FREE

♥ Followers ♥

Perangai lelaki yang perempuan paling tak suka



Lelaki yang bajet cool- Lelaki jenis yang suka bajet cool akibat terpengaruh oleh lakonan Farid Kamil dalam I’m not single dan lagenda budak setan. Setiap pergerakan yang dilakukan mesti slow dan steady. Bajet setiap hidup diorang ni diiringi muzik-muzik romantislah gitu. Tapi bila dah terlebih bajet cool, bukan perempuan je, member laki tengok pun dah naik meluat. Nak jaga personalitilah katakan.Contoh paling mudah, nak ajak pergi kedai makan depan rumah memalam pun kena smart-smart. Siap pakai spek warna hitam lagi memalam. Macho ke buta??


Lelaki yang terlebih lelaki- Lelaki macam ni biasanya merasakan dia ni anti perempuan. Tak pun kena sentiasa nampak kerek dan ketat. Kalau pandang muka laki macam ni biasanya mata dia mesti macam mata orang ajak gaduh sambil mulut dia terkunci ketat punya. Kena ubah prangai ni bro. Apa yang lu orang bagi, itu yang perempuan balas. Tunjuk muka masam je sapa nak dekat.Tapi kalau buat muka ketat ok lagi. Tapi kalau perempuan tau kau ni kaki pukul perempuan, kau dah boleh lupakan impian nak kahwin dengan perempuan.


Lelaki yang suka bocor rahsia perempuan- Lelaki macam ni memang akan jadi bualan dan siulan perempuan. Suka benar menyibuk kalau perempuan bergosip. Kalau tak dapat join mulalah kata perempuan tu sombonglah, nak merajuklah. Tapi apabila dah dapat join je, dia punya perangai kalah perangai perempuan. Dia akan menyebarkan rahsia tu sehingga ke 7 daerah berdekatan. Habis semua orang dia nak bagitau.Papa jarum alaf baru ni.


Lelaki yang tak pandai jaga hati perempuan- Majoriti perempuan mengharapkan lelaki memahami diri diorang sebab diorang ni kaum yang lemah kerana hati diorang seperti roti tisu yang mudah koyak, cepat terluka. Jadi kalau kaum laki ni suka kacau perempuan tak kena tempat, sampai waktu dia sedih pun korang boleh happy terlompat-lompat macam beruk kacau kaum hawa ni, macam mana nak nampak gentelman.


Lelaki yang suka cerita benda lucah- Laki macam ni tak akan dapat banyak pilihan untuk pilih perempuan. Kalau ada perempuan yang tunjuk minat nak kahwin dengan korang tu, cepat-cepatlah kahwin. Siapa tahu mungkin dia 1 dalam 1000 je yang dapat terima perangai korang.

5 comments:

mujagirl92 said...

betol betol dan betol!!! tak suke laki kerek giler,, gerrr!!!!!

single is better said...

hehe sabor yer nurmujahidah.ni mesti ada trjumpa laki kerek kt mana2 ni.:)

plan said...

lelaki yang terlebih lelaki? kalau kalau lelaki yang kurang lelaki? ske x?

single is better said...

erk lelaki yg kurg lelaki..hurmm cmna tu??hehe

reena_nana said...

pondan kot... hahaha