FREE

♥ Followers ♥

Harimau Muda semakin menghampiri emas

Tahniah pasukan Malaysia kerana berjaya mengalahkan pasukan Myanmar!



Bermula dengan perlawanan:
Malaysia vs Singapore 0-0
Malaysia vs Thailand 2-1
Malaysia vs Kemboja 4-1
Malaysia vs Indonesia 1-0
Malaysia vs Myanmar 1-0

dengan kemenangan itu, secara rasminya Malaysia layak ke peringkat akhir
bagi perlawanan bola sepak Sukan Sea di Indonesia.
Walaupun ketiadaan Kim Swe di tepi padang, para pemain tetap memberikan aksi yang menarik dengan pencapaian 1 gol oleh Fakri Saarani pada minit ke-84.
Diharap pasukan Harimau Muda dapat mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu.
Nantikan final bola sepak pada 21 November 2011 aksi Malaysia menentang Indonesia.
Di samping itu, lapan pemain Malaysia telah dikenakan kad kuning iaitu kapten, Baddrol Bakhtiar(sudah 2 kad kuning), Izzaq Faris Ramlan, Mahali Jasuli, Mohd. Fadhli Shas, Mohd. Fandi Othman, Syahrul Azwari, Muhd. Nazmi Faiz Mansor dan K. Gurusamy. Amat menggusarkan berkemungkinan Baddrol tidak dapat beraksi pada perlawanan akhir nanti kerana beliau sudah mempunyai dua kad kuning.
Apa-apa pun diharap pasukan Malaysia dapat beraksi dengan cemerlang pada final nanti.
Doa semua rakyat Malaysia sentiasa mengiringi pemain-pemain Harimau Muda.
Malaysia Boleh!!

No comments: