teroksidasi dan berubah menjadi coklat/hitam. Blackhead dapat berlangsung lama karena proses pengeringan komedo di permukaan kulit berlangsung lambat .Lesi inflamasi
Papel (papule)
Papel terjadi ketika dinding folikel rambut mengalami kerosakan atau pecah sehingga sel darah putih keluar dan terjadi inflamasi di lapisan dalam kulit. Papel berbentuk benjolan-benjolan lunak kemerahaan di kulit tanpa memiliki kepala. Jerawat jenis ini sering disebut sebagai “jerawat batu.”Pustel (pustule)
Pustel terjadi beberapa hari kemudian ketika sel darah putih keluar ke permukaan kulit. Pustel berbentuk benjolan merah dengan titik putih atau kuning di tengahnya yang mengandung sel darah putih.Nodul (nodule)

Bila folikel pecah di dasarnya maka terjadi benjolan radang yang besar yang sakit bila disentuh. Nodus biasanya terjadi akibat rangsang peradangan oleh fragmen rambut yang berangsung lama.
Abses
Kadang beberapa papel atau pustel mengalami pengelompokan dengan membentuk abses yang berwarna kemerahan, sakit dan cenderung mengeluarkan bahan berupa campuran darah, nanah dan sebum. Pada proses penyembuhan kelainan ini meninggalkan jaring parut yang luas.
Sinus
Jenis jerawat paling berat (acne konglobata). Sering terdapat di lekukan hidung, hidung, rahang dan leher. Kelainan berupa garis panjang dengan ukuran panjang boleh mencapai 10 cm dan mengandungi beberapa saluran sinus atau fistel yang menghubungkan sinus dengan permukaan kulit. Penyembuhan jerawat ini memakan waktu berbulan-bulan, bahkan tahun apabila mengalami proses inflamasi. Sinus harus ditangani dengan pembedahan.
credit to:http://majalahkesehatan.com/
Trend Kahwin Muda
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, agak lama jugak la tak buat entry baru kat blog ni berikutan kesibukkan menghabiskan waktu cuti sem yang berkualiti bersama keluarga terchenta.
Malaysia mula mencapai taraf negara maju maka corak stigma masyarakat juga berubah. Masing-masing mula bekerjaya baik lelaki mahupun wanita, tempoh belajar yang semakin panjang membuatkan ramai yang lewat mendirikan rumahtangga. Ditambah pula dengan mas kahwin yang mahal
Bulan Disember ni memang banyak betul kenduri orang kahwin kan. Bercakap mengenai kenduri kahwin ni, lately makin ramai pulak kawan yang sebaya dengan ioll ni kahwin. Tahniah la ye. Muda-muda dah bertemu jodoh, Alhamdulillah..sekurang-kurangnya dapat la membendung gejala maksiat daripada berleluasa.
Tapi ada benda yang bermain-main di fikiran ambe ni..
Wajarkah kahwin pada usia muda?
Wajarkah kahwin ketika masih belajar ?
Wajarkah kahwin ketika muda dan ketika masih belajar ?
Kalau zaman tok nenek kita dulu memang mereka kahwin awal, umur belasan tahun pun dah kahwin dan ada yang dah ada anak dah. Bagi yang bujang berumur 20an masa tu dah dianggap bujang lapok atau pun anak dara tua dah. Zaman dulu dan sekarang sudah berbeza. Dahulu masyarakat tidak dibebani dengan tumpuan pelajaran dan mas kahwin pun murah saja.;p
Malaysia mula mencapai taraf negara maju maka corak stigma masyarakat juga berubah. Masing-masing mula bekerjaya baik lelaki mahupun wanita, tempoh belajar yang semakin panjang membuatkan ramai yang lewat mendirikan rumahtangga. Ditambah pula dengan mas kahwin yang mahal
Secara tak langsung, keadaan ni mengubah persepsi masyarakat terhadap kahwin awal. Kebanyakkan pelajar akan giat menghabiskan dahulu pengajian mereka sebelum bersedia mendirikan rumahtangga. Rata-rata yang bekerjaya memilih usia seawal 25-an malah menjadi perkara biasa bagi mereka yang menangguhkan perkahwinan sehingga usia hampir mencecah 30-an demi memantapkan ekonomi masing-masing.
