FREE

♥ Followers ♥

MALAYSIA vs BAHRAIN

SKUAD Olimpik negara berdepan situasi wajib menang ke atas Bahrain bagi merebut tempat kedua Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia yang seterusnya mampu meniup keyakinan dan peluang untuk mereka mara ke peringkat seterusnya.
Dua kekalahan berturut-turut kepada Jepun dan Syria menyebabkan peluang untuk bergelar juara kumpulan bagi layak secara automatik ke Sukan Olimpik London pada pertengahan tahun depan kelihatan sukar.

Barisan pemain yang rata-ratanya masih keletihan ketika ditewaskan Syria 0-2 malam kelmarin selepas mempertahankan pingat emas Sukan Sea, Isnin lalu pasti kembali cergas menjelang pertemuan penting menentang satu lagi pasukan negara dari Asia Barat itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini.
Malah pengendalinya, Ong Kim Swee sudah melaungkan keyakinan untuk membalas kembali kepercayaan penonton dengan bakal memberikan segala-galanya apabila menentang Bahrain selain mengharapkan kembalinya tiga tonggak utama, Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd Fadhli Shas dan Irfan Fazail.

Aksi penting terbabit turut diakui pemain sayap kanan negara,
Wan Zack Haikal Wan Nor yang kembali mendapat kepercayaan untuk berada dalam kesebelasan utama malam kelmarin selepas tersisih hampir dua bulan akibat kecederaan ketika tewas kepada Jepun, September lalu.
“Perlawanan Ahad ini penting untuk kami meraih tiga mata bagi menghidupkan peluang dalam saingan Kumpulan C selain perlawanan yang boleh dianggap sebagai penebus maruah selepas tewas dua perlawanan,” kata penyerang berusia 20 tahun kelahiran Pahang itu.
Antara tonggak penting yang membantu negara mara ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 itu turut menggesa rakan-rakannya agar tidak berputus asa dan meneruskan perjuangan walaupun sedar Bahrain turut terdesak untuk mencipta kemenangan selepas tewas pada dua perlawanan awal kepada Syria (1-3) dan Jepun (0-2).

“Pengalaman menentang Syria terutamanya dari segi fizikal lawan mungkin sedikit sebanyak akan membantu kami bagi mengekang mereka,” katanya yang turut berazam untuk meningkatkan lagi permainan terutamanya selepas banyak gerakannya tidak menjadi.


Syria kini mendahului Kumpulan C dengan mengumpul enam mata diikuti Jepun yang dibezakan dengan jaringan manakala Bahrain di tempat ketiga diikuti Malaysia tanpa meraih sebarang mata.

TIKET MALAYSIA VS BAHRAIN 27 NOVEMBER 2011 | KELAYAKAN OLIMPIK 2012 ZON ASIA 

Penjualan tiket bagi Perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia, Malaysia vs Bahrain pada 27 November 2011 ini akan mula dijual pada hari Sabtu 26 November 2011. Berikut merupakan kenyataan penuh berkenaan penjualan tiket berkenaan.


Grandstand : RM 40
Terbuka : RM 20
Kanak-kanak bawah umur 12 tahun : RM 5
Tempat Penjualan : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tarikh : Sabtu,26 Nov 2011
Masa : 10 pagi dan keatas.
JOM KE SANA!!







4 comments:

susulemakmanis said...

semoga team Malaysia x kecewakan peminat bola sepak negara..

single is better said...

yup..tak sabar nak tgok team Malaysia beraksi..go Harimau Muda!!:D

Unknown said...

amboii kak raifana.. sakan update ttg bola..haha

single is better said...

haha,kak raifana dh ter'addicted' dgn bola dh kak piqah oii..hasil hasutan&kejangkitan dari kak wani sama..ngee~