Apesal

♥ Followers ♥

Raja Bomoh bakal berdepan tindakan undang-undang



Raja Bomoh bakal berdepan tindakan undang-undang

SHAH ALAM 15 Mac - Raja Bomoh yang melakukan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, kononnya bagi membantu usaha mengesan kehilangan pesawat MH370, bakal dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaharin Mohd. Saad berkata, tindakan itu akan dikenakan ke atas Ibrahim Mat Zin, 80, jika siasatan JAIS mendapati perbuatannya menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

"JAIS menerima banyak aduan daripada orang ramai, termasuk melalui laman sesawang dan Facebook JAIS, berhubung perbuatan itu.

"Merujuk kepada aduan itu, JAIS sedang meneliti dan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 7(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor," katanya kepada pemberita di sini.

Rabu laluepas, Ibrahim dilapor melakukan ritual ala-ala tikar terbang dengan disertai beberapa lelaki memegang dua biji kelapa yang tidak diketahui fungsinya.

Dua hari sebelum itu, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.

Mengulas lanjut, Ahmad Zaharin berkata, pihaknya juga masih melakukan pemantauan di KLIA bagi mengekang kegiatan itu daripada berulang.- BERNAMA

0 00 orang suka komen: