Pengacara dan personaliti TV, Ally Iskandar melahirkan rasa bersyukur apabila isterinya, Nurfarahin Romli atau Farah Lee selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah hospital swasta di Shah Alam.
Sebelum itu, Ally, 38, berkata isterinya sudah dihantar ke hospital tersebut pada awal pagi Khamis dan bergegas ke acara pengumuman pelakon Izzue Islam dan Yana Samsudin sebagai duta produk Super “The Secret To A Smile’ di Cathay Cineplex E@curve selaku pengacara majlis.
“Kalau mengikut tarikh yang diberitahu doktor ialah pada 30 Julai 2014, dan saya akui sebelum ini tugas harian terganggu dek kerana terfikir keadaan isteri yang sedang sarat mengandung ketika itu, " katanya.
Dalam pada itu, perasaan teruja menjadi seorang bapa sudah lama diidamkan biarpun terpaksa berjauhan dengan isterinya yang melanjutkan pengajian di universiti di Korea Selatan.
“Kehadiran cahaya mata sulung saya menyerikan rumah tangga serta mengeratkan ikatan ukhwah antara suami dan isteri serta keluarga.”
No comments:
Post a Comment