FREE

♥ Followers ♥

LIMA 2011 di Pulau Langkawi

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Padang Matsirat sedia beroperasi 24 jam semasa berlangsungnya Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (Lima) 2011 dari 6 hingga 10 Disember ini jika ada keperluan dan permintaan untuk berbuat demikian.


Pengurusnya Abdul Halim Othman berkata ketika ini operasi lapangan terbang itu bermula jam 7 pagi hingga 11 malam.
Lapangan itu menjadi paling sibuk kerana selain terlibat pertunjukan udara oleh pesawat sempena Lima 2011, ia turut menerima kunjungan pesawat yang membawa mereka yang terlibat dengan Lima 2011.



Kakitangan tambahan turut dibawa dari lapangan terbang lain untuk membantu terutama di bahagian keselamatan.

Lima 2011 edisi ke-11 menyaksikan penyertaan lebih 400 syarikat dari 56 negara.

Dijangkakan lebih 60,000 pelancong asing dan tempatan membanjiri Langkawi sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA 2011) selama lima hari yang akan berlangsung mulai Selasa ini. 
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata pihaknya akan meningkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan dengan menempatkan lebih 600 anggota di Jeti Kuala Kedah dan Langkawi sempena LIMA 2011 minggu depan. 



* Baru je balik dari Langkawi, sedih sebab tak dapat nak stay lama-lama untuk tengok LIMA 2011.



1 comment:

MalizaMah said...

macam nak pergi jer... sronok jer ...
huhuhu......
singgah2 jap di sini...