FREE
♥ Followers ♥
Rahsia bibir wanita
Bibir wanita memang memiliki tarikan pesona yang tersendiri. Bibir juga merupakan aset penting bagi seorang wanita. Selain itu juga, bibir wanita sebenarnya menyimpan rahsia sifat peribadi seseorang wanita itu. Kali ini kita cuba mengupas rahsia peribadi wanita mengikut jenis bibir yang dimilikinya.
Tujuannya bukan untuk mengaibkan kaum wanita tetapi sebagai pengetahuan.
●Bibir tipis.
Wanita yang memiliki bibir yang tipis selalunya banyak mulut dan suka membicarakan perkara-perkara yang kadangkala tidak wajar untuk diperkatakan.Wanita ini biasanya pandai memujuk rayu dan pandai berpura-pura demi kepentingan dirinya.Suka melakukan sesuatu tanpa mengendahkan perasaan dan cakap orang lain.Wanita ini juga seorang wanita yang bernafsu tinggi dan memerlukan belaian yang penuh dengan kehangatan dari pasangannya.
●Bibir tebal.
Wanita yang berbibir tebal mempunyai sikap yang agak bebas dan terbuka.Sukakan kemesraan dan mampu memberikan keseronokan kepada pasangannya.Tetapi wanita ini suka mencemuh walaupun dikhalayak ramai.Tidak suka berpura-pura dan amat pandai menyimpan rahsia.Wanita ini biasanya amat mementingkan soal kecantikan dan penampilan fizikalnya.Seorang yang tidak tahu berjimat cermat dan suka menghabiskan banyak wang untuk tujuan kecantikan dirinya.Wanita ini juga jika menjadi seorang isteri,jarang yang pandai menguruskan rumahtangga dan lebih mahu bersikap 'queen control'.
●Bibir pucat dan kebiruan.
Walaupun memakai gincu masih ternampak kepucatan diulas bibirnya.Wanita yang berbibir seperti ini sukar untuk diletakkan kepercayaan padanya.Selalu ingkar dan amat cuai dalam menjalankan tanggungjawab dan kewajipannya.Wanita ini juga seorang yang cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya lantaran sikap dan kata-katanya yang tidak boleh dipegang dan dipercayai.
●Bibir mungil.
Secara umumnya wanita berbibir mungil memiliki pesona dan tarikan tersendiri yang mampu mendebarkan hati lelaki.Manja dan suka bersikap keanak-anakan.Suka didampingi dan dibelai oleh pasangannya.Agak sukar dipujuk tetapi mudah untuk menggodanya jika tahu kelemahan dirinya.Ini lantaran sikapnya yang selalu ragu-ragu dalam apa jua yang dilakukan dan suka bergantung kepada orang lain.Wanita ini boleh diharap menjadi seorang ibu dan suri rumahtangga yang baik dan bertanggungjawab.Cuma sikapnya kadang-kadang suka membebel dan merungut jika tidak mendapat apa yang diinginkannya.
●Bibir terbuka.
Wanita yang memiliki bibir yang sentiasa terbuka mempunyai keinginan yang besar dan amat bercita-cita tinggi dalam hidup.Bersikap yakin dan bermatlamat.Amat cekap menjalankan tanggungjawab dan cukup berdisiplin dalam pekerjaan yang dilakukan.Wanita ini mudah untuk jatuh cinta dan pandai menarik perhatian lelaki dengan gaya yang mempesonakan.Jika wanita ini menyintai seseorang lelaki,dia tidak mudah putus asa dan sanggup berusaha sedaya upaya untuk memiliki orang yang dicintainya.
●Bibir segar kemerahan.
Bibir wanita yang segar dan kemerah-merahan walaupun tak memakai gincu menunjukkan yang dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri.Wanita ini seorang yang terbuka,periang,ramah dan mudah berkawan dengan sesiapa saja.Wanita ini juga biasanya memiliki raut wajah yang menarik yang sentiasa mengundang rasa senang dihati orang yang memandang.Wanita ini pandai menggembirakan pasangannya.Dia seorang yang suka dimanja dan dibelai serta biasanya memerlukan kasih sayang yang penuh kehangatan.Boleh menjadi seorang kekasih yang pengasih dan penyayang tetapi mudah kecewa dan berkecil hati jika pasangan tidak tahu memanjakan dirinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
eh ada yang sama lah perwatakan tu.. aiyokk..hehe
lain sikit....saye x obses erk
tengah semak mana yg kena..
ade 2 laaa....yg ke 2 n last...cam ner ny?? any idea??
Post a Comment