FREE

♥ Followers ♥

Tips untuk wanita muslimah yang nak cantik



Sebagai seorang muslimah yang bertudung tiada batas atau had untuk seseorang itu bergaya dan mengikut fesyen terkini asalkan korang tahu menjaga aurat. Malahan korang boleh tampil lebih anggun dari wanita-wanita yang lain. Kalau korang ingin tampil anggun pastikan korang...



 Pilih tudung yang bersesuaian

Pilih tudung yang bersesuaian dengan wajah korang. Jika wajah korang bulat jangan memakai tudung daripada material yag lembut contonhnya satin. Ia akan membuatkan muka korang bertambah bulat. Jika korang ingin memakai tudung jenis satin atau tudung yang kainnya lembut  pilihlah anak tudung yang mempunyai awrning keras dihadapan. Korang perlu seimbangkan antara warna pakaian dan juga tudung. Korang tidak perlu takut untuk menggayakan pelbagai jenis model tudung tetapi pastikan korang tahu teknik pemakaian yang betul.

Penjagaan rambut

Rambut adalah mahkota wanita sekaligus merupakan aurat wanita. Untuk pengetahuan korang rambut yang ditutup biasanya mudah berbinyak dan berbau. Tetapi usah bimbang, ada jalan penyelesaiannya. Sebelum memakai tudung pastikan rambut korang telah dikeringkan terlebih dahulu. Cuci rambut korang setiap hari bersama-sama conditioner yang sesuai. Jangan lupa gunakan minyak zaitun kerana minyak zaitun dapat menguatkan akar rambut supaya tidak cepat putus. Bagi yang mempunyai masa dan wang yang lebih jangan lupa memanjakan rambut anda. Buatlah perawatan untuk rambut contohnya rawatan steam. Pasti rambut akan kekal sihat, cantik dan bersinar walaupun bertudung.

 Pakaian yang sesuai

Pilihlah pakaian yang sesuai dengan situasi . Jika korang pergi ke pejabat pilihlah pakaian yang lebih formal. Contohnya sepasang suite krim dipadan dengan kemeja dan tudung warna senada pasti menarik dan korang tampil lebih bergaya setiap hari. 

Jauhi fesyen seperti ini ya kawan-kawan..