FREE

♥ Followers ♥

Percutian ke Langkawi



Cuti hujung minggu kali ni kita makan angin selama 2 hari 1 malam di Pulau Langkawi dengan menaiki feri dari Kuala Perlis. Tahun ni saja dah 2 kali aku melancong ke Langkawi. Tapi percutian kali ni memang sangat2x best serius tak tipu. Kami 9 orang memang enjoy habis-habisan. Hajat di hati ingin tinggal lama-lama dekat pulau tu untuk tengok Lima yang akan membuka tirai pada 6/12/2011. Tapi apakan daya masing-masing ada kelas pastu bajet pun tak cukup untuk stay lama-lama. Kami menginap di Sugary Sands Motel. Di belakang motel ni ada pantai. Perghhh sumpah best mandi-mandi dan tengok sunset kat situ.
Selepas check in kat motel, kami jalan-jalan di kawasan yang berhampiran motel tu. Ada yang shopping beli baju, seliper dll tapi aku tak beli apa satu pun sebab tak jumpa yang berkenan. Pada pukul 2.15 petang kami bersiap-siap untuk pergi Island Hopping. Aktiviti ni serius best dapat naik bot dan melawat pulau-pulau yang ada di Langkawi. Antara tempat yang kami lawati sepanjang berada di Pulau Lagenda tersebut ialah Tasik Dayang Bunting, Pantai Beras Basah, Pantai Cenang dan shopping coklat di Haji Ismail Group.


Sugary Sands Motel
atas bot
pantai di beras basah, cantikk..
tengok sunset,eh mane 3 orang lagi??
ikan keli di tasik dayang bunting, geli tapi best!
bagi ikan makan
first time pegang gamat.



* maaf la gambar tak brapa cantik, im juz snap using my phone not DSLR=p


5 comments:

Unknown said...

pergi langkawi?sama lah kite!

Cik tikah said...

bestnyaa!!

single is better said...

haziqah:yup,bru je blik smlm..xpuas lg la..nk duduk situ lma2 tp duit xde.hehe

cik tikah: esok start LIMA lagi best, ruginya xdapat nk tgok LIMA,dh lma tringin nk tgok LIMA..huhu:'(

afqh said...

wah dapat pegang gamat
tak tau pun boleh pegang gamat
baru tahu kot ha5
cable car tak gi ke

single is better said...

afqh: bole je pegang gamat tu sbb die xberacun or xgigit tgn.rase pgang gamat tu mcm kite pgang jelly, kalo nk ikutkn plan mmg nk g cable car but kitorg xcukup bajet n xcukup mse..