FREE

♥ Followers ♥

Panas!!Kajol dah berubah jadi lelaki sejati



LEGA...Kajol (kanan) bersama Mohd Zaki selepas mendengar keputusan rayuan, semalam.
LEGA...Kajol (kanan) bersama Mohd Zaki selepas mendengar keputusan rayuan, semalam.



Penyanyi mak nyah terkenal Kelantan, Kajol, yang menyepi sejak sekian lama selepas terbabit dalam beberapa kontroversi, hadir di Mahkamah Tinggi Syariah semalam dengan penampilan mengejutkan apabila berpakaian lelaki lengkap dengan kopiah putih.
Bagaimanapun, rayuan penyanyi mak nyah tersohor Kelantan, Kajol untuk mengetepikan hukuman denda RM1,000 atau penjara lima bulan yang dikenakan sebelum ini gagal apabila Mahkamah Tinggi Syariah semalam mengekalkan hukuman tersebut.
Kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri, 26, hadir bagi mendengar keputusan rayuan terhadap hukuman penjara sebulan yang dijatuhkan Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, pada 21 Jun tahun lalu, atas kesalahan berpakaian dan berlagak seperti perempuan.
Mohd. Hafis yang mengambil nama aktres Bollywood 'Kajol' sebagai nama gelaran dirinya dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai tahun lalu.
Dalam prosiding semalam, Mahkamah Tinggi Syariah menerima rayuan terhadap hukuman berkenaan dan Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam keputusannya turut menangguhkan pelaksanaan hukuman itu selama setahun.


Bagaimanapun, Kajol disyaratkan berkelakuan baik dan tidak mengulangi kesalahan sama sepanjang tempoh berkenaan.

No comments: