FREE

♥ Followers ♥

Diserang sakit jantung ketika tonton final bola sepak

Ahmad Fauzi (belakang)

Seorang peminat bola sepak yang berasal dari Yan, Kedah meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dia dan rakan-rakan menonton perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-26 yang cukup dramatik antara Malaysia dan Indonesia di sebuah restoran di sini malam kelmarin.
Ahmad Fauzi Ismail, 42, pengsan di restoran Pak Mid di pekan Guar Chempedak di sini kira-kira pukul 10.50 malam sebelum dikejarkan ke Hospital Yan kira-kira 10 minit kemudian.
Dia disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan hospital tersebut.
Seorang saksi kejadian yang merupakan pembantu kedai makan, Hasli Ishak, 29, memberitahu, Ahmad Fauzi adalah pelanggan tetap kedai dan ketika kejadian dia sedang menikmati nasi goreng sambil menonton perlawanan bola sepak.
“Sebelum dia pengsan, saya nampak dia lemah dan menyuap makanan masuk ke mulutnya dengan perlahan sebelum dia rebah di atas kerusi,” katanya.
Ahmad Fauzi dikatakan tidak mahu pergi ke hospital selagi perlawanan bola sepak tidak tamat. Malangnya beliau tidak sempat ke hospital apabila diserang penyakit jantung ketika menonton perlawanan itu.
Ahmad Fauzi yang juga anak bongsu daripada empat beradik tiada masalah jantung dan hanya menghidap kencing manis. Arwah belum berkahwin dan bekerja sebagai juruelektrik sambilan tinggal bersendirian di rumah selepas kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia. 

4 comments:

Hanis Nizam said...

Ya Allah , sampai macam tu sekali . Mungkin mmg penyakit tu dah nak kena masa dia tengok bola .

single is better said...

mungkin ajal dia telah sampai..

susulemakmanis said...

kesiannyer..

single is better said...

hmm tu laa..nk bt cmna,ajal maut di tgn Allah.