Apesal

♥ Followers ♥

Tips untuk orang yang baru putus cinta

Bagi yang baru putus cinta tu cik single harap korang jangan la bersedih-sedih sampai nak bunuh diri pulak ek. Terima hakikat yang korang dan si dia memang tak dak jodoh. Mungkin suatu hari nanti korang akan jumpa pengganti yang lebih hebak dari yang dulu tu. Awal-awal putus cinta memang susah nak lupakan si dia yang kita sayang kan, yelaa bercinta berbulan-bulan or bertahun-tahun, buang duit beli hadiah kat dia, tolong top up kat dia, belanja dia makan la last last korang putus..tak ke hampeh!! So entry kali ni cik single nak bagi tips cara untuk korang lupakan kekasih korang tu.
1. Berdoa agar dikurniakan ketenangan dan berdoa agar berjumpa pengganti yang lebih baik.

2. Mencari pasangan pengganti. Mungkin pasangan kali ini lebih baik dari yang dulu. Ibarat kata pepatah "yang patah tumbuh, yang hilang berganti" so cari lah pengganti cepat-cepat.

3. Mengisi waktu dengan hal-hal yang bermanfaat. Contohnya, keluar bersama rakan-rakan, bershopping, beriadah atau pergi berkelah dapat mengelakkan diri kita dari bersedih akibat putus cinta.

4. Fokus dalam kerja. Ketika bekerja dan melakukan sesuatu, usaha untuk fokus pada pekerjaan yang dilakukan agar fikiran tidak melayang kemana-mana.

5. Serahkan semua urusan pada Allah. Jodoh adalah urusan Allah, kita tidak usah bersedih hati ketika patah hati, atau kehilangan sesuatu. Ikhlaskan semuanya, jika seseorang ditakdirkan jodoh bagi kita, maka itulah jodoh kita.



Kalau nak yang lebih baik buang segala pemberian si dia atau remove/block si dia dari FB korang!
Semoga entry kali ini sedikit sebanyak membantu korang untuk melupai si dia yang pernah bertapak di hati korang suatu masa dahulu.





1 00 orang suka komen:

atikNAOshi said...

thx 4 ur advice :)
baru je kejadian..
sakit memang sakit, pedih memang pedih..
InsyaAllah dipermudahkan dan bangkit semula mengejar cita-cita yang lebih utama kn..