FREE

♥ Followers ♥

Tips Untuk Pelatih PLKN dan Cerita seorang Wirawati

Tahniah aku ucapkan kepada sesiapa di luar sana yang telah terpilih untuk mengikuti PLKN,tapi bagi yang tak suka tu mybe kena ucap takziah kot.ngee~.
Aku tau ramai orang yang tak suka program ni tapi terpaksa pi jugak sebab kerajaan suruh pastu kalau tak p kena denda.So,mau tak mau kena la pi jugak kan.Aku ni pun salah seorang bekas pelatih khidmat negara jugak.(wirawati 406 lapor)cewahhh..teringat la pulak kenangan kat kem dulu.Masa awai-awai dapat tau aku dapat tu memang terkejut jugak la(ketaq satu badan)bila kawan aku bagitau yang aku dapat PLKN.


Pada 3 Januari 2011,tarikh keramat aku p lapor diri dekat Stadium Darul Aman.punya la ramai manusia kat situ sampai nak cari tempat daftar pun pening pala.Cari tempat daftar sampai belakang nun tapi alih-alih meja pendaftaran dok depan ja pun.Bila dah dapat cari tempat duduk dalam bas dan jumpa kawan dah tunggu bas nak gerak ja la.Puas kami semua tunggu dalam bas,pelik la jugak sebab semua bas dah bertolak dah kecuali bas aku ja.Why?why?ha ni disebabkan oleh seorang budak yang tak naik bas lagi.Hilang pi mana tak tau la.Puas jurulatih call parent dia 2,3 kali.Parent dia cakap dia dh naik bas dah.tapi dalam bas tak da pun.rupa-rupanya dia silap naik bas Seri Kandi.Kami semua yang ada dalam bas tu hangaaaat la dengan budak tu.dah la dok dalam bas tu berjam.


Perjalanan kami agak jauh la jugak sebab kem tu dok kat pedalaman.Nasihat aku untuk sapa yang dapat PLKN janganla bawak beg besaq-besaq sangat.Bukan apa takut nanti kena perli dengan jurulatih kat kem.(macam aku kena)
Jurulatih1 : hai bawak beg besaq sangat ni nak pi buat umrah ka??
Jurulatih2 : bawak beg besaq ni nak pi mana?nak kawin ka..
Malu kot..tapi ada ja orang yang bawak beg lagi besar pada aku(kenapa aku yang harus kena,tak adil!=,=)

Nak pi sana tak payah bawak banyak barang pun(jangan jadi macam aku)sebab kat sana ada jual semua barang keperluan kita(depend kepada kem tu la)dekat tempat aku ada kedai ala-ala minimart la yang jual semua benda.Bagi sesiapa yang malas nak bawak baldi jangan risau sebab boleh beli dekat minimart tu tapi bagi yang nak save bajet bawak la baldi sendiri(aku pinjam yang kawan-kawan ja).(kunci locker,sabun mandi,sabun basuh baju,penyangkut baju,t-shirt,downy pun ada jual).Bagi yang tak kenyang makan supper pi ja beli kat kedai yang dekat pondok pengawal,macam-macam ada(nuget,hot dog,burger,oblong,kopok lekor,nasi,air ais dll)syurga makanan giler kat kem aku tu.Nasib bek berat badan aku maintain walaupun aku dah makan banyak yang amat kat kem dulu.Mau tak makan banyak sehari 6 kali aku pi dewan makan untuk menjamu selera dengan rakan-rakan seperjuangan.


Dekat kem aku dulu tu selalu la jugak kena pakai baju kurung so korang bawak la baju kurung dalam 3 pasang atau lebih.bukan apa,takut tak sempat basuh ja nanti,better bawak lebih dari sepasang kan..
Baju untuk pakai harian tu bawaksikit pun tak pa sebab kita nak pakai time cuti dengan time nak tidur ja.time lain semua kena pakai baju yang depa bagi.Tapi time cuti bila nak pi makan kat dewan makan pun kena pakai baju yang depa bagi jugak.jangan terkejut.

Bila dok kat kem jugak kita tak kan ada masa untuk tidur yang secukupnya dan nak basuh baju pun kadang-kadang tak da masa.So pandai-pandai la korang curi masa untuk basuh baju.Selalunya orang akan basuh baju waktu malam sebab siang hari terlampau padat dengan aktiviti.
Bagi pelatih yang malas tu,tunggu hujung minggu la nak basuh baju.Faham..,faham.,

Antara barang larangan yang dilarang sama sekali untuk korang bawak ialah ubat-ubatan,kamera digital,rokok,pisau,lighter dan gunting.Henset kalau sapa yang nak bawak tu boleh tapi kena bagi dekat jurulatih simpan la,hujung minggu baru boleh dapat henset tu.Kena sabar la sikit.

Selain itu,korang janganlah lupa untuk buat preparation untuk disoal siasat tentang bab agama.Kat kem aku dulu pelatih yang beragama Islam akan ditanya secara indivivu tentang hal keagamaan.Sebelum nak pi tu aku sarankan better korang siapkan diri dengan ilmu agama dulu.Antara soalan yang ustaz dan ustazah tanya ialah tentang Rukun Iman,Rukun Islam,Rukun Solat,dan niat mandi wajib.Huh,nasib baik la aku boleh jawab.Bagi yang dah hilang ingatan tentang perkara ni,atau ingat-ingat lupa aku nak pesan ingat-ingatkanlah.Takut nanti kena tanya pastu tak boleh jawab malu ja kita sebagai orang Islam.

Semoga anda yang terpilih untuk PLKN ni akan tabah mengharungi hari demi hari di kem dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.Kalau anda ingkar arahan Jurulatih maka NKB la anda.tau apa itu NKB maksudnya nasib kurang baik da..

Sebenarnya banyak lagi yang aku nak cerita tapi kalau cerita bnyak sangat nanti jadi boring la pulak kan,so better aku berhenti cerita sampai sini.
Take care and have a nice day all.('',)


------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
    wirawati 406 dorm C12 kompeni Charlie,kawad terbaik dan juara keseluruhan
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1 comment:

Unknown said...

Assalam akak, boleh tak saya nak tanya? Apa pakaian yang kena pakai masa nak melapor diri? Pakai t-shirt dengan seluar track or pakai baju sopan like baju kurung?