FREE

♥ Followers ♥

Tips untuk bela kucing

Untuk pengetahuan semua cik single memang sangat sayangkan kucing, sebab tu la kali ni cik single nak berkongsi tips untuk bela kucing. Bagi yang anti kucing korang jangan baca entry ni nanti termuntah-muntah pulak, cik single tak dak baldi nak bagi.kuikuikui
First skali korang kena rajin bagi makan. kalau korang setakat bela sebab nak main gomoi dengan kucing tu baik hentikan la tabiat yang tak munasabah tu. tak pasal-pasal korang buat naya kat kucing tu biar kan dia kelaparan pastu korang makan depan dia sampai senak-senak perut kekenyangan. tak patut sungguh tabiat korang tu.

Secondly kena rajin bersih kan tempat tinggal dia, tempat dia berak, tempat kencing dia so that korang punya rumah takda la bau harum semerbak kasturi berduri. kalau korang rasa diri korang tak cukup rajin, baik tak yah bela kucing. nanti tak pasal-pasal jadi stress sebab asyik kena bersihkan rumah.

Thirdly korang kena rajin mandikan kucing, jaga penampilan kucing korang pastu selalu belai, cakap-cakap dengan diorang so that korang ada attachment dengan makhluk comel kesayangan semua tu. Kucing ni ada keletah tersendiri. Setiap dari diorang punyai personaliti berlainan. so bila kita faham personaliti kucing kita, kita akan jadi lebih prihatin terhadap keperluan dia. 

Fourthly, Korang kena rajin belanja kan duit korang untuk kesejahteraan kucing korang. kalo agak-agak korang ni jenis kedekut tahap nak derma 5 sen kat tabung surau pon tangan teketar-ketar, toksah dok berangan lah nak bela kucing. Nak nak kucing yang maintenance tinggi.



Lastly, korang kena rajin memberi sepenuh kasih sayang korang kat kucing korang. Kalau setakat nak eksen kat umum yang korang penyayang sebab bela kucing, baik hentikan ler tabiat korang tu. Tak senonoh!!!




*bila usap bulu kucen rasa tenang je, mood nak marah orang pun hilang.





3 comments:

Miss N™ said...

Cik Nur pun suka kucing juga.. :)

single is better said...

wah bgus2 kita geng..hehe:) tp ada jugak org yang anti kucen kat dunia ni, ada yg sanggup aniaya kucen..hmm kesian kucen2 tu..

UniMeOw said...

setuju sgt dengan tips last tu...!!

cayang meow2!! :D