Apesal

♥ Followers ♥

Kelebihan berkahwin dengan wanita kurang cantik

Jangan risau jika mendapat isteri yang tidak berapa cantik. Cantik bukanlah segala-galanya. Yang penting baik budi pekerti.  Cantik pun kalau perangai tak elok pun tak guna jugak. Tengokla artis-artis sudahlah sebagai contoh. Penyudahannya bercerai jua. Tapi tak la semua macam tu kan
Mari kita lihat kelebihan-kelebihan isteri yang tak berapa nak cantik:
RAJIN
Isteri yang tidak berapa cantik ni, mereka agak rajin bekerja. Mereka tidak banyak mengharap. Tak perlu orang gaji. Tak seperti isteri cantik. Mereka takut kulit mereka gelap, takut tangan kasar dan macam-macam lagi la. Memasak pun takut tepercik minyak panas la. TETAPI, agak malang la kepada si suami yang beristeri tidak cantik tetapi isterinya malas.
LEBIH SELAMAT
Sebagai suami kepada golongan ini mereka juga akan berasa lega dan tidak perlu takut jika isteri curang. Peluang mereka untuk curang adalah tipis. Seperti contoh ketika bershopping, tidak ada yang akan mengorat isteri kita. Bila tiada yang nak mengenyit mata, tiadala yang nak mintak phone number, email dan sebagainya la.
KOS RENDAH
Boleh dikatakan begini kerana mereka tidak memerlukan banyak set kecantikan yang mahal-mahal. Cukup sekadar ada. Mereka tidak akan meminta untuk pergi ke salon yang mahal, rawatan spa, menyedut lemak, pembuangan selulit, pakaian branded dan macam-macam lagi lah. Senang kata mereka ini tidaklah cerewet dalam kecantikan.
LEBIH MENTAATI
Ramai yang mengatakan bahawa isteri yang cantik ni selalunya ego tinggi. Menafikan bahawa lelaki nih ketua dalam keluarga dan peratus yang tinggi untuk si isteri nih menjadi ‘Queen Control’. Selain itu, isteri-isteri yang cantik ni tidak risau kehilangan suami mereka kerana lebih ramai lelaki lagi menanti mereka di luar sana.
Walau apa pun, ini adalah pandangan sahaja. Tak semua isteri cantik tuh tak ada kebaikan. Tak semua isteri tak cantik tu baik sangat. Bagi isteri yang tak cantik juga haruslah anda menjaga penampilan anda. Jangan la kusut masai ja. 

1 00 orang suka komen:

Pink Lavender said...

makneng follow kamu
jom follow makneng