FREE

♥ Followers ♥

Cinta antara pensyarah dan pelajar



Entry hari ni khas untuk mereka yang ada hati nak bercinta dengan pensyarah atau pensyarah ada hati kat pelajar. 


Dalam etika kerja sebagai Pensyarah ni, rasanya kurang elok bercinta dengan pelajar sendiri.. Bukan apa, ia akan melibatkan kesan yang banyak.  Antara contohnya, pensyarah itu akan bersikap bias.. Dia akan melebihkan kekasihnya itu berbanding pelajar lain. Nak-nak lagi kalau pensyarah itu sendiri yang mengajar. Konpem buah hatinya dapat A punya..kan
Okeh memang banyak yang mengatakan “Kalau dah jodoh mereka, biarkan aje”.. Ye lah,  betul lah tu.. sapa yang bantah.. Kalau memang dah Allah tetapkan memang itu jodohnya, kita tak boleh halang.. Tapi sebagai pensyarah, sepatutnya dia tau lah etika.. Bukan tak boleh bercinta, boleh, tapi biarlah si jodoh tuh tamatkan pengajian dulu.
Kadang2 ada pelajar ni gatal sikit suka nak ngorat pensyarah supaya boleh dapat markah lebih dari orang lain. Nak ambik hati pensyarah tu boleh supaya pensyarah kenal kita tapi janganlah melebih-lebih pulak yer. Nanti takut orang lain menyampah pulak dengan perangai awak tu. 


Untuk si pensyarah pulak, kalau dah tersangkut dengan mana2 pelajar jangan la berat sebelah pulak, dekat kekasih awak tu awak bagi full mark setiap test pastu dekat student lain jgn harap nak dapat full mark..tak boleh la macam tu. Apa-apa pun kena adil dan saksama tu baru profesional namanya.


Setakat tu je kot, kalau ada yang nak bagi pendapat silakan..jangan malu2 yaa..

3 comments:

Unknown said...

Know What, Your Opinion was so... pessimist... sometime the balancing on the writing is not quite compulsory... penulisan yg memikirkan baik dan buruk itu lebih bermakna.. bukan just condemn and keep condemning

single is better said...

Mohd Nazmi,maaf jika entry di atas buat awk fikir pendapat saya adalah sgt pesimis. InsyaAllah saya akan memperbaiki penulisan saya pada masa akan datang dan terima kasih di atas komen awk tuu..

Nida said...

ye betul, tengah2 belajoq ni, kena la jago niat kita tu, jgn sampai tersasar ke tempat lain pulak nanti takde pahala dari hasil penat lelah belajoq ni. Jika mula ada rasa hati tu, kena la dulu buang jauh2 kesian ibu bapak di kampung biaya pembelajaran kita dekat universiti kita main main cinta pulak