FREE

♥ Followers ♥

Raja Bomoh bakal berdepan tindakan undang-undang



Raja Bomoh bakal berdepan tindakan undang-undang

SHAH ALAM 15 Mac - Raja Bomoh yang melakukan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, kononnya bagi membantu usaha mengesan kehilangan pesawat MH370, bakal dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaharin Mohd. Saad berkata, tindakan itu akan dikenakan ke atas Ibrahim Mat Zin, 80, jika siasatan JAIS mendapati perbuatannya menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

"JAIS menerima banyak aduan daripada orang ramai, termasuk melalui laman sesawang dan Facebook JAIS, berhubung perbuatan itu.

"Merujuk kepada aduan itu, JAIS sedang meneliti dan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 7(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor," katanya kepada pemberita di sini.

Rabu laluepas, Ibrahim dilapor melakukan ritual ala-ala tikar terbang dengan disertai beberapa lelaki memegang dua biji kelapa yang tidak diketahui fungsinya.

Dua hari sebelum itu, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.

Mengulas lanjut, Ahmad Zaharin berkata, pihaknya juga masih melakukan pemantauan di KLIA bagi mengekang kegiatan itu daripada berulang.- BERNAMA

Gambar Majlis Akad Nikah Shamsul Yusof & Puteri Sarah

Alhamdulillah, Syamsul Yusof telah selamat bergelar suami kepada Puteri Sarah Liyana dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara dengan sekali lafaz sebentar tadi.

Pasangan muda ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Al Fadil Ustaz Mat Syaharuddin Al Rashid Bin Mat Isa dengan mas kahwin yang berjumlah sebanyak RM1,111 tunai tepat pada jam 10.30 pagi tadi.













Pesawat MAS MH370 Terhempas di Laut China Selatan


Berkenaan dengan kehilangan pesawat MH370 tentera laut Vietnam telah mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dalam penerbangan dari KL ke Beijing awal hari ini telah terhempas ke Laut China Selatan. Laporan ini dipetik dari Yahoo News. Allahurabbi, terkejut bila dengar berita ini. Let's pray and hope to all those on board. Moga Allah melindungi mereka semua yang berada di dalam pesawat tersebut.

Spekulasi yang mengatakan pesawat telah membuat pendaratan cemas di Nanning adalah sama sekali tidak benar kerana Laksamana Tentera Laut Vietnam telah mengesahkan radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246km ke selatan Pulau Phu Quoc


Dikhabarkan pesawat membawa 227 orang penumpang dan 12 anak kapal.
China-152 plus 1 infant
Malaysia-38
Indonesia-12
Australia-6
France-3
United State of America-3 pax plus 1 infant
New Zealand-2
Ukraine-2
Canada-2
Russia-1
Italy-1
Taiwan-1

Sama-sama doakan semoga mereka semua selamat. Aminn..


Gambar Nora Danish Sambut Birthday Kali Ke 32 Tahun

Happy birthday buat Nora Danish aka Jihyo Malaysia. Sekali imbas tengok muka ND ni memang ada iras-oras ngan Jihyo. Cantikkknya ND ni...Birthday ND jatuh pada 7 Mac, so sape yang sama birthday ngan ND angkat tangan
Okay kat bawah ni ada beberapa gambar ND tengah celebrate birthday. Jom terjahh..hehe

Nora Danish turn 32



ND si peminat ayam goreng, like meee..^__^




Bos pun kasi hadiah maa, untung ND :)

Kalau nak tengok banyak gambar lagi boleh follow instagram ND @noradanish .
Thanks for reading guys ^__^

Duta Baru Ariani Nurul Syuhada Nurul Ain

Siapa tak kenal brand tudung yang jenama Ariani kan, so kat sini just nak bagitau yang duta terbaru Ariani ialah Nurul Syuhada Nurul Ain. Duta Ariani yang sebelum ni ialah Wardina tapi memandangkan Wardina bakal berhijrah ke Australia, maka Nurul Syuhada mengambil alih sebagai Duta Ariani yang baru.

@ bersama wakil Jakel/Ariani dan ikon2 mereka,@wardinasafiyyah_ dan Nurul Syuhada. @ctdk adalah ikon Ariani yg mempunyai koleksi tudung beliau 'Siti Nurhaliza Collections'. Dipasarkan bermula 21 Mac 2014.


Harga Minyak Naik Mulai 7 Mac

Salam 1Malaysia,
Hari ini dikhabarkan harga minyak petrol Ron97 akan naik lagi 5 sen. Sumber ini dipetik dari melvister.

Harga petrol Ron 97 naik lagi 5 sen mulai 7 Mac 2014. Perkara itu disahkan benar menerusi tinjauan pihak kami di Stesyen Pam Minyak yang berhampiran. Ini menjadikan kadar terkini RON97 adalah RM2.90 per liter. Seperti sedia maklum, kenaikan RON 97 adalah bergantung pada harga pasaran semasa dan bahan mentah ini bukanlah subsidi dari kerajaan.



