Entry kali ni just nak share satu cerita. Cerita pasal budak nursing. Nak teruskan membaca takpa, takmau baca pun takpa. Tak rugi apa-apa pun kalau tak baca.
Kita start dengan cerita dulu yer kawan-kawan..
Pada suatu masa dahulu, ada sorang budak ni, dia sangat bencikan bidang KEJURURAWATAN. Sangat benci dan terlalu benci. Sebab dia benci sangat kerjaya jururawat ni dia pun tak tahu. Mungkin sebab dia tak suka pergi klinik dan hospital. Mungkin dia tak suka kat jururawat yang kat hospital sebab jururawat yang dia jumpa semua sombong dan garang gilerrr!!Dan mungkin sebab banyak sangat cerita mengenai student nursing yang sosial erti kata lain terlalu MURAH??
Sehinggakan kakak dia masuk nursing pun dia pandang rendah. Rendah sangat kah martabat NURSING tu??Budak tu ingat dia duduk study kat UiTM tu hebat sangat la
Sehinggakannn..
Pada suatu hari, dia dapat SMS dari SPA mintak dia pi intebiu untuk MA dengan Nursing. NURSING!!
Ofkos la dia pilih MA tapi dek kerana hasutan kakak dia, dia terpaksa pilih nursing jugak. Dia pilih NURSING!! Keputusan tu sangat gila bagi dia. Dia pun taktau kenapa dia lurus sangat sampai boleh ikut nasihat kakak dia untuk masuk nursing.
Bila keputusan SPA keluar memang dia berjaya dapat tawaran Diploma in Nursing.
Dia keluar dari UiTM semata-mata nak lari dari subjek calculus. Ohoi.. memang dia sangat menyampah dengan subjek kira-kira.
Akhirnya dia berjaya menjadi student nurse. InsyaAllah bakal menjadi staffnurse selepas habis study untuk 4 sem lagi. Jururawat iaitu kerjaya yang dia sangat benci satu masa dahulu telah menjadi sebahagian dari hidup dia pada masa sekarang.
Ini semua adalah takdir yang Allah dah tentukan untuk kita. Well, Allah know the best for us.
Dan benarlah firman Allah,
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
[ Surah. Al Baqarah : 216 ]
2 comments:
Jgn pandang rendah terhadap kerjaya nursing seperti saya dulu2. Saya pernah ada kekasih yg baru habis belajar nursing. Sebelum dia amik nursing sampai habis nursing saya bersama dia. Mcm2 yg saya dpt belajar dari dia. Pekerjaan ni sangat mulia. Org akan pandang tinggi kepada nurse dari doktor. Pekerjaan ni perlukan kesabaran yg sgt tinggi. Dari segi mental dan fizikal. Nanti konvo dia di KSKB minggu depan. Saya harap dpt berjumpa dgn dia lagi. Kalau boleh saya nak pergi ke masa 3 tahun yg lepas :(
Tak laa teruk mana pun nursing. Kat Uni Nursing tu under Faculty of Medicine tau. So, be proud of it. GOOD LUCK hang !
Post a Comment