Berapa jumlah bekas kekasih anda? Mungkin anda akan menjawab dua, 
lima, bahkan mungkin 10. Namun, jumlah bekas kekasih ternyata tidak 
menunjukkan berapa kali anda jatuh cinta. Menurut kajian Opera North, 
rata-rata orang jatuh cinta empat kali dalam hidupnya.
Hasil kajian opera company ini juga menunjukkan bahawa kebanyakan 
orang memutuskan untuk bernikah pada usia 27 tahun, dan 33 peratus 
berkahwin dengan cinta pertama mereka. Namun, empat dari 10 orang 
mengaku berkahwin dengan kekasih kedua, dan 61 peratus orang menyesal 
kerana membiarkan hubungan dengan cinta pertamanya pergi.
Seperti yang dialami kebanyakan orang, usia 20-an adalah waktunya 
mencari pasangan (tepatnya mencari cinta), terlihat dari lapan dari 10 
orang mengalaminya. Kemudian, empat dari 10 orang jatuh cinta di usia 
30-an, dan bahkan pertiga daripada 2,000 orang yang disurvei masih 
mencari cinta di usia 40-an. Sepertiga orang juga mengaku pernah jatuh 
cinta dengan lebih daripada satu orang pada masa yang sama.
Sayangnya, kita juga harus menghadapi kenyataan. Terbukti, empat dari
 10 orang jatuh cinta pada seseorang, tetapi cintanya tidak berbalas. 
Sepertiga orang yang disurvei pernah berniat kembali dengan bekas 
kekasih, tetapi hanya satu daripada tiga yang berjaya melakukannya.
Yang menarik, terungkap juga bahawa 41 peratus orang mengalami “cinta
 terlarang” kerana jatuh cinta dengan orang yang seharusnya tidak mereka
 miliki, seperti rakan kerja, rakan baik, orang asing, bahkan orang tua 
teman. Ya, kita tidak boleh memilih dengan siapa kita jatuh cinta, bukan
 (demikian menurut 77 peratus orang yang disurvey)?
~~Ini hanyalah kajian bukannya fakta~~ 
 
 
No comments:
Post a Comment