Akhirnya, impak negatif zaman global pada hari ini mengubah kembali statistik perkahwinan pada usia muda yang meningkat naik beberapa tahun kebelakangan ini. Diakui, ikatan perkahwinan sememangnya merupakan sebagai jalan keluar terbaik bagi menyelesaikan kebanyakkan kes-kes moral remaja pada hari ini dan dapat menghalang maksiat daripada terus berlaku sebagaimana yang dianjurkan oleh agama islam itu sendiri.
“ Wahai Para pemuda, barangsiapa yang mampu dikalangan kamu maka bernikahlah
kerana sesungguhnya dengan nikah itu dapat menundukkan pandangan dan menyelamatkan kemaluan (kehormatan)
dan barangsiapa yang tidak mampu
maka hendaklah dia berpuasa sesungguhnya bagi berpuasa itu satu perlindungan”
(hadith sahih riwayat bukhari no. 5063 , Muslim no. 3389 nasaie dan Ahmad)
Wajarkah kahwin ketika masih belajar ?
Dena Kamarul Bahrin & Irene Nadia, both of them still study but they are now dah ada anak dah pun, adore them sooo muchh^,^
Bagi pelajar yang telah mendapat lampu hijau utk mendirikan rumahtangga, mereka harus mahir dalam menguruskan hal akademik dan rumahtangga.Pro dan kontra perkahwinan ketika masih belajar sedikit sebanyak memberi kesan kepada jiwa insan yang mahu mendirikan rumahtangga. Tak kurang pulak yang menghadapi masalah seperti ekonomi yang tidak mantap, tidak mendapat keizinan wali ataupun kontrak perjanjian penaja yang tidak membenarkan seorang pelajar berkahwin.
Saban tahun kes-kes maksiat masih lagi dipelopori dalam kalangan remaja termasuklah golongan yang terpelajar. Isu yang hangat dibahas ini sering timbul dalam kalangan mahasiswa. Tinggal serumah dengan pasangan kekasih, pelajar kahwin lari, pelajar luar negara kahwin tanpa memberitahu ibubapa.
“ Kami nak kahwin tapi mak ayah tak bagi. So, lantaklah !”
“ Wanita sekarang ini pakai terlalu seksi. Ko gay ke kalau tak rasa suka?”
" Mahar tinggi sangatlah bro, gua budak sekolah je pun"
Pelbagai alasan digunakan untuk menutup kesan hati yang tak terjaga, menyalahkan suasana dan keadaan namun terlupa bahawa islam juga mempunyai kaedah “prevention is better than cure”.
Tiada jaminan untuk mereka yang berkahwin boleh terlepas daripada godaan maksiat. Jika rumahtangga itu dibina hanya atas dasar elak maksiat semata-mata, jadilah perkahwinan itu sebagai tuntutan nafsu sedangkan dalam islam, perkahwinan merupakan tuntutan agama.
Perlu disedari bahawa perkahwinan bukan sekadar ikatan sah antara dua insan malah juga mempunyai skop tanggungjawab yang perlu digalas. Perkahwinan mestilah mempunyai matlamat yang jelas kerana ia merupakan satu ibadah serta mengikuti sunnah nabi.
Tahun 2013 hampir melabuhkan tirainya, jadi entry kali ni merupakan entry penutup bagi tahun 2013, Selamat Menyambut Tahun Baru 2014/ Happy New Year :)
Tahun 2013 hampir melabuhkan tirainya, jadi entry kali ni merupakan entry penutup bagi tahun 2013, Selamat Menyambut Tahun Baru 2014/ Happy New Year :)
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)