Sumber: Harga Petrol RON 97 Naik Lagi 5 Sen Mulai 7 Mac 2014 | melvister.com 

Jom Join Contest : My BFF & Me

Hari ni terasa nak buat contest untuk korang semua. Ini merupakan 1st contest dari blog biskutmarry. So apa tunggu lagi cepat la join contest ni ramai-ramai. 



Syarat-syarat penyertaan:

1.    Anda perlu follow blog ni dan like fanpage Blog single is better

Senarai nama pemenang akan diumumkan di fanpage Blog single is better.

2.    Copy banner/gambar contest di atas dan paste kan dekat entry. Link kan banner di atas dengan entry ni.

3.    Tajuk entry “1st Contest by Blog Single is Better”. Sertakan sekeping gambar anda bersama  BFF anda dengan caption yang menarik.

4.    Tag 5 orang rakan blogger anda yang aktif 
dan pastikan rakan blogger anda tahu yang mereka telah di tag.

5.    Paste kan entry contest yang anda telah buat di ruangan komen di bawah entry ni.

6.    3 orang pemenang akan dipilih berdasarkan gambar dan caption yang paling menarik.

7.    Tarikh tutup : 31 Mac 2014



Baju Muslimah Murah

Bagi penggemar t-shirt muslimah, aku cadangkan korang semua untuk dapatkan baju tersebut dekat http://t-shirtdesign2u.blogspot.com/. Yang paling best korang semua boleh design sendiri baju muslimah tu ikut design yang korang nak dan pihak T-shirtdesign2u akan printkan untuk korang. Harga terendah yang korang boleh dapat adalah RM30 (include harga bajumuslimah + design korang sendiri). Murahhhh sangat kan!! Bagi penduduk sekitar Ipoh, penghantaran adalah PERCUMA. Sebagai contoh, korang boleh tengok baju muslimah yang aku dah beli ni. 

Kat atas ni adalah design doodle yang aku dan kawan aku pilih sendiri dan pilihan warna baju korang boleh tengok dalam blog http://t-shirtdesign2u.blogspot.com/. Ada macam-macam warna yang menarik. 
Untuk keterangan lanjut korang boleh hubungi En.Khalis (012-5140445). Fanpage mereka: https://www.facebook.com/TShirtDesign2u?fref=ts
Itu saja perkongsian untuk hari ini. Thanks for reading.

Demam Denggi

Entry kali ni lebih memfokuskan bab deman denggi. Oleh kerana selama praktikal dekat wad sejak 24/2/2014 sampai 1/3/2014 terlalu banyak pesakit dekat Wad 1B (Medical Female) Hospital Raja Permaisuri Bainun yang mengalami demam denggi. Majoriti pesakit yang masuk wad 1B didiagnoskan demam denggi.


Apa itu Demam Denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.
Bagaimanakah penyakit ini merebak?
Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.
Bagaimanakah terjadinya demam denggi?
Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.
Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.
Apakah penyebab demam denggi?
Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.
Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.
Apakah gejala denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi demam denggi, demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.
Demam Denggi
·Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:
·Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam.
·Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.
·Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.
·Kadar kematian amat rendah.
·Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.
·Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.
·Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.
·Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.
·Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)
Sindrom Renjatan Denggi
Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:
Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal.
Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi antirenjatan.
Apakah komplikasi yang mungkin timbul?
Komplikasi demam denggi ialah :
  • Demam Denggi Berdarah.
  • Sindrom Renjatan Denggi.
Rawatan
Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.
Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah.
Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis - mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.
Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.
Rawatan bukan farmakologi
Rawatan termasuk:
·Meningkatkan pengambilan cecair.
·Meningkatkan bekalan oksigen.
Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.
Pemantauan yang perlu dibuat
·Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggung jawab doktor yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan mengenai perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini penting supaya tindakan lanjutan seperti di bawah ini dapat dijalankan:
·Kawasan dan persekitaran di mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan (fogging) oleh pihak berkuasa.
·Memantau kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak merebak ke tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumah akan didenda.
·Apabila pesakit telah keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit ini dari berulang. Ini kerana pesakit yang pernah mengalami denggi jika ia mendapat semula penyakit ini, kesannya adalah amat teruk.
Bagaimana cara untuk mencegah denggi?
Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:
  • Perlindungan dari gigitan nyamuk.
  • Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.
Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk
Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.
Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang
Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.
Musnahkan tempat pembiakan nyamuk
Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:
  • Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.
  • Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
  • Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.
  • Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.
  • Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.
Hapuskan nyamuk Aedes dewasa
Anda boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Untuk lebih berkesan, semburan perlulah dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Anda juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan anda dan keluarga dari digigit nyamuk.
Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?
Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari keempat-empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi.

Info daripada :
Unit Vektor, JKNPK