Apesal

♥ Followers ♥

Tips lulus test JPJ motosikal

Entry kali ni nak bagi tips dekat adik-adik yang nak ambik test JPJ B2. Sebenarnya test JPJ moto ni mudah je kecuali bahagian meniti atas titi tu je sikit yang susah, ramai jugak la orang yang gagal dekat situ. Masa test JPJ haritu cik single dapat 19/20 ja untuk bahagian 2. Bahagian yang dipangkah ialah semasa brek kecemasan, adoyai gua punya la brek sampai berapi tapi brader JPJ tu boleh kasi pangkah dengan sebab gua brek kaki dan tangan serentak. Padahal masa praktis dulu abang-abang institut memndu tu suruh brek serentak, yang mana satu betul pun taktau la.-,-


Meniti Atas Papan

Bahagian ni la yang ramai orang selalu gagal. Seperti yang korang tau kan syarat kat sini ialah tidak jatuh dari titi, kaki tidak mencecah jalan dan masa tidak kurang dari 7 saat. Di sini korang mestilah menunggang secara perlahan dan pandai untuk
mengimbangkan motor di atas titi tersebut dengan menggunakan gear dua.(sebenarnya gear berapa pun takpa tapi sebaiknya gear dua la).

Menunggang Antara Kon

Pastikan tidak melanggar  kon dan kaki tidak mencecah jalan. Part ni senang ja, sambil nyanyi pun boleh lepas. Hikhik.

Brek Kecemasan
Gunakan kelajuan yang sederhana. Gunakan gear dua atau gear tiga. (sebaiknya gear 3 la).Pecut dan berhenti dalam ruangan atau kotak yang disediakan. Semasa berhenti pastikan jatuh kaki kiri dulu.

Pusingan 8

Tidak susah untuk buat ni. Pastikan gear yang digunakan ialah gear dua.
Elakkan daripada kaki mencecah jalan dan jatuh dari motosikal.

Selekoh Tajam

Yang ni pun senang jugak. Pastikan kaki tak kena dekat tebing tu. Gunakan gear dua.

Bahagian Jalan Raya

Tamat bahagian dua. Untuk mulakan bahagian tiga, first  tolak motosikal di tempat yang disediakan. Betulkan topi keledar dan pakai dengan kemas. Betulkan cermin pandang sisi kiri dan kanan. Periksa satu persatu lampu hadapan dan lampu belakang, lampu signal kiri dan kanan, pastikan brek kaki dan tangan berfungsi, masukkan gear dua. Lihat belakang, bila takdak kenderaan beri isyarat tangan, lihat belakang sekali lagi pastu berulah boleh jalan.

Seterusnya, apabila korang sudah memulakan perjalanan, pastikan korang menggunakan isyarat tangan untuk mengubah haluan. Pastikan korang memandang kiri, kanan dan belakang sebelum bergerak di persimpangan.
Bila dah habis, free gear, matikan enjin moto dan double-standkan  motosikal.
Ambil result korang dan tamat ujian motosikal.
Bagi yang baru nak ambik lessen tu cik single ucapkan semoga Berjaya yer..J

7 00 orang suka komen:

faizah husna said...

bakal amek lesen...hee~

single is better said...

gud luck yerr..:)

susulemakmanis said...

kite dah lame lulus..paling cuak amek lesen L!hehe

single is better said...

hehe knpa cuak cik sue??

Nur FatIn aDiLah bT azMi said...

yeyyy. 9 aribulan ni saya nak pergi test Jpj. haha takutnyaa. terpaksa ponteng sekolah sehari. btw. org tu tak ajar pun suruh chek lmpu brek. wuwuwuw. ajaran sesattt

single is better said...

wahh slmt berjaya yer..erkk ada yg trtnggl ekk..trlpa laa..hehe..almaklumlah guru tak bertauliah yg ngajor..haha:P

KIDDO said...

test jpj esok! --''